29 July 2022

Enon Family Day at A’Famosa Resort Homestay, Melaka


Family Day Enon 2022 yang selama dua hari satu malam yang dimulakan dengan jalan-jalan tengok haiwan di A Famosa Resort Homestay, Melaka. Boleh baca entri saya mengenai rombongan keluarga Enon ke A Famosa Melaka Safari Worderlang dengan klik SINI.


 


Dah puas jalan-jalan di A Farmosa Safari, semua ke tempat yang keluarga Enon bermalam dan berkumpul untuk aktiviti utama iaitu family Day. Tempatnya ialah A Famosa Resort Homestay. Book dua homestay sebab ramai. Semua ada kecuali family makchik.

Homestaynya ada empat bilik dan dua bilik air. Ada ruang tamu dan juga dapur. Tapi dapur yang tak ada dapur gas. Tak dapatlah keluarga Enon nak panaskan makanan. Masak memang tak adalah. Peti ais pun ada jugak.


 

Agak luas jugakla Homestay ni. Tapi maybe sebab keluarga Enon ramai akan rasa macam tak luas.  Setiap Homestay ada kolam renang sendiri. So tak risau kolam renang mampu menampung semua keluarga enon ke tak. Lagipun of coursela budak-budak je yang masuk kolam. Kalau ada dari mak pak pun tak semua.



 


Sampai-sampai Homestay, semua makanan yang dibawa masing-masing diletak atas meja makan. Setiap family at least satu juadah yang dibawa. Memang penuhla meja dengan makanan. Ada menu berat, dessert, macam-macamlah Semua makan dahulu sebab lapar penat berjalan kan di A Famosa Safari. Habis makan, budak-budak pergi terjun kolam. Mak Pak BBQ untuk prepare makanan untuk aktiviti kemuncak pada waktu malam. Then bersiap untuk aktiviti kemuncak yang akan mula lepas mahgrib. 



 

Menu BBQ

Aktiviti kemuncaknya ada BBQ, cabutan bertuah, exchange gift dan of course makan-makan. Saya suppose tak join family day mulanya. So suppose tak ada dapat exchange gift. Walaupun join last minit, Dak Zafirah dan Dak Zayden pun dapat hadiah. Auntie yang sediakan. Risaula grandma time exchange gift, tak ada pulak untuk anak-anak saya. Tak ada untuk maknya pun tak apa. Untuk budak-budak mesti ke ada.

 






 

Uwan dapat handbag Bonia hasil collection anak-anak Uwan

Esoknya bangun-bangun dimulakan dengan Zumba. Lokasi Zumba anak beranak Enon di hadapan homestay sebab ada jalan yang luas. Boleh nak buat Zumba atas jalan sebab tak berapa ada kereta lalu jalan tu sangat. Tapi kalau ada kereta nak lalu semua kena ketepilah. Zumba lead by Mus. 

 


Lepas tu breakfast English buffet. Semuanya home made by keluarga Enon. Actually dapat je voucher breakfast buffet di A Famosa Resort. Siap dapat untuk 16 pax lagi. Tapi sebab dah ada makanan kat Homestay, hampir semua taknak pergi sarapan di café. Sebab jauh pun sama. Kena naik kereta dari Villa kalau nak pergi breakfast. Siap kena tanya sorang-sorang siapa nak. At last ada dua voucher yang tak diguna.



Yeala, manalah dia orang tak berapa nak join. Menu breakfast buffetnya almost sama yang diprepare oleh keluarga Enon. Yang saya rasa menu yang special adalah waffle. Memang sedaplah waffle nya. Sangat garing di luar dan fluffy di dalam. Patut ramai beratur di waffle station. Thanks mak beraturkan untuk kaklong. Hehe.



Sangat susah kalau nak join beratur. Dak Zayden ada join sekali. Kerja nak merayap je. Pastu di hadapan café ada garden yang ada kolam ikan. Dak Zayden geram tengok ikan-ikan kat kolam tu. Macam nak terjun masuk kolam ikan pun ada. Garden ni sangat cantik untuk bergambar. Lepas breakfast, bergambar di garden ni dan di lobi jugak.






 
Dah balik Homestay semual, sambung mandi kolam. Then bersiap dan makan sebelum check out. 

 


Bagi saya A’Famosa Resort Homestay sangat sesuai untuk buat aktiviti hari keluarga. Semua kelengkapan dan kemudahan utama ada. Paling penting ada kolam renang. Semua keluarga Enon sangat having fun family day di A’Famosa Resort Homestay.

 

1 comment:

  1. Bestnya buat family day di AFamosa Resort Homestay.nampak happening sangat

    ReplyDelete