Masa tengah handle internal audit salah satu factory saya jaga, tiba-tiba terasa nak makan dim sum. Entah lately ni suka makan makanan yang bersaiz kecil dan comel-comel seperti sushi, gimbap. Ni teringin nak try dimsum. Then teringat pulak makan DimSum di Hatyai. Time lunch break terus ajak member satu team yang datang tolong audit saya makan di Dolly Dim Sum, Setia City Mall. Gitulah kalau tiap kali almost drained dengan kerja, mesti akan recharge energy dengan makan di tempat sedap.
Actually tak pernah makan di Dolly Dim Sum. Member pun tak pernah makan di situ Tapi kebanyakkan baca review pasal makan di Dolly Dim Sum, semuanya komen sedap.. So, time pilih menu, main order jea. Tapi mostly pilih beberapa pelbagai jenis dim sum. Nama kedai pun dim sum. Kena la pilih main dish nya. Tak ada order nasi langsung. Dim Sum yang order adalah Siaw Mai Dumpling, Szechuan Dumpling dan Prawn Cheong Fun. Untuk Dessert pulak order savoury iaitu Roasted BBQ Run. Kat Dolly Dim Sum tak banyak pilihan nak compare makan di Hatyai dulu. Kalau yang makan Hatyai, perghhh rambang mata nak pilih. Sebab terlampau banyak pilihan sangat.
Order chinese tea untuk minuman
Tapi semua yang order ni, semuanya sedap weiii. Sangat lembut. Tak tipu. Patutlah nak pernah baca review tak sedap Dolly Dim Sum. Memang semua kena tekak saya. Kuah yang dihidangkan bersama-sama dengan dumpling pun sedap. Cuma harganya agak pricey. Tapi bolehlah nak acap kali makan di Dolly Dim Sum.
Kalau teringin lagi nak makan dimsum, bolehlah repeat makan di Dolly Dim Sum. Hopefully tau tempat lain yang boleh makan dimsum. Yang lagi banyak pilihan dan harga lagi berpatutan. Kalau next terasa nak makan makan dim sum lagi dan takt ahu tempat lain selain Dolly Dim Sum, no choice akan pergi ke Dolly Dim Sum lagi. Sebab tau rasanya tak akan mengecewakan.
Kalau time tengah lapar lagilah sedap kan hehehe...
ReplyDeleteRANKSLOT merupakan agen slot online dan situs taruhan online terlengkap rankslot yang menyediakan permainan judi online terbaik indonesia. Slot88
ReplyDelete