Zafran Nak Buku Kisah Nabi Dan Buku Haiwan Untuk Hadiah Hari Jadi Yang Kelapan

Hari jadi Zafran untuk yang kelapan tahun ini sambut di rumah dan dengan keluarga sendiri. Sebab jatuh pada hari kerja kan. Kalau hari jadinya jatuh pada  hari cuti, boleh ajak either family gediks or keluarga belah mertua join memeriahkan sambutan hari jadi Zafran.

Since hanya di rumah dan kami berlima sahaja order favourite food Zafan tak lain tak bukan Pizza Hut. Kek untuk dipotong dan letak lilin, beli di Secret Recipe. Beli tiga slice. Dah tak beli one whole cake sebab at the end mama nya jugak tukang perhabiskan. Mama nya sejenis sayang dengan makanan. Sangat pilu tengok makanan berbuang ni. Lagi-lagi ekonomi sekarang semakin meruncingkan. Ayam, telur dan minyak masak botol punya subsidi mula dimansuhkan. Aduii runsing. Tak tahu mampu bertahan ke tak dengan ekonomi makin teruk ni.


 


Dak Zafran pun tak berapa demand untuk hadiah hari jadinya. Just mintak buku haiwan dan kisah Nabi. Katanya banyak kisah Nabi yang Zafran tidak tahu. Adakah sebab tanya mak pak kisah Nabi tapi jawapan kami tak cukup memuaskan hati Zafran dan kena request buku untuk tahu kisah Nabi. Kami maybe tak boleh nak cerita in details. Melalui bukulah Zafran boleh tahu lebih details. Insaf pulak tak boleh nak cerita kisah Nabi in details kepada Zafran sebab kurang ilmu agama di dada. Kena kurangkan perkara lagho dan duniawi ni.



Beli dua-dua buku yang Zafran nak di Popular. Zafran memang sukalah baca buku -buku yang dibelikan untuk hadiah hari jadi yang kelapan. To Dak Zafran, Mama rasa sejuk hati sangat bila Zafran sangatlah berminat nak baca kisah nabi. Nak tambah ilmu agama. Semoga Zafran berjaya di dunia dan akhirat

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment