Antara AstraZeneca Dos Pertama, Dos Kedua & Dos Penggalak, Mana Beri Kesan Sampingan Paling Teruk?

Rasanya macam saya salah seorang tolak untuk ambil vaksin Masa mula-mula vaksin Covid-19 diperkenalkan di dunia. Sebabnya takut kononnya ni agenda Yahudi. Ok ini tak. Takut dengan kesan sampingan vaksin sebenarnya. Malas nak hadap kesan sampingannya yang teruk.


Even masa kerajaan buka permohonan untuk daftar AZ yang fasa pertama tu, saya buat dunno je. Padahal pendaftaran yang fasa pertama tak perlu berebut pun. Tapi still taknak daftar sebab tak rasa urgency pun untuk ambil vaksin. Just tunggu panggilan di mysejahtera je.



Tapi bila dah tengok kes covid-19 makin teruk, terus rasa tak boleh jadi ni. Sampai bila nak lengahkan ambil vaksin. Bila kerajaan announce date untuk permohonan fasa kedua pulak, terus saya mark date dalam calendar.


Sejam sebelum permohonan buka, dah standby laptop dan masuk link permohonan. Dah boleh je daftar, terus cepat-cepat book slot. Rupanya ramai rakyat Malaysia seperti saya juga. Semua berebut slot fasa kedua sebab dah cuak dengan Covid-19. Terus jam system. Ada yang berjaya book slot, ada yang tidak.


Tapi alhamdulilh, saya berjaya book slot AZ. First dose adalah pada 16 September 2021 di Ideal Convention Centre Shah Alam. Untuk urusan first dose, agak smooth. Ambil masa tak sampai sejam untuk complete.

 

 
Time tengah tunggu giliran untuk dicucuk vaksin dos pertama

Kesan sampingannya? Perghhh. Sangat teruk weyhh. Kena demam panas tapi kaki sejuk, lenguh badan, cirit-birit. Nak tidur malam rasa serba tak kena. Keluar dari bilik, tidur atas sofa. Tak bukak kipas, Tapi keesokkanya dah ok dah. Gitulah penangan kesan sampingan dose pertama AZ.

First dose checked
 

Dose kedua pulak dua bulan selepas dose kedua. Siap apply AL untuk hari keesokkan hari cucuk vaksin. Kot  nak berehat kalau side efek teruk jugak. Hari cucuk vaksin tak perlu apply sebab jatuh pada public holiday. Untuk dose kedua juga di tempat yang sama iaitu di IDCC. Masa yang diambil sehingga selesai urusan cucuk lagi sekejap compare yang first. 

 
Ready dipanggil untuk suntikan dos kedua pulak


 

Kesan sampingan?Supprisingly langsung tarak. Sihat dan taka da sakit apa-apa. Alhamdulillah. Cukuplaj hadap masa yang 1st dose je.

 

Props state dah complete vaksin. Realitinya ada lagi nak kena ambil suntikan iaitu booster. time suntikan booster, takde ambil gambar. Sebab settle cepat sangat.


Tiba-tiba kerajaan announce booster pun kena ambil jugekkk. Aduiikk. Berapa kali nak kena cucuk sudah. Kena susah hati lagi, memikir untuk hadap kesan sampingan. Kimchi kena kesan sampingan teruk selepas  cucuk booster.


Untuk booster, tempatnya just di area rumah sahaja iaitu di Dewan MDKS Saujana Utama. Ikutkan hati taknak ambil sebab kerajaan pun tak mewajibkan rakyat ambil booster. Privillge vaksin pun tak hilang or berkurang, Dua kali jugakla saya tolak selepas dapat date. Tapi macam biasa bila tengok makin ramai orang yang kita kenal dan rapat kena Covid-19, appointment yang ketiga saya dah tak tolak dah.
Since dekat di rumah je, just apply half day. Company pun ada bagi vaccination leave yang boleh di apply.Sampai-sampai Dewan MDKS, tak ramai langsung orang di situ. So sangatlah sekejap untuk siap dicucuk booster Rasanya ambil masa tak sampai 15 minit kot. Dari pendaftarn hinggalah cucuk.


Kesan sampinngan booster? Sama macam dose kedua. Langsung tarak. Alhamdulillah. Just rasa sengal-sengal je di tempat cucuk. So inilah perkongsian saya mengenai pengalaman cucuk vaksin dan kesan sampingan untuk kesemua dos.Kalau saya, first dose yang beru kesan sampingan teruk. Lagi dua dose, langsung taka da.

Tapi lain orang lain kesan sampingannya. Ada yang kesemua dos dapat kesan sampingan teruk. Ada yang langsung taka da macam both of my parents. Tapi actually tak perlu risau dengan kesan sampingan sebab kena hadap sekali je. Tapi benefitnya kita akan dapat seumur hidup iaitu menguatkan sistem imun untuk melawan Covid-19.

Share this:

CONVERSATION

2 comments: