23 November 2022

My 35th Birthday Celebration At Mozer's, Bukit Jelutong With Family

Untuk sambutan harijadi saya yang ke 35 yang jatuh pada tahun ini, saya minta Kimchi bawa belanja makan saya dan gediks family di Mozer’s Bukit Jelutong. Tiba-tiba terasa rindu nak makan makanan arab yang sedap. Tu sebab pilih restoran Mozer’s tu. Pernah makan di restoran ni beberapa kali masa kerja di ALH dulu. Memang guarantee tau makanan masakan arab di restoren sedap.


Restaurant ni dah expand. Ada tambah lagi satu lot kedai. Enterior deco pun dah bertambah cantk. Sejuk je mata menikamti deco restaurant ni.

 

 
Gediks family pun turut bersetuju dengan saya selepas merasa makanan yang diaorang pilih. Saya order yang ada wrap, yang taka da nasi. Saya suka betul makanan yang berasakan wrap dan kebab ni. Saya order Grilled Beef Cubes. Meal say ani ada fries jugak. Saya memang seboleh-bolehnya pilih meal yang ada fries. Supaya boleh Dak Zafirah dan Dak Zayden makan. Yang best meal saya order ni ada yang saya nak iaitu wrap dan ada yang dua ketul suka iaitu French fries.


Ni yang saya order iaitu Grilled beef cubes. Tak nampak isinya sebab bentuk cube. Tapi sedap tau rasanya 

Mus order Shish kebab, Kimchi order mix grilled dan Didi order mixed Shawarma platter. Abah nak makan nasi dan ikan so order Salmon with rice. Mak order Shawarma salad chicken. Untuk Zafran order makanan kesukaan dia iaitu spahethi bolognaise. Zafran suka spaghtehi sini sebab tak pedas dan rasa bolognaise yang original iaitu masam-masam.

Shish kebab

mix grilled 
 
Salmon with rice

 Mixed Shawarma platter

Untuk dessert order churros. Rasanya maintain sedap dari dulu. Walaupun ada empat ketul tapi besar churronya. So boleh seketul boleh dua orang makan. Dipping sauce adalah caramel dan coklat.


Churros
 

Order jugak classic chocolate cake. Nama pun sambut birthday kan. Kenalah ada cake untuk pelengkap sambutan harijadi. Mintak lah tulis birthday wih di atas kek. Tapi lepas pilih di kaunter, ingat dia hantar camtu je kat meja. Rupanya kek itu siap diletak lilin yang bernyala dan waiter terus nyanyikan lagi birthday. Terus family ikut nyanyi jugak. Aduii malu sekejap bila semua tertumpu pada kau walaupun sekejap je pun. Ahaks.


 



Terubat rindu makan makanan arab di Mozer’s. Thanks Kimchi belanja saya dan Gedik Family di Mozer’s. Moga bertambah-tambah rezeki lagi supaya boleh belanja banyak-banyak lagi. Ehhh. Haha.

22 November 2022

Main Game Online Best Dan Free di Solitaire.Org

Teringat masa zaman sekolah dulu, mak suka betul main game solitare di laptop kalau ada masa lapang. Yeala dulu kan tak ada handphone dan solitaire ni game yang memang ada kat laptop. Sekarang saya pulak terikut minat game solitaire. Like mother like datughter. Hehe. Bukan apa, main game solitaire ni boleh dijadikan stress reliever saya. 

Saya main game solitaire direct di website Solitaire.org. Since main direct di website, tak perlu download . So memory laptop atau handphone tak akan berat dan penuh sebab tak perlu nak download game solitaire. Lepas tu free je main game di website Solitaire.org. Main online solitaire game ni di handphone. Sambil baring-baring, pun boleh main game solitaire ni. Tak perlu nak kena bukak laptop/pc baru dapat nak main game solitaire.

 

Game solitaire di webitse ni ada banyak versi yang boleh kita pilih untuk main. Versi-versi yang ada adalah Classic, Klondike, Spider, Freecal, Pyramid, Tripeaks dan Golf. Saya buat masa sekarang ni main untuk suka-suka yang tak ada tekanan, pilih main versi Classic ajelah. Versi yang tak improvised compare version lain. Kalau version lain ancy sedikit permainannya. Biasalah saya kan old school. Hehe.

 


Selain game solitaire, ada jugak game lain yang boleh dimain di website ni. Game yang saya suka jugak main adalah Hidden Objects. Pun release stress jugak main game cari objek tersembunyi ni. Game Hidden Object pun ada banyak version antaranya China Temple, Hidden Kitchen, Hidden Princess, Circus Adventure dan banyak lagi. Yang screenshot bawah ni saya main version The Palace Hotel.


 


Kalau terasa nak aktifkan otak saya lebih sedikit dan uji vocabulary saya, saya main game word. Under game words, ada pelbagai lagi games yang berkaitan dengan word iaitu Daily crossword, Daily letterlogic, daily wordsearch, daily wordoku dan letter scramble.

 

 
 
Yang saya suka main daily crossoword sebab suka test vocabulary saya dan boleh improve vocub saya jugak. Macam bawah ni saya tengah main crossword. Saya dapat betul untuk crossword nombor 40. Yang lain in progress dapatkan jawapan yang betul. Hehe.

 


Games yang sebut atas tu yang saya suka mainlah. Ada lagi lagi jenis online game lain yang boleh dimain di Solitaire.org iaitu Card, Mahjong, Match 3 dan Logic Puzzles. Best jugak online game lain ni. Memang saya akan try lah main semua game online di website ni sebab sangat best dan cara untuk release stress saya jugak.


 

Korang pun trylah main game online di website Solitaire.org sebab best game nya. Yang paling penting kat website ni taka da iklan yang menyemakkan time korang browse website ni. Paling penting free weyh.

6 November 2022

Dinner at Third Letter Cafe, Bukit Jelutong to Celebrate Didi’s 33rd Birthday

 My only sister turns 33 years old last week. Didi muda dua tahun dari saya. Untuk menyambut birthday Didi, Mus ajak dinner di Third Letter Café, Bukit Jelutong. Bagus Mus pilih makan di area Bukit Jelutong sebab dekat dari rumah kami yang di Saujana.



Menu café ini adalah berkonsepkan western. Interior cafenya berkonsepkan moden dan minimalis. Simple dan spacious. Kami sekeluarga sampai lambat sedikit. Geng PJ sampai dahulu. Supaya dapat makanan cepat, Mus bagi link emenu untuk kami order makanan masa otw datang. Agitulah life kami yang mesti susah nak ontime. 




Saya order grilled chicken untuk saya dan Kimchi. Untuk Zafran order Spaghethi Bolognaise.

Sampai je Third Letter Cafe, terus disambut oleh waiter dan tak sempat dia nak tanya soalan terus saya bagitau saya join group meja tu. Agaknya dia nak tanya ada buat reservation and so on ke. Terus waiter jawab ok.

 


Pergi ke meja Dak Zafirah bagi hadiah kat birthday auntie. Then sembang sambil tunggu makanan sampai.

Makanan sampai, tanpa buang masa terus makan. Yang saya order grilled chicken not sedap jugak rasanya dan cukuk rasa. Mushroom sauce tak pedas. Kalau pedas, tersangatlah turn off. Tapi yang Zafran order Spagethi bolognaise macam ada sentuhan melayu sebab rasanya pedas. Dak Zafran tak boleh makan. Suppose tak pedaslah kalau betul-betul ikut rasa original bolognaise. So Zafran tak boleh makan. Just makan french fries, side dish grilled chicken kami.






Didi punya Lamb Chop pun sedap. Mak dan Mus order TTL burger. Daging burgernya lembut dan sedap. Paling suka air yang didi order Very Berry. Campuran strawberry dan blueberry. Manis, pekat dan sedap.





To Didilo Cutie, i wish u have a wonderful birthday. May ur special day filled with good memories.

Jalan Santai di Colmar Tropicale dan Japanese Village, Bukit Tinggi Untuk feeling Oversea

 

Lepas tamat Percutian Gediks Family dan sebahagian Enon Clans di Janda Baik, ramai yang nak singgah Colmar Tropicale Bukit Tinggi pulekk. Bukit Tinggi kan otw ke KL. Since semua nak hala KL dan dah tak apa-apa plan lepas check out Tanjung Hill, so sambung berjalan di Bukit Tinggi pulak. Sememangnya semuanya kaki berjalan. Iolss yang kaki berjalan on ja. Lagipun tiga ketul tak pernah sampai Colmar Bukit Tinggi lagi.


Kali terakhir saya sampai Bukit Tinggi tahun 2012. Tu second time saya sampai Bukit Tinggi dan pergi dengan family Gediks dan Induk ada join jugak time. First time tahun 2010 kot dengan Kimchi. Belum kahwin lagi. Pi dating situ.

 
Nak masuk Colmar Tropicale Bukit Tinggi kena bayar RM16/pax untuk dewasa dan RM8/pax untuk kanak-kanak. Sampai sana, cuaca agak best time tu. Redup dan berangin je. Colmar ni pulak Resort bertemakan French. Lagilah menambahkan feeling berada di Europe pada musim sejuk. 
 
Tempatnya maintain cantik sama macam pernah sampai 10 tahun dahulu. Yeala tiket masuk pun pricey. Tak maintain gak memang kena kecamlah.

 


Yang bestnnya dah ada kedai yang rakyat marhaen macam haku nib oleh pergi. Macam yang pergi 10 tahun dahulu just ada café yang harga makanannya sangat kayangan. Mampu tengok dari luar café je. Nak makan paling nearest, kena pi makan di R&R Genting Sempah. Now dah ada 7e. 

 

Pastu ada jugak Kedai Pastry iaitu Boulangerie. Harga ok lagilah. Kena pau dengan tiga ketul tak adalah ketar nak bayar. Satu lagi starbuck pun ada. Yeala sampai bilalah just ada kafe kayangan tu je yang T20 je mampu. T20 pun tak bercuti di Bukit Tinggi. Bukak 7e kat situ dapatlah B40 dan M40 beli kudapan-kudapan.


 


Dah kat Colmar Bukit Tinggi, memang duk bergambar ajealah kat situ. Bangunan di situ berwarna-warni, jadinya banyaklah port cantik untuk bergambar. Panjat jugak Menara Colmar. Tapi yang naik Menara just kami sekeluarga je. Sebab tiga ketul nak naik sangat. Yang lain tak mau join sebab kena naik tangga. 


 



Dah berjalan-jalan di Colmar, then pergi Japanese Village pulak. Abah tak mampu join sekali pi Japanese Garden. Sebabnya dari parking kena naik 200 lebih anak tangga. Dah naik tangga, kena panjat bukit pulak. Mak tak konpiden dengan tahap kesihatan jantung abah. So better tunggu jeala di parking.



Taman yang landskap nya terasa berada di jepun. Banyak pokok-pokok kecik. Ada sungai buatan manusia yang ada ikan koi. Ada replica rumah Jepun jugak. Kat rumah Jepun boleh nak sewa pakai baju kimono. Time pergi tu, taka da pulak. So just bergambar jeala.

 


Dah habis pusing, then kembali ke dunia nyata dengan balik rumah. Jalan-jalan di Colmar Bukit Tinggi ni best time cuaca tak panas dan berangin. Terasa seperti di negara Eropah. Kalau panas terik better jalan-jalan tempat percutian di KL je. Dengan harga tiket yang lebih kurang sama, lepas je pergi Bird Park, Butterfly Park dan etc. Pun boleh dapat jugak pengalaman percutian yang menyeronokkan. Then tak banyak aktiviti boleh dibuat di situ jugak. Tempat tu tak besar. Boleh habis pusing dalam setengah hari je. 


 

Apapun convenience store untuk rakyat marhaen yang ada dibuka di Colmar Tropicale Bukit Tinggi dah menjadikan lebih best untuk pergi, compare 10 tahun dahulu.

Main ATV di Dinda ATV, Janda Baik Buat Semua Happy

 Percutian di Tanjung Hill, Janda Baik baru ni suppose just buat aktiviti duduk santai di rumah panjang sambil menikmati alam semula jadi. Tapi ada jugak tu diselitkan dengan aktiviti main ATV. Tak terfikir dalam kepala pun nak main ATV time percutian keluarga keluarga di Janda Baik tu. 


 
Yeala, semua peringkat umur kan yang join percutian ni. Ada yang umur 50s macam mak, abah dan Maklang. Main ATV n ikan aktiviti dak dak muda. Mana datang idea tunggang ATV ni. Of coursela datang dari yang berjiwa young, wild and free iaitu Dak Mus. Dak Mus kata kalau percutian ni haruslah diisi dengan aktiviti lasak. Barulah lagi memorable. Iyola Mus.

 
Mus yang arrange everything untuk book slot main ATV. Main ATV di Dinda ATV. Harganya RM100/single dan RM200/double. Mak, abah, saya & Kimchi, Maklang dan Najla ambil double ride. Yang double ride ni geng ada penunggang yang malas nak bawak ATV. Sayalah salah seorang nye. Ahaks. Of coursela tak boleh bawak ATV. Ada Dak Zayden kan kena pegang.

 
Main ATV pada hari pertama di Tanjung Hill. Sampai je Tanjung Hill, terus bersiap nak pergi ke lokasi main ATV. Tapi lokasi yang kami kena berada tu adalah pick up point di mana ATV crew ambil kami naik 4WD untuk ke tempat Dinda ATV. Tak boleh naik kenderaan sendiri untuk ke tempat ATV tu sebab bahaya. Jalan tak berturap, kecil dan naik bukit tinggi. 4WD je yang mampu melalui jalan ni dan dipandu oleh pemandu yang bertauliah.

4WD yang kami naik untuk ke Dinda ATV dari pick up point
 


Dah sampai ke lokasi ATV, terus pakai helmet dan semua pilih ATV untuk dipandu. Ada sesi taklimat oleh crew ATV untuk Langkah keselematan dan cara pemanduan. ATV trip kami ada tiga crew yang join ATV trip kami. Boleh bawak slow slow je sebab ada pemandu yang umur 50s iaitu abah. 

 

Bila dapat laluan yang sukar dan mencabar macam kena naik dan turun bukit  tinggi, , redah sungai yang ada halangan batu besar, crew kena turun padang untuk tolong abah. Supaya abah boleh melepasi halangan sukar ni. Terbaiklah servis yang diberikan oleh Dinda ATV crew. Sangat professional. Teruk macam mana pun penunggang ATVnya punya driving, diaorang akan make sure kami semua ride dengan baik dan dapat memperolehi pengalaman naik ATV yang menyeronokkan.



 


Level ATV yang kami ambil ni adalah easy track sebab penunggang ada banyak peringkat umur dari baby hinggalah almost warga emas. Easy track pun dah cukup mencabar bagi kami. Macam-macam halangan kena lalui. Drive di laluan berliku-liku, laluan berlopak, sungai yang ada batu sungai, drive dan turun bukit tinggi dan etc. Kalau ambik extreme track, takut tak habis pusing je track extreme ni. Huhu. Crew tu bagitau kalau extreme siap ada kena bawak atv atas kayu balak dan etc. Fuhh dengar pun terasa mencabar. Belum betul-betul ride di extreme track ni.

 pit stop di puncak bukit 


Budak tiga ketul memang enjoylah naik ATV. Tak menangi langsung walaupun banyak kali ada kena laluan yang ada bouncing. Permandangn sepanjang ATV track kami pun sangat mendamaikan. Paling best ada redah sungai dan kena melepasi batu sungai. Sangat melibatkan adrenalin rush bila nak kena drive melepasi batu besar dalam sungai tu.

Bergambar dengan Dinda ATV crew
 


Kami start main ATV dalam pukul 4pm. Habis dalam pukul 6:30 petang. Sangat berbaloi spend RM100/pax sebab sangat dapat pengalaman main ATV yang best. Then servis dari Dinda ATV pun terbaik. Kalau ada nak repeat main ATV di Janda baik, memang akan main ATV di Dinda ATV lagi.

5 November 2022

Menang Preloved Giveaway by Raydah

Alhamdulillah..Saya menang widari  red headphone dan laptop stand Preloved Giveaway by Raydah yang dianjurkan oleh blogger Raydah.Suka kalau menang barangan aksesori laptop ni. Sebab banyak juga masa saya spend depan laptop. Then warna pink pulak tu. Comel sangat.

 





To Blogger Raydah, terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Semoga blogger Raydah sentiasa dimurahkan rezeki. Hope saya menang giveaway lagi.hehe.