25 October 2022

My Perfect Island Getaway at Laguna Redang Island Resort Story │ Part 1

 

Pulau Redang adalah pulau yang sebulat suara dipilih untuk percutian pulau bersama-sama dengan keluarga kawan-kawan kastam Kimchi tahun ini. Kalau tahun lepas, di Pulau Tioman. Sama macam Pulau Tioman sebelum ni, percutian dengan diorang yang buat saya sampai ke pulau-pulau percutian ni. Seumur hidup saya tak pernah Pulau Redang.

 


Actually tak pernah bercuti di pulau masa zaman dengan keluarga saya dahulu sebab tak mudah nak bercuti di Pulau ni. Banyak benda yang nak kena rancang awal macam book tiket feri dan etc. Then kena rancang perjalanan dari rumah ke jeti. Banyak benda lah kena fikir. Dulu mana ada online booking ni. Kena call je. Sebab tu percutian keluarga saya dahulu banyak di town. Just setakat call hotel jea untuk booking bilik. Nak berjalan tempat lain hanya berjalan yang berdekatan dengan hotel yang boleh walk in je.

 

Tapi sekarang semuanya boleh through online. Satu lagi keluarga kawan Kimchi memang biasa bercuti di Pulau. Depa la yang plan everything. Kami just bayar dan follow arrangement diaorang. Tu yang dapat sampai pulau percutian tu.

 


Actually cuak gak nak bercuti di Redang ni. Sebab akan ada aktiviti snorkelling. Ikut previous snorkelling experience di Tioman, memang lawakla. Tak boleh cerita dia punya cuaknya. Tapi snorkelling kali ni ntah mana dapat keberaniannya, macam saya sangat enjoying snorkelling moment. Nanti cerita part snorkelling.



Percutian di Pulau Redang adalah selama tiga dua malam ni Laguna Redang Island Resort under pakej resort ni. Bila ambil pakej memang dan include semualah iaitu tiket feri, buffet dan bilik. Feri yang kami naik under Laguna jugak. Harga pakej ni dalam RM728/pax untuk dewasa dan RM428/pax untuk kanak-kanak (4-12 years old).

 

Dengar macam pricey tapi resort ni 4 star dan dan include semua major part kot macam makan dan feri. Even pakej snorkelling pun dah included. Bawak anak-anak, memang better ambil yang pakej. Kita tak payah pikir dah part major ni macam part makan.


Ok nak cerita dari mula percutian di Redang ni. Naik feri pada hari Khamis pukul 10am. Gerak dari KL dalam pukul dua pagi. Perjalanan dari KL ke Jeti Taman Tamudun Islam ambil masa enam jam. 

Berhenti di R&R Ajil untuk solat dan mandi dan tukar busana (busana kau) warna putih. Semua pakai baju warna putih. Dah siap terus gerak ke jeti Taman Tamadun Islam. Dalam pukul 9 pagi sampai jeti.
Kat Jeti dah ada pekerja Laguna yang akan uruskan semua yang nak pergi Laguna. So, agak smooth lah urusan kami di jeti. Yelah harga pakej mahal kot. Bagi lousy servis memang akan kena kecamlah. Dah setel tiket, tagging beg semua, tunggu sekejap feri sampai then naik feri.


Dari jeti ke feri pun tak kena nak berjalan jauh. Kalau compare dengan Pangkor perghh jauh. Dahlah time banyak barang bag kena hand carry. Dengan Dak Zayden nak dukunglah. Aduii menacabar betul time tu.


Sebab experience di Pangkor tuelah, saya tak bawa beg yang kena hand carry. Bawak satu lunggage besar, then tiga bagpack yang di carry oleh saya, Kimchi dan Dak Zafran. Begpack Dak Zafran just ada toy sandcastle, alatan mandi je. So tak berat. Jangan accuse saya abuse child ye. Haha.


Perjalanan feri ke Laguna dalam dua jam. Kimchi tidur.Saya tak tidur. Menikmati permandangan laut sebab dapat seat tepi tingkap. Dak Zayden pun join jugak.

 
Dah sampai jeti Laguna, banyak jugak feri lain yang sama sampai. So ramailah di jeti Laguna. Dari Jeti ke resort nak kena 10 minit. jalan kaki. Laguna ada je sediakan shuttle ke resort. Tapi ramai sangat beratur nak naik shuttle. So semua jalan kaki jea. Malas nak beratur. Lagipun beg semua pekerja Laguna yang bawakkan sampai ke resort. So tak struggle dan penatlah lah nak berjalan kaki ke resort. 

My Perfect Island Getaway at Laguna Redang Island Resort Story


Walaupun tak carry beg masa berjalan kaki dari jeti ke resort, tapi terasa penatnya. Tak tahulah macam mana kalau kena carry beg jugak. 


Sampai-sampai resort, terus terpukau dengan kecantikkan exterior design Laguna Resort dan permandangan pantai di hadapan resort. Ya Allah cantik betul pantainya. Pasir putih halus macam powder tu. Air laut pun warna hijau. Patutlah orang kata Redang ni Maldives Malaysia.



Kawan Kimchi bagitau dah check in tapi tak boleh masuk bilik. Sebab bilik tak siap kemas lagi walaupun dah check in. Pi lunch di café. Nak masuk café pun kena beratur jugak. Sebab ada sistem yang bila dah sampai di kaunter, pekerjanya akan tentukan kita duduk meja nombor berapa. Kalau taka da meja kosong time tu, kenalah tunggulah. Sebab tu beratur Panjang. Time lunch ni jeala beratur lama sedikit. Time makan lain tak kena tunggu lama pun.

Dessert corner for lunch buffet
 

Baguslah cara macamni. Tak adalah incident orang yang duk pegang makanan, then kena muka kesian kat yang duduk meja makan sebab tak ada meja kosong. Kita yang tengok muka kesian pun jadi tak tenang nak makan. Padahal kita pun baru dapat meja. Kaunter tu pun kat tingkap bawah. Café tingkat atas.


Semua makan adalah buffet. Walaupun ramai yang datang makan satu masa, tapi cepat tau pekerjanya topup makanan bila dah nak habis. Tak sempatlah kosonglah semua chafing dish. Makanannya rasa agak sedap. Tak ada rasa yang tak kena dengan tekak. Semua jenis tema ada iaitu western, local dan etc. Paling penting ada free flow coffee.Dua tiga cup saya minum.


Dah siap makan lunch buffet, masih lagi tak dapat masuk bilik. Yeala standard check in pukl 3pm. Time tu baru pukul 2pm. Nak complaint pun tak boleh. So, jalan-jalan di sekitar resort dan pantai.





Permandangan pantai Pulau Redang. Ya Allah.indah sungguh ciptaan tuhan ni. Memang kerja kami duk OOTD jeala kat pantai ni especially geng wifey. Tapi tak dapat nak lepak lama kat pantau sebab cuaca panas terik. Bahang ya amat. Duk bergambar dah rakam video guna dron pun ada, then budak-budak mintak ice cream. Diaorang nampak kedai souvenir dekat area pantai tu. Wajib mak pak kena pau lah bila ada kedai ni. Malah setiap hari kat situ anak-anak mintak ice cream. Saya pun ada jugak hasil shopping kedai tu. Beli topi pantai kaler pink.


 

Duk lepak jap kat kat depan kedai sebab area tu kurang panas sedikit, then dah dapat masuk bilik. Alhamdulillah dapat rehatkan diri.


Bilik kami semua adalah di tingkat paling bawah dan berhadapan dengan swimming pool. Tapi walaupun berhadapan dengan swimming pool, tapi biliknnya bukan pool access room. Means tak boleh pergi ikut balkoni. Kena ikut pintu depan. Tak macam Bharat. Dari balkoni boleh terus keluar untuk ke swimming pool.





 

Satu lagi my comment on room, katilnya adalah single dan ada empat. Bilik ni bukan untuk family ke caner. Kami kena gabung dua katil supaya jadi luas untuk tiga ketul tidur bersama-sama.


Tapi interior design bilik kami ni sangatlah cantik. Tema bali. Toilet siap ada separate room untuk toilet dan shower. Dan ada jugak basin area. Tapi iron takde ye. Kena request. Boleh guna 30minit je.After that akan diambil semula. Tapi yang iron yang guna tak kena ambik pun. Iron nya macam bahaya sedikit.tak boleh nak adjust sangat panasnya. Boleh rosak kain kalau tak jaga-jaga.

 


Lepas dah duk bilik, petangnya saya dan Zayden duk bilik je. Tak join lain pi mandi kolam dan jalan-jalan pantai. Nak rehatkan diri untuk full day activity esoknya. Especially Zaydenla nak bagi dia berehat sebab kecik lagi. 


Dinner pun buffet di cafe Laguna Resort . Banyak jugak pilihan makanan dan rasanya sedap. Siap ada BBQ lagi kalau dinner. Sama juga breakfast buffet. 

Dinner buffet 

1 comment: