Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam



Kalau tiba-tiba mengidam nak makan Laksa Sarawak tapi tak mampu nak pergi Sarawak, kat area Setia Alam pun ada café jual Laksa Sarawak. Rasanya padu pulak tu. Saya pun baru tahu.


Member ofislah yang introduce kedai ni. Dia tiber teringin nak makan laksa Sarawak dan ajaklah saya dan juga member ofis lain untuk makan laksa Sarawak yang katanya confirm sedap di café ni.. Nama café yang jual laksa Sarawak ini adalah Seni Patisserie, Taipan.

 

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam




Memang sedap Laksa Sarawak di Seni Patisserie. Kuahnya sangat pekat dan sangat padu dengan dengan rasa. Aromanya pun tersangatlah memikat.Portion pun banyak dan udang yang disediakan pun boleh tahan banyak iaitu tiga ekor dan besar. Harga RM12/mangkuk. Kenalah harga dengan portion nya.

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam

Ada jugak order cucur jawa. Masuk-masuk je café ni terus ternampak cucur jawa yang dihidangkan di atas kaunter. Walaupun tau tu kuih melayiu tapi nampak sedap sangat. Tu order tu. Rasanya sangat tak mengecewakan. Lembut sangat dan rasa lemak manis. Dan teskturnya di tepinya garing. Ni yang penting. Harganya RM6.50/5pcs. Kami order 10pcs. Order time lapar ginilah. Ambik 10pcs terus. 


Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam

 

Untuk drink saya order tak lain tak tak buak iced latte. Oklah rasanya coffee nya. Tak kuat sangat rasa susu. Rasa macam kopi Vietnam pun ada. Harganya RM10/cup.

 Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam



 

Member bagitau jugak kek lapisnya pun sedap jugak. Tapi sebab dah order tiga menu termasuk drink dan harga pun boleh tahan kayangan sebab café kan, next time lah try kek lapis Sarawak. Apapun  Laksa Sarawak Seni Patisserie nya memang padu.

Share this:

CONVERSATION

2 comments: