Haaa tak menahan kan tajuk entri ni. Apo yang dimaksudkan mendewasakan Zafran tu. Of coursela nak sunatkan Zafran.
Actually sejak found out Zafran ni punya takut dengan sakit, kepala tak berhenti berfikir. Macam manalah nak handle sunat Zafran ni bila dah tiba masanya untuk sunat. Zafran ni tak boleh tahan sakit sedikit.
Time ni tengah baring untuk disunatkan. Belum ada idea lagi tu rasa sunat macam mana. Tue muka ada senyum dan boleh buat peace
Even time nak cabut gigi bongsu Zafran di Klinik Gigi, macam-macam cara saya buat untuk distract Zafran supaya dia tak thinking sangat pasal rasa sakit. Hampir tak berjaya nak cabut tu. Cabut tu actually ambil masa few seconds je. Yang ambil masa like forever time bius. Bius ni yang Zafran refuse untuk tahan sakit.
Especially kalau gigi susu nak dicabut tu masih lagi kuat dan belum bergoyang. Lagilah banyak tempat dentist nak suntik bius. Tapi disebabkan mamanya kuat semangat dan berhenti-henti bercakap dengan Zafran supaya Zafran bertahan sehingga bius selesai akhirnya gigi susunya berjaya dicabut.
Walaupun Zafran dah ada experience cabut gigi, nak cabut next gigi susu pun still Zafran rasa takut dan saya kenalah guna cara sama supaya taknak pergi klinik gigi for nothing. Sebab tu risau camnelah nak handle sunat zafran ni. Yang lagi ambil masa lama nak bius. Lagi rasa sakit lama time bius. Pastula lepas sunat Zafran perlukan penjagaan rapi. Kena berpantang, baring dan etc selama 1-2 weeks. Zafran ok je untuk berehat selama tu. Cumala saya. Bukannya ada cuti banyak pun.
Time semua family Kimi ada di Kampung Boyan selama dua minggu, tiba-tiba ada yang usulkan untuk sunatkan budak-budak lelaki yang dan sampai masa untuk disunatkan iaitu Zaydan, Akeem dan semestinya Zafran. Saya pun bersetuju. Alang-alang Kimi cuii dua minggu. Setelkan lah terus urusan sunat Zafran ni. Family Kimi yang cuti dua minggu, ada kakak ipar jugak. Means adalah yang boleh masak lauk pantang. Tapi untuk budak-budak tak perlu sediakan lauk special sangat. Masak sup ayam hari-hari pun budak-budak tak kisah pun. Malah lagi suka. Budak-budak kan sukan makan sup ayam.
Tapi saya tak dapat berada di sisi Zafran pada hari bersejarah Zafran . Sebab tak ambil cuti selama dua minggu. Agak sedih tak dapat menyaksikan momen mendewasakan Zafran. Tapi terpaksalah bersetuju untuk teruskan sebab kalau tak buat time tue bila lagi nak boleh buat. Sunat ni wajib buat.
Time hari kejadian, Family Kimi sentiasa update dalam group apa yang berlaku. Ada juga share gambar dan juga video. Diorang bagitau antara semua, Zafran paling dramatic. Sangat betullah sangkaan saya. Dari start sampai settle, kena sampai lima orang lelaki dewasa pegang Zafran. Sebab taknak beri kerjasama. Kerja meronta-ronta jea. Dengan menjerit-jerit. Pelbagai cubaan dilakukan oleh Zafran supaya misi sunat ke atas dirinya gagal. Bius kat gusi pun Zafran almost tak boleh nak tahan. Inikan pulak bius di private part. Sampai Dr Sunat pun bagitau first time dia sunat budak yang sangat tough untuk beri kerjasama.
Lima orang kena pegang tu untuk menjayakan misi mendewasakan Dak Zafran
Kimchi almost give up mula-mula. Sebab Zafran ni kuat jugak meronta-ronta. Dia pun dah besar jugak. Dah lima orang pegang badan Zafran, supaya badannya tak bergerak untuk sunat. Dia boleh goyang-goyangkan punggung nya pulak. Cubaan Zafran untuk membantutkan sunat terhadapnya.
Tapi Dr Sunat menasihatkan Kimchi agar tidak give up. Kena teruskan. Nanti lagi Zafran besar, lagi susah nak sunatkan. Lagi banyak tenaga. So Kimchi tetap teruskan. At the end berjaya jugak sunatkan Zafran.Thanks to semua kelima-lima lelaki dewasa yang tolong menjayakan misi mendewasakan Dak Zafran. Ahaks. Oh ye. Boleh ramai tolong sebab sunat di rumah. Dr Sunat ni ada jugak
menawarkan perkhidmatan sunat di rumah. Kalau sunat di klinik, tak
dapatlah seramai tu tolong. Dan rasanya misi akan gagal kalau buat di klinik.
Hasil sunat Zafran agak tak berapa smooth compare sepupu-sepupunya sebab meronta-ronta. But nothing serius. Boleh recover macam biasa.
Masa penjagaan selepas sunat, kata Kimchi Zafran paling senang dijaga. Just baring dan main game. Luka pun cepat sembuh. Lepas seminggu, dah boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Dan boleh pergi sekolah selepas habis cuti sekolah. Lagi dua, macam ada merenget-renget. Ada datang rasa sakit kot.
Sehari selepas sunat. Muka ada senyum balik. Siap request oren cina tu dari papa tu untuk upah sunat. Nasib baik dapat banyak dari jiran cina sebab time tu CNY celebration
So alhamdulillah, selesai urusan Dak Zafran yang mama tak berhenti fikir cane nak handle. Next Zayden pulak. Hopefully untuk Dak Zayden mama ada di sisi. InsyaAllah.
tahniah zafran dah selamat masuk jawi
ReplyDelete