26 April 2022

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam



Kalau tiba-tiba mengidam nak makan Laksa Sarawak tapi tak mampu nak pergi Sarawak, kat area Setia Alam pun ada café jual Laksa Sarawak. Rasanya padu pulak tu. Saya pun baru tahu.


Member ofislah yang introduce kedai ni. Dia tiber teringin nak makan laksa Sarawak dan ajaklah saya dan juga member ofis lain untuk makan laksa Sarawak yang katanya confirm sedap di café ni.. Nama café yang jual laksa Sarawak ini adalah Seni Patisserie, Taipan.

 

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam




Memang sedap Laksa Sarawak di Seni Patisserie. Kuahnya sangat pekat dan sangat padu dengan dengan rasa. Aromanya pun tersangatlah memikat.Portion pun banyak dan udang yang disediakan pun boleh tahan banyak iaitu tiga ekor dan besar. Harga RM12/mangkuk. Kenalah harga dengan portion nya.

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam

Ada jugak order cucur jawa. Masuk-masuk je café ni terus ternampak cucur jawa yang dihidangkan di atas kaunter. Walaupun tau tu kuih melayiu tapi nampak sedap sangat. Tu order tu. Rasanya sangat tak mengecewakan. Lembut sangat dan rasa lemak manis. Dan teskturnya di tepinya garing. Ni yang penting. Harganya RM6.50/5pcs. Kami order 10pcs. Order time lapar ginilah. Ambik 10pcs terus. 


Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam

 

Untuk drink saya order tak lain tak tak buak iced latte. Oklah rasanya coffee nya. Tak kuat sangat rasa susu. Rasa macam kopi Vietnam pun ada. Harganya RM10/cup.

 Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam

Makan Laksa Sarawak Padu & Cucur jawa lembut lemak manis di Seni Patisserie Cafe, Setia Alam



 

Member bagitau jugak kek lapisnya pun sedap jugak. Tapi sebab dah order tiga menu termasuk drink dan harga pun boleh tahan kayangan sebab café kan, next time lah try kek lapis Sarawak. Apapun  Laksa Sarawak Seni Patisserie nya memang padu.

23 April 2022

Optom Bangi│Pusat Sehenti Servis Penjagaan Dan Rawatan Mata

 Kita sekarang ni tak boleh nak elak melihat di peranti elektronik lebih sejam tanpa henti. Sebabnya alat elektronik iaitu gajet adalah alat yang beri banyak fungsi kepada kita seperti untuk komunikasi, dapatkan maklumat dan sebagainya. Sebab itulah ramai mengalami masalah mata akibat dari pengunaan gajet.


Kalau ada rasa mengalami masalah mata, kenalah cepat-cepat dapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata supaya tidak menjadi lebih teruk. Tempat yang bagi saya yang terbaik boleh menawarkan perkhidmatan ini adalah Optom Bangi.


Optom Bangi Pusat Sehenti Servis Penjagaan Dan Rawatan Mata

OPTOM Bangi adalah kedai cermin mata yang bukan sekadar menjual mata. Tapi juga menawarkan perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan klinikal atau lebih tepatnya merupakan Klinik Optometri Primer bagi pemeriksaan kesihatan dan terapi penglihatan. Rasa ada masalah mata atau penglihatan atau tidak, dua-dua keadaan boleh sahaja datang sahaja ke Optom Bangi. 


Di Optom Bangi, pelangan akan diperiksa  ada mempunyai masalah tentang mata dan penglihatan mereka. Jika ada masalah, akan diperiksa sejauh manakah sebenarnya masalah penglihatan yang mereka hadapi. Dari pemeriksaan inilah, pakar akan memberi penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan permasalahan mata atau penglihatan yang dihidapi oleh pelanggan.


Jika beli kaca mata di Optom Bangi, akan dapat kaca mata yang bersesuaian dengan bentuk kepala pelanggan. Sebabnya Optom Bangi mempunyai satu aplikasi khas, yang akan digunakan untuk mengukur bentuk kepala, telinga, hidung dan muka bagi mendapatkan ukuran yang tepat dan bersesuaian dengan bentuk kacamata yang akan dipilih. Para pelanggan juga boleh buat pilihan jenis-jenis bingkai yang diminati mengikut kesesuaian bajet. Di OPTOM Eyecare, terdapat 4 julat harga yang ditawarkan iaitu Harga Pelajar, Low Medium, Upper Medium dan juga Premium.

Optom Bangi Pusat Sehenti Servis Penjagaan Dan Rawatan Mata

 


Selain Klinik Optometri Primer, Optom Bangi juga menawarkan banyak lagi perkhidmatan dan servis yang lain. Antaranya adalah:


1.    Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak
Pemeriksaan mata kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda masalah penglihatan seperti kerap menggosok mata, juling,kepala senget dan pelbagai lagi masalah yang lain
2.    Klinik Kanta Lekap
Klinik ini menawarkan sesi penerangan pemakaian kanta lekap dan ujian kesihatan mata sebelum, semasa dan selepas memakai kanta lekap.
3.    Ujian Juling dan Penglihatan Binokular
Ujian dilakukan untuk pengesanan juling dan masalah penglihatan binokular yang menyebabkan sakit kepala, mata letih dan sebagainya .
4.    Saringan Penyakit Mata
Saringan penyakit mata seperti selaput pada kanta (katarak), kesan penyakit kencing manis dan darah tinggi pada mata dan sebagainya.
Terbaik kan semua servis dan perkhidmatan yang ada di Optom Bangi. Kalau nak  maklumat lanjut mengenai Optom Bangi, boleh layari:

Website: www.optom.com.my
Instagram : www.instagram.com/optombangi
Fb: www.facebook.com/optombangiAlamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)
Whatsapp : wasap.my/601111479093


 

22 April 2022

Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco Grandeur

Ada satu hari tu, saya terlampau burnt out sangat dengan kerja. Tak ada masalah dengan kerja sebenarnya.  Stress dengan perangai annoying people. Sebab tu orang kata, boleh bertahan dengan kerja kalau kerja susah. Tapi tak akan bertahan dengan perangai orang di tempat kerja. Terus Mus belanja makan di Andra Gula Cakery sebab saya burnt out. Thanks la Mus.

Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco Grandeur


 


Taknak buang masa cerita pasal people tu. Nak share pasal makan di Andra Gula Cakery sebab café ni sangat-sangat dapat mengubati diri dari burnt out. Andra Gula Cakery ada banyak cawangan. Yang saya pergi dengan Mus dan Dak Zayden adalah yang ada berdekatan dengan rumah saya iaitu di Eco Grandeur, Puncak Alam. 

Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco Grandeur

 


Di Eco Grandeur ni adalah tempat commercial yang ada banyak kedai dan restaurant dan kafe hipster dah dibuka, termasuklah Andra Gula Cakery. Kenapa pilih nak hilang burnt out dengan makan di Andra Gula Cakery, tapi bukan di kedai makan lain sebab tau confirm sedap. Mus banyak kali makan di Andra Gula Cakery. 

Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco GrandeurMuka terserlah kebaraian akibat burnout kerja

 

Sampai sahaja di Andra Gula Cakery, almost semua seat penuh. Set indoor penuh. Outdoor yang ada kosong. So duduk jeala even tau panas kalau duduk outdoor. Ala malam kan. Ta ka da lah panas mana pun. Tapi godaan Dak Zayden untuk meneroka lebih tinggi lah kalau duduk outdoor. Still hadapa jeala. Nak cepat boleh order punya pasal.


Saya order beef lasagna dan untuk minuman order Macha Ais. Beef lasagna ada jugak French fries. So, boleh bagi Dak Zayden makan fries. Lasagna nya sangat sedap, creamy dan tak muak. Presentation memang as verdict, sangat kebaboom. Sangat classy. Macha ais pula sedap, pekat tapi tak manis sangat. Sangat kena dengan tekak saya. 


Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco Grandeurlasagna

 Mus pulak order creamy cabonara pasta.Pun sedap dan tersangatlah creamy. Presentation pun cantik dan classy. Untuk dessert, order tak lain tak bukan the best seller Biscoff cheesecake. Sedap dan sedap. Kombinasi cheese dan biscoff ni memang sangat letupss.

 Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco Grandeur


Dapatlah rawati diri dari burnt kerja dengan menikmati meal dan drink di Andra Gula Cakery. To Mus, thanks a lot belanja Kaklong. Semoga menjadi semakin kaya harta  di dunia dan akhirat.

Rawati Burnout Kerja Dengan Makan Di Andra By Gula Cakery, Eco Grandeur 
Thanks Mus. Mus dengan Matcha Ais yang sedap giloss

 

15 April 2022

Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 1

 

Love love love sangat bercuti di Avillion, Port Dickson. Tak expect yang percutian di Avillion, PD memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Dak tiga ketul sangat-sangatlah excited bercuti di Avillion. Anak seronok sangat-sangatlah dapat mengembirakan hati saya. Puas hati sangat.



Meh nak cerita satu-satu kenapa saya cakap sangat best di Avillion, Port Dickson. Untuk bilik saya dan lagi dua bilik untuk godiks family, pilih jenis water chalet. Harganya RM399/night. Booking di Agoda. Dengar macam rate nya kayangan sangat. Tak pelik dengan rate ni sebab book sebulan sebelum Tarikh nak check in, date check in adalah public holiday dan as u olss know Avillion ada hotel five star. Sangat make sense lah rate ni. 



Even harga RM300 tapi sangat puas hati tau dengan bilik yang dapat. Bilik yang kami dapat adalag water chalet. Then sangat luas dan ada satu katil king dan satu lagi katil queen di tepi tingkap. Rasa-rasa nak bangun-bangun terus mengadap laut, tidurlah di atas katil queen ni. Mattress ada extra.  Semua basic facilities seperti iron, kettle dan etc ada disediakan di bilik.




Bilik air pun bapakk ahh. Luas dan cantiklah betul enterior design. Sia pada area untuk shower, ada bath tub dan tempat berpintu untuk toilet. My dream toilet sangat. 






Then di bilik jugak ada balkoni yang boleh lihat permandangan laut dan water chalet. Balkani bilik saya tak direct mengadap laut. Kena jaga-jaga kalau ada anak kecil. Takut panjat balkoni.


 

Yang paling tak sangka ada pet farm yang ada burung merak, Arnab, ayam, kura-kura dan banyak lagi. Tiga ketul sangat seronok tengok haiwan di petfarm ni. Boleh 2 in 1 di Avillion iaitu pergi pet farm dan check in resort. Tapi ofi course tak lah sebesar petting zoo tu. Ni farm kecil je. Tapi tempat lain tak dapatlah yang resort ada menyediakan pet farm jugak untuk pengunjung. Ada jugak merak yang dilepaskan supaya dapat berinterkasi secara terus dengan pengunjung di situ.



Continue reading Part 2 by clicking Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 2

Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 2

 

Swimming pool pulak ada sampai tiga outdoor swimming pool di Avillion. Satu untuk dewasa sahaja yang berhadapan dengan area chalet yang dipanggil cochin pool. Lagi dua bersebelahan dengan café. dua-dua bersebelahan. Yang satu untuk kids iaitu tak dalam tak juga tak besar. Satu lagi adalah village pool yang sangat besar dan agak dalam untuk kanak-kanak. 


 

Sangat-sangat suka persekitaran di swimming pool yang banyak pohon kelapa. Sangat menenangkan. Just slide di kids pool masih ditutup sebab covid kot. Kalau boleh main, lagilah tiga ketul seronok.





 


Dak Zafirah suka main pasir pantai. Tak ada masalah nak bawa Zafirah main pasir pantai sebab terletak di tepi pantai. Ada private beach yang gazzeted untuk yang check in Avillion. 




 


Rate RM300 tu tak termasuk breakfast. Tapi saya tetap bayar extra untuk makan breakfast buffet sebab memang suka breakfast buffet. Kalau lunch dan dinner, saya tak minat sangat. Rate breakfast buffet RM38/pax. Belanja mak dan didi jugak. Lagi tiga ketul tak bawa sebab tidur. Tokli dan uncle nya jaga. Pilihan makanan breakfast buffet oklah. Ada beberapa menu Malaysian breakfast, pudding roti pun ada, hotdog, bubur dan variety of bread pastries. Of course cereal, salad dan fruits pun ada. Yang paling suka adalah coffee. Sangat sedap. Tiga cawan saya minum coffee breakfast buffet ni. Sambil sembang-sembang dengan mak dan didi. Farid, hazie dan Filzah pun join jugak






 


Servis hotel ni pulak masa check in dan check out, smooth je urusannya, Agak cepat untuk settle. Just panggil bellboy untuk bawa beg ke lobi masa check out, sampai sudah tak sampai-sampai. At the end kami carry sendiri je. Rugilah hampa tak dapat tips dari kami masa check out. Ahaks. 







Sememangnya akan repeat lagi bercuti di Avillion coz love everything at Avillion, Port Dickson. InsyaAllah akan bercuti dengan Geng Legend di Avillion, port Dickson.

Back reading Part 1 by clicking  Reason I'm In Love With Avillion, Port Dickson│ Part 1