Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 2

 

Swimming pool pulak ada sampai tiga outdoor swimming pool di Avillion. Satu untuk dewasa sahaja yang berhadapan dengan area chalet yang dipanggil cochin pool. Lagi dua bersebelahan dengan café. dua-dua bersebelahan. Yang satu untuk kids iaitu tak dalam tak juga tak besar. Satu lagi adalah village pool yang sangat besar dan agak dalam untuk kanak-kanak. 


 

Sangat-sangat suka persekitaran di swimming pool yang banyak pohon kelapa. Sangat menenangkan. Just slide di kids pool masih ditutup sebab covid kot. Kalau boleh main, lagilah tiga ketul seronok.





 


Dak Zafirah suka main pasir pantai. Tak ada masalah nak bawa Zafirah main pasir pantai sebab terletak di tepi pantai. Ada private beach yang gazzeted untuk yang check in Avillion. 




 


Rate RM300 tu tak termasuk breakfast. Tapi saya tetap bayar extra untuk makan breakfast buffet sebab memang suka breakfast buffet. Kalau lunch dan dinner, saya tak minat sangat. Rate breakfast buffet RM38/pax. Belanja mak dan didi jugak. Lagi tiga ketul tak bawa sebab tidur. Tokli dan uncle nya jaga. Pilihan makanan breakfast buffet oklah. Ada beberapa menu Malaysian breakfast, pudding roti pun ada, hotdog, bubur dan variety of bread pastries. Of course cereal, salad dan fruits pun ada. Yang paling suka adalah coffee. Sangat sedap. Tiga cawan saya minum coffee breakfast buffet ni. Sambil sembang-sembang dengan mak dan didi. Farid, hazie dan Filzah pun join jugak






 


Servis hotel ni pulak masa check in dan check out, smooth je urusannya, Agak cepat untuk settle. Just panggil bellboy untuk bawa beg ke lobi masa check out, sampai sudah tak sampai-sampai. At the end kami carry sendiri je. Rugilah hampa tak dapat tips dari kami masa check out. Ahaks. 







Sememangnya akan repeat lagi bercuti di Avillion coz love everything at Avillion, Port Dickson. InsyaAllah akan bercuti dengan Geng Legend di Avillion, port Dickson.

Back reading Part 1 by clicking  Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 1

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. cantik viewnya tu. mmg sesuai utk percutian family. nak mandi pool boleh, beach pun boleh

    ReplyDelete
  2. Cantiknya view baru best kan bercuti dengan family. Lama tak pergi pantai!

    ReplyDelete