15 April 2022

Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 1

 

Love love love sangat bercuti di Avillion, Port Dickson. Tak expect yang percutian di Avillion, PD memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Dak tiga ketul sangat-sangatlah excited bercuti di Avillion. Anak seronok sangat-sangatlah dapat mengembirakan hati saya. Puas hati sangat.



Meh nak cerita satu-satu kenapa saya cakap sangat best di Avillion, Port Dickson. Untuk bilik saya dan lagi dua bilik untuk godiks family, pilih jenis water chalet. Harganya RM399/night. Booking di Agoda. Dengar macam rate nya kayangan sangat. Tak pelik dengan rate ni sebab book sebulan sebelum Tarikh nak check in, date check in adalah public holiday dan as u olss know Avillion ada hotel five star. Sangat make sense lah rate ni. 



Even harga RM300 tapi sangat puas hati tau dengan bilik yang dapat. Bilik yang kami dapat adalag water chalet. Then sangat luas dan ada satu katil king dan satu lagi katil queen di tepi tingkap. Rasa-rasa nak bangun-bangun terus mengadap laut, tidurlah di atas katil queen ni. Mattress ada extra.  Semua basic facilities seperti iron, kettle dan etc ada disediakan di bilik.




Bilik air pun bapakk ahh. Luas dan cantiklah betul enterior design. Sia pada area untuk shower, ada bath tub dan tempat berpintu untuk toilet. My dream toilet sangat. 






Then di bilik jugak ada balkoni yang boleh lihat permandangan laut dan water chalet. Balkani bilik saya tak direct mengadap laut. Kena jaga-jaga kalau ada anak kecil. Takut panjat balkoni.


 

Yang paling tak sangka ada pet farm yang ada burung merak, Arnab, ayam, kura-kura dan banyak lagi. Tiga ketul sangat seronok tengok haiwan di petfarm ni. Boleh 2 in 1 di Avillion iaitu pergi pet farm dan check in resort. Tapi ofi course tak lah sebesar petting zoo tu. Ni farm kecil je. Tapi tempat lain tak dapatlah yang resort ada menyediakan pet farm jugak untuk pengunjung. Ada jugak merak yang dilepaskan supaya dapat berinterkasi secara terus dengan pengunjung di situ.



Continue reading Part 2 by clicking Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 2

1 comment:

  1. nampak selesa sgt bilik dia. tempt dia pun bersih mmg syok la bercuti sini

    ReplyDelete