Nature Getaway at Tanjung Hills, Janda Baik With Family & Relatives

 

Beberapa tahun lepas, Gediks Family ada bercuti di tempat yang boleh dekat dengan nature dan ada scenery iaitu Templer Park. Memang best sangat tempat ni sebab facility lengkap dan berkeadaan baik dan exterior design tempat ini pun cantik. Tapi rate nya sangat kayangan dan dicas ikut bilangan pax. So tak boleh simply ajak ramai nanti mau botak kepala bayar bil.


So, percutian Gedik Family yang seterusnya mak nak tempat percutian lebih kurang macam Templer Park tapi tak dicas ikut bilangan pax. Just cas based on tempat je. Muslah yang cari. Cari punya cari, Jumpa satu tempat percutian ni yang Namanya Tanjung Hill di  Janda Baik.




Rate nya RM1500++ yang sebuah rumah Panjang berkonsepkan kampung tradisional. Ada dua bilik yang satu katil queen dan dua bilik yang ada dua katil queen. Semua bilik ada toilet sendiri. Then ada facility BBQ dan dapur di luar rumah panjang. Tapi tempat ni tak  da kolam tapi ada sungai yang boleh mandi. Tak apa still boleh ada aktiviti main air especially untuk anak iols. Semua ini dari apa yang dilihat di IG Tanjung Hill.

 




Bila sampai rumah panjang Tanjung Hill, alhamdulillah semuanya sama seperti yang dilihat dari IG. Cuma dapur maybe a lil bit tak berapa bersih. Tapi yang lain semuanya lengkap dan in good condition.
Bilik pun okay dan toilet pun bersih. 

Haa lupa ada jugak kurengnya tang toilet. Toiletnya ada dua shower. Satu shower untuk air biasa yang temperature ikut environment. Means sejuk macam ais. Satu lagi shower heater. Tapi yang heater keluar air panas Ya Rabbi. Tak boleh adjust bagi suhu sedang-sedang. Dua shower ni next each other. So, nak dapat air shower suhu sedang-sedang kena adjust kedua-dua kepala shower supaya air dari kedua-dua shower bercampur untuk dapat air showe suhu sedan-sedang. Adui berbelit ayat nak citer pasal shower toilet Tanjung Hill nih. Senang cakap bagi satu starlah untuk shower sebab tak boleh yang shower heater tak boleh adjust suhunya.

 
ceiling pun not in good condition


Selain rumah panjang, ada beberapa jenis chalet lain iaitu stonehouse, pondok house dan etc. Kawasan untuk glamping & camping pun ada jugak. Yang area glamping betul-betul tepi sungai.


 
Masa mula-mula sampai, air sungai di tanjong Hill sangat jernih dan tak deras. Tapi tak mandi masa tu sebab nak kejar masa untuk buat aktiviti ATV. Plan mandi pada keesokkannya. Tapi huhu. Disebabkan hujan malamnya tu, air sungai keesokkannya jadi deras ya amat dan dalam. Memang tak berani dalam mandi sungai. Mampu rendam kaki dalam sungai jeala. Kesian tiga ketul. Padahal punya tak sabar nak mandi sungai. At the end tak boleh mandi. Takpe kiddos. Main ATV pun best. Semuanya seronok main ATV. Akan share pengalaman main ATV di entri yang lain



Ni air sungai pada hari 1st day kami sampai. Jernih giler. Beza compare keesokkan harinya
 


BBQ pada malam hari check in. bahan-bahan semuanya dah siap disediakan di PJ. Tinggal bakar je. Geng lelakilah yang membakarnya. Bila semua siap BBQ dan masak, dah boleh makan. Makan sambil merasai cuaca sejuk gunung dan melihat permandangan semula jadi pada waktu malam sangat menenangkan jiwa sangat. Lupa sekejap segala hal duniawi. 



 


Esoknya, had english brekafast dahulu. Then lepas breakfast, itulah plan nak mandi sungai sampai time nak check out. Tapi nasib tak menyebelahi kami, air sungai deras dan dalam ya amat pada hari kedua tu. Sebab malam sebelum tu hujan lebat. So, hanya mampu rendam kaki dan ambil gambar di pinggir sungai. Tak berani nak mandi sungai keadaan macamtu. Nasib baiklah dak tiga ketul tak meragam tak dapat mandi sungai. Sebab sebelum asyik duk sebut mandi sungai kat diaorang. Maybe aktiviti sebelum tu especially main ATV best sangat. Dak tiga ketul jadi tak kisah pun tak dapat mandi sungai.

 


Itulah aktiviti kami sepanjang berada di Tanjung Hill, Janda Baik. Suka sangat dengan tempat penginapan yang kami pilih ni iaitu rumah panjang. Suasana dan permandangan di Tanjung Hill pun sangat cantik dan mendamaikan hari. Just adalah beberapa perkara yang slack yang ada cerita sebelum ni. Tapi overall, Tanjung Hill sangat sesuai dijadikan tempat percutian untuk keluarga yang ingin rasa dekat dengan alam semula jadi dan ingin dapat pengalaman percutian yang mengembirakan.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. lamanya tak singgah di sini..nampak macam ada pertambahan ahli keluarga baru ye..dak zafran dah tinggi....

    ReplyDelete