29 July 2022

Enon Family Day at A’Famosa Resort Homestay, Melaka


Family Day Enon 2022 yang selama dua hari satu malam yang dimulakan dengan jalan-jalan tengok haiwan di A Famosa Resort Homestay, Melaka. Boleh baca entri saya mengenai rombongan keluarga Enon ke A Famosa Melaka Safari Worderlang dengan klik SINI.


 


Dah puas jalan-jalan di A Farmosa Safari, semua ke tempat yang keluarga Enon bermalam dan berkumpul untuk aktiviti utama iaitu family Day. Tempatnya ialah A Famosa Resort Homestay. Book dua homestay sebab ramai. Semua ada kecuali family makchik.

Homestaynya ada empat bilik dan dua bilik air. Ada ruang tamu dan juga dapur. Tapi dapur yang tak ada dapur gas. Tak dapatlah keluarga Enon nak panaskan makanan. Masak memang tak adalah. Peti ais pun ada jugak.


 

Agak luas jugakla Homestay ni. Tapi maybe sebab keluarga Enon ramai akan rasa macam tak luas.  Setiap Homestay ada kolam renang sendiri. So tak risau kolam renang mampu menampung semua keluarga enon ke tak. Lagipun of coursela budak-budak je yang masuk kolam. Kalau ada dari mak pak pun tak semua.



 


Sampai-sampai Homestay, semua makanan yang dibawa masing-masing diletak atas meja makan. Setiap family at least satu juadah yang dibawa. Memang penuhla meja dengan makanan. Ada menu berat, dessert, macam-macamlah Semua makan dahulu sebab lapar penat berjalan kan di A Famosa Safari. Habis makan, budak-budak pergi terjun kolam. Mak Pak BBQ untuk prepare makanan untuk aktiviti kemuncak pada waktu malam. Then bersiap untuk aktiviti kemuncak yang akan mula lepas mahgrib. 



 

Menu BBQ

Aktiviti kemuncaknya ada BBQ, cabutan bertuah, exchange gift dan of course makan-makan. Saya suppose tak join family day mulanya. So suppose tak ada dapat exchange gift. Walaupun join last minit, Dak Zafirah dan Dak Zayden pun dapat hadiah. Auntie yang sediakan. Risaula grandma time exchange gift, tak ada pulak untuk anak-anak saya. Tak ada untuk maknya pun tak apa. Untuk budak-budak mesti ke ada.

 






 

Uwan dapat handbag Bonia hasil collection anak-anak Uwan

Esoknya bangun-bangun dimulakan dengan Zumba. Lokasi Zumba anak beranak Enon di hadapan homestay sebab ada jalan yang luas. Boleh nak buat Zumba atas jalan sebab tak berapa ada kereta lalu jalan tu sangat. Tapi kalau ada kereta nak lalu semua kena ketepilah. Zumba lead by Mus. 

 


Lepas tu breakfast English buffet. Semuanya home made by keluarga Enon. Actually dapat je voucher breakfast buffet di A Famosa Resort. Siap dapat untuk 16 pax lagi. Tapi sebab dah ada makanan kat Homestay, hampir semua taknak pergi sarapan di café. Sebab jauh pun sama. Kena naik kereta dari Villa kalau nak pergi breakfast. Siap kena tanya sorang-sorang siapa nak. At last ada dua voucher yang tak diguna.



Yeala, manalah dia orang tak berapa nak join. Menu breakfast buffetnya almost sama yang diprepare oleh keluarga Enon. Yang saya rasa menu yang special adalah waffle. Memang sedaplah waffle nya. Sangat garing di luar dan fluffy di dalam. Patut ramai beratur di waffle station. Thanks mak beraturkan untuk kaklong. Hehe.



Sangat susah kalau nak join beratur. Dak Zayden ada join sekali. Kerja nak merayap je. Pastu di hadapan café ada garden yang ada kolam ikan. Dak Zayden geram tengok ikan-ikan kat kolam tu. Macam nak terjun masuk kolam ikan pun ada. Garden ni sangat cantik untuk bergambar. Lepas breakfast, bergambar di garden ni dan di lobi jugak.






 
Dah balik Homestay semual, sambung mandi kolam. Then bersiap dan makan sebelum check out. 

 


Bagi saya A’Famosa Resort Homestay sangat sesuai untuk buat aktiviti hari keluarga. Semua kelengkapan dan kemudahan utama ada. Paling penting ada kolam renang. Semua keluarga Enon sangat having fun family day di A’Famosa Resort Homestay.

 

27 July 2022

Last Hang Out With Partner In Crime At Dotty’s Pastries & Coffee, SCM before She Said Goodbye to TG

My partner in crime says goodbye to TG. Why she is my partner in crime.  Saya dan dia mula kenal each other pada hari lapor diri di TG. Kat meeting room bersama dengan new joiner lain sementara tunggu HR approach kami. Ye kami berdua punya hari lapor diri sama. Kami berdua di bawah department yang sama iaitu R&D. Tapi dipisahkan dengan team yang berlainan.



Bila sama-sama baru, semuanyalah nak buat sama-sama. Macam nak buat fingerprint untuk attendance dan sebagainya. Tu terus click tu. Kami berdua kerja department yang sama pulak tu. Faham scope kerja masing-masing. Tu yang senang nak cerita dan luah apa-apa. Masing-masing faham each other.
Tempat kerja kami berdua ni pulak sangat challenging dan kami berdua saling menguatkan semangat antara satu sama lain demi survival kerja di tempat kerja sekarang ni.


Bila Pija dah tak ada lagi TG, tiada lagi penguat diri, pemberi kata motivasi dan pendengar luahan pada diriku lagi. Semamangnya kena move on tapi gak ambil masa sedikit kerana diriku cumalah insan yang lemah.


Piutis naw ayat-ayat saya ni. Sedih kan.Sebelum Pija tinggalkan TG, kami hang out buat kali terakhir. Kami berdua ambil short hour supaya dapat spend lebih masa. Mula-mula hang out di Dottys. Order dan drinks. Tak pernah makan di café kepunyaan anak Naza ni. Orang kata kayangan rate nya. Tapi orang kata haruslah pilih tempat special untuk meraikan orang yang kita rapat. 


 


Food dan drinksnya not bad. Hazelnut Coffee Frape paling sedap sebab rasa Hazelnut Coffee Frape sangat original dan strong. Tapi for coffee lover, tak suka kot sebab dah tenggelam rasa coffenya. Saya pulak order Peanut Butter Smooties. Okla rasanya. Manis. 

 



For food order Steak Sandwish dan Salted EggYolk Doughnut. Just order satu for each food dan kami kongsi. Nasib baiklah kongsi sebab portion nya besar. Then Sandwish pulak dah siap potong bahagi dua. Bagi saya sandwish macam liat maybe sebab nak buat crispy. Steaknya lembut dan rasa sedap.
Salted Eggyolk Doughnut as per claim adalah best seller. Rasa sedap, creamy dan cukup rasa. Tapi makan banyak sedikit dan cepat rasa muak. Tak tahulah sebab bukan fan of salted eggyolk. Nasib baik order satu dan kami kongsi makan.


 


Then bersembang sehingga few hours. Lupa sekejap segala perihalan masalah dunia especially pasal kerja time ni. Burden dalam kepala teralihla seketika. Time ni jeala. Huhu.


 


After dah hang out, kami cari exchange gift. Pija request perfume BBW. While saya nak blouse poplook. Stail saya macamni. Akan bagi hadiah yang dipilih oleh yang akan menerima hadiah dari saya. Tak suka bagi surprise gift sebab nak elak bagi unwanted gift.

 


Then kami jalan-jalan lagi di SCM sambil menyembang sampailah pukul 6pm. Dah pukul 6pm, kenalah back to reality balik. Back to routine task. Walaupun just spend few hours, tapi bila hang out dengan somenone sangat close dengan saya, itu dah memadai bagi saya. To Pija, all the best to your future endeavors. Semoga Pija capai semua yang dihajati.

20 July 2022

Raya Haji 2022│ Bawak Tiga Ketul Sertai Ibadah Korban di Kampung Jempol

Tiga ketul tak pernah lagi sertai ibadah korban iaitu tengok depan-depan aktiviti pemyembelihan haiwan ternakan. Even Zafran pun tak pernah tengok jugak. Since keluarga belah mak termasuk abah, hazie dan Mus ada buat korban seekor lembu, jadi dapatlah bawak tiga ketul tengok sesi sembelihan lembu.


 


Mak Uda yang dah arrange semuanya dengan tuan lembu. Tuan lembu bukan setakat ada bela lembu malah sediakan perkhidmatan korban lembu dan sediakan tempat sembelihan yang convenient untuk pelanggan. Tempatnya siap ada kandang lembu. Ada tempat sembelihan yang gated dan berbumbung supaya pelanggan boleh tengok depan-depan dan berteduh. Ada sediakan juga refreshment jugak. Macam yang haritu ada sediakan minuman, mee goreng, roti dan karipap.

 
Walaupun turn lembu sembelih yang ketiga tapi rasa tak tunggu lama pun. Tiga ketul pun tak meragam sebab takde rasa tak selesa dan tak panas. Tiga ketul tengok sembelih sampai setel. Tiga ketul tak ada rasa tak selesa bila tengok banyak darah. Cuma dak Zafirahla ada rasa sedih bila tengok time lembu kena lapah. Yang siat kulit tu. Bagitau Zafirah nak bersihkan lembu buang kulit tu untuk hentikan fikiran Dak Zafirah rasa terganggu.

 



 
Dah siap sembelih balik kampung semula. Sambung potong daging dan tulang di kampung. Then bahagikan untuk diberikan kepada golongan miskin dan umat islam yang lain. Hanya 1/3 sahaja untuk sendiri. 

 
Bahagian daging untuk sendiri dimasak sup tulang, daging goreng dan masak lemak cili api. Lauk-lauk daging korbang dimakan sehingga ke malam. Oh ye, lupa cerita juadah pagi raya haji. Pada pagi raya haji, juadahnya sama macam saya puasa iaitu nasi impit, kuah kacang, lontong, rendang dan dessert. Takut aii nak timbang berat badan balik dari raya haji ni. 


 

Mungkin tiga ketul masih lagi terlalu muda tengok sembelihan lembu tapi InsyaAllah tiga ketul akan terbiasa dengan aktiviti korban dan akan sebati dengan diri mereka. Ini kerana aktiviti pemyembelihan korban adalah ibadah ntuk mendekatkan diri kepada Allah Taala pada Hari Raya Haji.

14 July 2022

Taksir Zakat │Zakat lebih Sempurna dan berpeluang Tebus Baucar dan menangi hadiah peraduan


Sangat menyayatkan hati bila kes bunuh dalam negara semakin menjadi-jadi. Yang paling menghibakan ada kes bunuh darah daging sendiri dan beragama islam.


Kenapa kes sedemikian terjadi sedangkan dalam islam dah diajar bunuh ini adalah berdosa besar. Ada yang kata ada kes bunuh berpunca dari desakan hidup. Memang tidak dinafikan ekonomi sekarang tersangatlah meruncingkan dan tak berada tahap yang bagus. OPR pun ada nak naik lagi kali kedua. Bagi mereka yang terkesan dengan ekonomi yag teruk, ditambah pula spiritual dan rohaniah diri lemah, maka terjadinya kes sebegitu.

 

 

Kita yang ada harta lebih, jika belum bayar zakat, segera-segeralah melakukan pembayaran Zakat di pusat Zakat bertauliah. Taksir Zakat dengan segera untuk mengetahui jumlah zakat yang betul berdasarkan harta yang kita miliki. Zakat kita inilah dapat meringankan beban golongan yang memerlukan ini. 

 


Bagi umat Islam yang ingin taksir zakat, untuk pengetahuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga ada melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ). Kempen ini untuk menggalakkan lagi umat Islam di Selangor mentaksir sendiri jumlah zakat mereka yang perlu ditunaikan.  Taksir Zakat boleh dilakukan dengan download aplikasi ZakatSelangor ataupun boleh cek di website Lembaga Zakat Selangor. Di website juga boleh cek dan tahu dah bayar zakat ke belum atau nak tahu pembayaran zakat yang lepas.

 


Menerusi kempen tersebut, mereka yang membuat taksiran zakat antara 15 Jun dan 31 Julai berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik selain boleh menebus baucar makanan segera di cawangan-cawangan LZS. Hanya pergi ke website https://jom.zakatselangor.com.my/ untuk taksir zakat dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik selain boleh menebus baucar makanan segera.



 
 

LZS turut memperkenalkan kemudahan terkini pembayaran zakat secara ansuran melalui perkhidmatan debit terus, dengan melayari laman web zakatselangor.com.my/directdebit.


Pembayar zakat hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan, seterusnya pembayar zakat boleh membuat bayaran zakat secara ansuran bulanan dan ia secara langsung tidak membebankan pembayar zakat. Kemudahan terkini tersebut adalah hasil kerjasama antara LZS dengan Bank Islam Malaysia (BIMB) dan InfaqPay sebagai rakan sinergi.


Mengenai bantuan khas banjir, LZS telah mengagihkan bantuan lebih RM42 juta merangkumi bantuan kecemasan bencana alam sebanyak RM28 juta; baik pulih institusi seperti masjid dan surau (RM7.5 juta), keperluan asas rumah (RM4.17 juta) dan baik pulih rumah (RM2.44 juta), namun jumlah dana bantuan tersebut masih belum diaudit.


 


Maklumat lanjut berkenaan kempen BTZ, boleh didapati di saluran rasmi LZS iaitu portal jom.zakatselangor.com.my atau Facebook dan Instagram ZakatSelangor.