Swimming Pool & Seaview Studio Room At Swiss-BelHotel, Kuantan Gave Memorable Kuantan Vacay Experience

Tahun ni ada pulak sampai Kuantan. Kuantan ni sangat menggamit memori saya. Sebab pernah menetap di Kuantan  selama tiga tahun. Abah ada dinaikkan pangkat dan kena ditukarkan ke Kuantan. So satu keluarga pindah sama. Rindu tak dengan Kuantan. Idokkk. Best lagi duk PJ. Kuikuikui.


Ada sampai Kuantan tu actually purposely bukan untuk bercuti. Ada wedding kawan Kimchi di sana. So alang-alang nak attend wedding, check in lah di salah satu hotel di Kuantan iaitu Swiss-BelHotel
 

Swiss-BelHotel adalah sea view hotel. Ratenya dalam RM220++/night untuk jenis Studio room with seaview. Studio room ada satu katil king dan bilik yang sangat besar. Dapatlah tiga ketul nak berlari-lari dan berkejar-kejaran di dalam bilik tanpa belanggar-langgar. 




 

Selain itu ada set sofa dan yang bestnya ada bar table. Selama pernah check in standard room hotel, tak pernah ada bar table. Suka betul dengan bar table. Sampai rumah saya pun buat bar table masa renovation baru ni. Hehe.


 
Facilities lain ada Wifi percuma, televisyen LCD, peti sejuk, coffee and tea making fascilities, meja tulis, sinki dan bar table, kerusi dan almari.. Barang elektrik yang boleh buat kaum hawa gumbira pun ada iaitu iron. Katil king agak besar tapi still tak cukup untuk kami berlima dah tidur atas katil. Kinchi kena tidur bawah.Suppose bawak je toto sebab biliknya luas.
nasib baik ada tirai. kalo tak sampai sudah mati akal pikir camne nak mandi tanpa bagi free show kat tiga ketul.haha


  

 



 
Paling suka dengan pool hotel ni sebab ada slide. Ala-ala mini theme park pun ada. Best sangat, Tiga ketul memang sangat having fun main air kat pool ni. Pool mandi dia pun boleh tahan besar. Ada tiga jenis. So bole la pilih nak terjun kat pool mana satu.

 







Untuk breakfast buffet, book dengan dapat breakfast buffet voucher untuk dua pax. Pilihan makanan breakfast buffet nya agak banyak. Tapi rasanya kurang.

 




Time saya menulis entri saya tak ingat langsung makanan apa yang rasanya yang buat saya teringat-ingat. Coffee pun kurang. Just minum satu cup je. Kalau compare dengan breakfast buffet Avillion, saya minum sampai tiga cup.



Puas hati jugaklah check in di Swiss-Belhotel sebab pool dan Studio room yang kami book. Sangat puas hati dengan kedua-duanya. Facilities cukup, clealiness ok. Tang breakfast lah kureng sedikit. Overall memang best check in di Swiss-Belhotel.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Wah macam best check in hotel ni.kalau ada bercuti di Kuantan, nak check in di Swiss belhotel la

    ReplyDelete