Beli Belah & Cuci Mata di Ikea, Batu Kawan & Design Village Penang

 

Kat belah KL ada je Ikea. Siap ada dua lagi. Satu di Damansara dan satu lagi di Cheras. Tapi balik Taiping haritu, tiba-tiba terasa dan pi Ikea Batu Kawan. Sebab tak pernah sampai sana. Padahal sama jea pun pi Ikea mana-mana pun. Itulah bila jenis suka berjalan campur menyoping kan.



 
Dari Taiping dalam sejam untuk sampai Ikea Batu Kawan. Sampai dalam tengahhari. Nak masuk Ikea, tak banyak kereta queue masuk. Kalau yang Selangor punya, kalau sampai tengahhari jangan ceritalah Panjang queue nya.


Dah masuk Ikea, pi isi perut dengan makan di Ikea Café. Café nya pun tak crowded sangat. Senang nak dapat meja makan. Bila dah berpeluang dapat makan di Café, tak akan tak order Ikea signature dish iaitu meatball. 



Meatball dah tak boleh order 10pcs. Ada 15 pieces per plate. Since ada empat orang dewasa dan budak-budak order tiga pinggan. Actually order dua pinggan je pun cukup kalau ada makanan lain jugak. Sebab lama sangat tak makan meatball tu request Ena tambah lagi satu pinggan.


Sebelum sampai Ikea Penang, ada baru je lagi pi Ikea Damansara. Tiga kali pi pulak tu. Sebab rumah baru lepas reno kan. Tapi time pi Ikea semua tu, taka da sekali pun singgah makan di Café Ikea. Kimchi malas nak hadap crowd dan handle tiga ketul. Lepas settle shopping, akan lunch McD Drive Tru. Tu yang nak pulun makan meatball banyak di Ikea Penang tu.


 Dua ketul main di Kids area di Cafe


Selain meatball, order jugak almond dan cheesecake, chicken wings, pasta, crossaint dan mushroom soup. Memang pulun tambah tenaga sebelum start shopping.


Dah siap makan, start pilih barang. Beli lagi racking untk dapur baru. Nasib baik kereta mampu letak muatan besar.


Dak Zafirah sampai tertidur. lama sangat tunggu habis shopping racking untuk dapur baru



  Habis shopping dah


Dah siap shopping di Ikea, sambung shopping di Design Village Outlet, Penang. Design Village adalah tempat beli belah barangan designer brand/brand dengan harga berpatutan.

Di Design Village

Design Village ni yang bestnya sempat just satu tingkap je. Tak Macam JPO dan GHPO yang ada beberapa tingkat. Then ada kedai-kedai di situ ala-ala open air dan taman hijau yang boleh kita lepak-lepak di tepi untuk ambil angin.


 

Tapi even satu tingkat pun, mall nya besar. Boleh ketar lutut jugak nak tawaf satu mall. Katanya Design Village adalah outlet paling besar di Malaysia.

Shopping di Al Ikhsan
 


Apa hasil shopping saya di Design Village, macam takde hasil sangat. Sebab dah pulun shopping di Ikea. Tapi Enalah yang banyak shopping di Design Village Outlet. Teringin nak beli Coach bagpack tapi tengok harga even ada less pun, mampu telan air liur je.

 
So, dah lepas dah sampai Ikea Penang dan Design Village Outlet. Akan repeat sampai both places lagi next few years. Tak boleh repeat dalam masa terdekat. Cepat fulus terbang nanti. Ahaks.

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Seronoknya shopping2

    ReplyDelete
  2. Best shopping di design village.harga pun berpatutan

    ReplyDelete