12 April 2022

Singgah Makan Di Sekinchan Coconut Farm Dan Bergambar di Sawah Padi

Sejak Sekinchan dah popular dengan kunjungan pelancong kerana tarikan permandangan sawah padinya, makin bertambah tempat-tempat menarik yang boleh dilawati dan dikunjungi especially tempat makan. Lepas check out Villa Permai, terus pergi ke salah satu tempat makan yang dah popular di Sekinchan iaitu Sekinchan Coconut Farm. 



Sampai-sampai sahaja di Sekinchan Coconut Farm, tempatnya dah penuh dengan kereta parking di tepi jalan. Kalau parking jauh, terpaksalah jalan kaki sedikit untuk pergi ke tempat makan. Actually tempat makan Sekinchan Coconut Farm adalah di dalam ladang kelapa. Then ada banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan di situ. Salah satu gerai jual yang menjadikan tarikan kepada tempat ini iaitu Air Kelapa dan juga Coconut Shake.

 


Of course orang kata setakat yang special tu coconut shake dan air kelapa, kat tempat lain pun boleh dapat. Another tarikan Sekinchan Coconut Farm adalah tempat dan suasana di situ. Agak relaxing menikmati air kelapa dan makan makanan yang ada dijual di situ di ladang kelapa. Tempat yang cantik jugak untuk bergambar.




Then ada jugak jongkat jongkit dan buaian yang menjadikan budak-budak seronok untuk berada situ.Bila anak-anak dah seronok, tu pun dah cukup dah membahagiakan mak pak. Biarlah setakat minum minuman yang kat tempat lain pun boleh dapat. Suprisingly walaupun di ladang, tak ada kena gigit nyamuk. Lagilah budak-budak dapat main di situ dengan selesa.




 


Untuk makanan, yang ada dijual adalah waffle, hotdog, Takoyaki dan jajan. So tempat ini adalah tempat yang cantik untuk bergambar dan lepak-lepak dengan tenang. Bukan tempat untuk cari makan sedap.Tapi seat di situ agak limited. Kalau tak berapa nak ada rezeki sampai time peak hour, agak susahlah nak cari seat yang available. 




Selepas dah legakan tekak dengan coconut drink dan makan di Sekinchan Coconut Farm, gerak ke sawah padi. Bila dah kat Sekinchan, sangatlah wajib singgah di sawah padi untuk bergambar. Time nak pergi pada waktu petang pulak tu. Lagilah dalam gambar akan jadi lagi cantik.




 


Macam-macam pose lah geng legend buat untuk bergambar Ada lompat, ada control macho. Macam-macamlah. Di Sekinchan ni, even dah pukul 6pm pun matahari still tinggi lagi. Cahaya matahari masih memancar-mancar. Salute dengan penduduk Sekinchan. Terpaksa menjalankan akitviti seharian dengan atahari tinggi dari pagi sampailah ke maghrib. 

 




Sekinchan yang dahulu tak dikenali sekarang dah semakin popular. Starting dengan tarikan sawah padi. Then makin lama bertambah tempat menarik. Next time nak try check in di Sekinchan pulak. Yang check in Sungai Besar, asalnya pilih untuk bercuti Sekinchan. Tapi almost semua homestay di Sekinchan dah fully book. Yang Sungai Besar tu ok je. Cuma sawah padi di Sungai Besar belum ditanam pokok padi lagi. Tak apalah hopefully dapat check in di Sekinchan pulak supaya bangun-bangun pagi terus mengadap sawah padi yang sedang menghijau atau menguning.

1 comment: