Tiga ketul tak pernah lagi sertai ibadah korban iaitu tengok depan-depan aktiviti pemyembelihan haiwan ternakan. Even Zafran pun tak pernah tengok jugak. Since keluarga belah mak termasuk abah, hazie dan Mus ada buat korban seekor lembu, jadi dapatlah bawak tiga ketul tengok sesi sembelihan lembu.
Mak Uda yang dah arrange semuanya dengan tuan lembu. Tuan lembu bukan setakat ada bela lembu malah sediakan perkhidmatan korban lembu dan sediakan tempat sembelihan yang convenient untuk pelanggan. Tempatnya siap ada kandang lembu. Ada tempat sembelihan yang gated dan berbumbung supaya pelanggan boleh tengok depan-depan dan berteduh. Ada sediakan juga refreshment jugak. Macam yang haritu ada sediakan minuman, mee goreng, roti dan karipap.
Walaupun turn lembu sembelih yang ketiga tapi rasa tak tunggu lama pun. Tiga ketul pun tak meragam sebab takde rasa tak selesa dan tak panas. Tiga ketul tengok sembelih sampai setel. Tiga ketul tak ada rasa tak selesa bila tengok banyak darah. Cuma dak Zafirahla ada rasa sedih bila tengok time lembu kena lapah. Yang siat kulit tu. Bagitau Zafirah nak bersihkan lembu buang kulit tu untuk hentikan fikiran Dak Zafirah rasa terganggu.
Dah siap sembelih balik kampung semula. Sambung potong daging dan tulang di kampung. Then bahagikan untuk diberikan kepada golongan miskin dan umat islam yang lain. Hanya 1/3 sahaja untuk sendiri.
Bahagian daging untuk sendiri dimasak sup tulang, daging goreng dan masak lemak cili api. Lauk-lauk daging korbang dimakan sehingga ke malam. Oh ye, lupa cerita juadah pagi raya haji. Pada pagi raya haji, juadahnya sama macam saya puasa iaitu nasi impit, kuah kacang, lontong, rendang dan dessert. Takut aii nak timbang berat badan balik dari raya haji ni.
Mungkin tiga ketul masih lagi terlalu muda tengok sembelihan lembu tapi InsyaAllah tiga ketul akan terbiasa dengan aktiviti korban dan akan sebati dengan diri mereka. Ini kerana aktiviti pemyembelihan korban adalah ibadah ntuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada Hari Raya Haji.
meriah raya haji sebab ada korban kan :) Saya rasa masa raya haji aritu banyak makan daging juga..hehe
ReplyDelete