Suka Makan Chili Pan Mee With Onsen Egg Di Pop Meals

Masa first time nak makan di Pop Meals, tak tahu makanan jenis apa yang dijual di kedai ni. Bila tengok menu di kaunter, baru tahu ada pelbagai jenis tema seperti western, masakan melayu dan banyak lagi.




Pernah order swet & sour chicken. Not bad rasanya. Harga pun tak pricey sangat dalam RM13. Second time pergi ada satu menu macam menarik perhatian saya untuk order iaitu Chili Pan Mee With Onsen Egg. Gambar di screenboard menunya sangat mengecurkan air liur saya.


 


Bila makan, yup seperti yang dilihat dari gambar menu board yang kelihatan menyelerekan, yang rasa betulnya pun sama sedap . Dihidang dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng yang rangup dan ayam cincang. Yang menambah kebaboom kepada pan mee adalah cili kering. Sedap sangat.


 


Next datang Pop Meals, pun saya order iaitu Chili Pan Mee With Onsen Egg. Tak muak makan pan mee ni even dah makan sebelum ni. Repeat makan banyak kali pun tak apa sebab sedap dan tak muak. Harganya pun tak kayangan, dalam RM12. Memang terbaiklah dan sedapalah Pop Meals punya Chili Pan Mee With Onsen Egg.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment