31 March 2022

Rent Waterslide and BBQ for Zayden’s 2nd Birthday Celebration



Hari Jadi Zayden yang kedua jatuh pada hari kedua mama kena Covid-19. Yea satu-satunya benda yang sedaya upaya nak elak selama dua tahun, akhirnya berjaya singgah jugak dalam diriku. Tewas jugak untuk elak dari dijangkiti Covid-19.

 


Symptom yang mula-mula develop tak adalah serius sangat. Tapi terasa sakit tu lain dari lain. Itu ada naluri kuat untuk buat RTK walaupun setakat lenguh badan dan running nose. Bila buat test, yup positif. Nanti nak share pengalaman kena covid di entri lain. Entri ni pasal birthday Zayden.


So, since birthday Zayden pada hari kedua mama kena Covid tangguhlah dahulu sambutan hari jadi Zayden. Sambut di Taiping time balik Taiping pada tengah bulan Mac. Semua family Kimchi ada join balik jugak.


Biras pun cadangkan untuk sewa Waterslide supaya budak-budak boleh main since semua family mertua ada balik dan berkumpul di Kampung Boyan.. Actually lama dah nak sewa waterslide untuk balik berkumpul yang sebelum ni. Tapi atas sebab-sebab tak dapat dielakkan, also ditangguh jugak sewa waterslide. Dan time balik gathering ni baru betul-betul book. Rental fee nya RM180 dari 8am sampai 6pm.


 


Since ada waterslide, buat jugak BBQ untuk memeriahkan lagi birthday celebration. Selain Zayden, sambut sekali birthday Qisya jugak. Qisya pun Mac babies.  Dan sambut jugak wedding anniversary Me and Kimchi. Wedding anniversary kami berdua kan sama date dengan birthday Zayden.


 



Pagi sampai tengahhari budak-budak main waterslide. Seronok bukan main budak-budak main waterslide. Waterslide ni ada dua slide pada belah kiri dan kanan. Water gun pun ada jugak. Mana tak seronok budak-budak ni main waterslide ni.



Sesi potong cake oleh birthday babies pada waktu petang. Walaupun Dak Zayden baru dua tahun tapi terpancar di mukanya bertapa dia happy duduk depan cake dan semua nyanyikan lagu birthday kepadanya.Then ada tiup lilin sekali. Bila Dak Zayden happy mama berganda-ganda happy. 



 

Then main game. Game organized by my SIL. Itulah aktiviti  dari pagi sampai petang untuk birthday celebration yang sangat sweet dan memorable.


 Salah satu game yang dimain.

To Dak Zayden, Happy 2nd Birthday. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkahmu, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagian di dunia dan akhirat.

28 March 2022

Recharge energy dengan makan di Dolly Dimsum, Setia City Mall

Masa tengah handle internal audit salah satu factory saya jaga, tiba-tiba terasa nak makan dim sum. Entah lately ni suka makan makanan yang bersaiz kecil dan comel-comel seperti sushi, gimbap. Ni teringin nak try dimsum. Then teringat pulak makan DimSum di Hatyai. Time lunch break terus ajak member satu team yang datang tolong audit saya makan di Dolly Dim Sum, Setia City Mall. Gitulah kalau tiap kali almost drained dengan kerja, mesti akan recharge energy dengan makan di tempat sedap. 





Actually tak pernah makan di Dolly Dim Sum. Member pun tak pernah makan di situ Tapi kebanyakkan baca review pasal makan di Dolly Dim Sum,  semuanya komen sedap.. So, time pilih menu, main order jea. Tapi mostly pilih beberapa pelbagai jenis dim sum. Nama kedai pun dim sum. Kena la pilih main dish nya. Tak ada order nasi langsung. Dim Sum yang order adalah Siaw Mai Dumpling, Szechuan Dumpling dan Prawn Cheong Fun. Untuk Dessert pulak order savoury iaitu Roasted BBQ Run. Kat Dolly Dim Sum tak banyak pilihan nak compare makan di Hatyai dulu. Kalau yang makan Hatyai, perghhh rambang mata nak pilih. Sebab terlampau banyak pilihan sangat.

Order chinese tea untuk minuman

Tapi semua yang order ni, semuanya sedap weiii. Sangat lembut. Tak tipu. Patutlah nak pernah baca review tak sedap Dolly Dim Sum. Memang semua kena tekak saya. Kuah yang dihidangkan bersama-sama dengan dumpling pun sedap. Cuma harganya agak pricey. Tapi bolehlah nak acap kali makan di Dolly Dim Sum.

Kalau teringin lagi nak makan dimsum, bolehlah repeat makan di Dolly Dim Sum. Hopefully tau tempat lain yang boleh makan dimsum. Yang lagi banyak pilihan dan harga lagi berpatutan. Kalau next terasa nak makan makan dim sum lagi dan takt ahu tempat lain selain Dolly Dim Sum, no choice akan pergi ke Dolly Dim Sum lagi. Sebab tau rasanya tak akan mengecewakan.


26 March 2022

Mendewasakan Zafran Perlukan Pertolongan lima lelaki Dewasa

Haaa tak menahan kan tajuk entri ni. Apo yang dimaksudkan mendewasakan Zafran tu. Of coursela nak sunatkan Zafran.


Actually sejak found out Zafran ni punya takut dengan sakit, kepala tak berhenti berfikir. Macam manalah nak handle sunat Zafran ni bila dah tiba masanya untuk sunat. Zafran ni tak boleh tahan sakit sedikit.

Time ni tengah baring untuk disunatkan. Belum ada idea lagi tu rasa sunat macam mana. Tue muka ada senyum dan boleh buat peace


Even time nak cabut gigi bongsu Zafran di Klinik Gigi, macam-macam cara saya buat untuk distract Zafran supaya dia tak thinking sangat pasal rasa sakit. Hampir tak berjaya nak cabut tu. Cabut tu actually ambil masa few seconds je.  Yang ambil masa like forever time bius. Bius ni yang Zafran refuse untuk tahan sakit.

Especially kalau gigi susu nak dicabut tu masih lagi kuat dan belum bergoyang. Lagilah banyak tempat dentist nak suntik bius. Tapi disebabkan mamanya kuat semangat dan berhenti-henti bercakap dengan Zafran supaya Zafran bertahan sehingga bius selesai akhirnya gigi susunya berjaya dicabut.

Walaupun Zafran dah ada experience cabut gigi, nak cabut next gigi susu pun still Zafran rasa takut dan saya kenalah guna cara sama supaya taknak pergi klinik gigi for nothing. Sebab tu risau camnelah nak handle sunat zafran ni. Yang lagi ambil masa lama nak bius. Lagi rasa sakit lama time bius. Pastula lepas sunat Zafran perlukan penjagaan rapi. Kena berpantang, baring dan etc selama 1-2 weeks. Zafran ok je untuk berehat selama tu. Cumala saya. Bukannya ada cuti banyak pun.


Time semua family Kimi ada di Kampung Boyan  selama dua minggu, tiba-tiba ada yang usulkan untuk sunatkan budak-budak lelaki yang dan sampai masa untuk disunatkan iaitu Zaydan, Akeem dan semestinya Zafran. Saya pun bersetuju. Alang-alang Kimi cuii dua minggu. Setelkan lah terus urusan sunat Zafran ni. Family Kimi yang cuti dua minggu, ada kakak ipar jugak. Means adalah yang boleh masak lauk pantang. Tapi untuk budak-budak tak perlu sediakan lauk special sangat. Masak sup ayam hari-hari pun budak-budak tak kisah pun. Malah lagi suka. Budak-budak kan sukan makan sup ayam.


Tapi saya tak dapat berada di sisi Zafran pada hari bersejarah Zafran . Sebab tak ambil cuti selama dua minggu. Agak sedih tak dapat menyaksikan momen mendewasakan Zafran. Tapi terpaksalah bersetuju untuk teruskan sebab kalau tak buat time tue bila lagi nak boleh buat. Sunat ni wajib buat.


Time hari kejadian, Family Kimi sentiasa update dalam group apa yang berlaku. Ada juga share gambar dan juga video. Diorang bagitau antara semua, Zafran paling dramatic. Sangat betullah sangkaan saya. Dari start sampai settle, kena sampai lima orang lelaki dewasa pegang Zafran. Sebab taknak beri kerjasama. Kerja meronta-ronta jea. Dengan menjerit-jerit. Pelbagai cubaan dilakukan oleh Zafran supaya misi sunat ke atas dirinya gagal. Bius kat gusi pun Zafran almost tak boleh nak tahan. Inikan pulak bius di private part. Sampai Dr Sunat pun bagitau first time dia sunat budak yang sangat tough untuk beri kerjasama.

Lima orang kena pegang tu untuk menjayakan misi mendewasakan Dak Zafran


Kimchi almost give up mula-mula. Sebab Zafran ni kuat jugak meronta-ronta. Dia pun dah besar jugak. Dah lima orang pegang badan Zafran, supaya badannya tak bergerak untuk sunat. Dia boleh goyang-goyangkan punggung nya pulak. Cubaan Zafran untuk membantutkan sunat terhadapnya.


Tapi Dr Sunat menasihatkan Kimchi agar tidak give up. Kena teruskan. Nanti lagi Zafran besar, lagi susah nak sunatkan. Lagi banyak tenaga. So Kimchi tetap teruskan. At the end berjaya jugak sunatkan Zafran.Thanks to semua kelima-lima lelaki dewasa yang tolong menjayakan misi mendewasakan Dak Zafran. Ahaks. Oh ye. Boleh ramai tolong sebab sunat di rumah. Dr Sunat ni ada jugak menawarkan perkhidmatan sunat di rumah. Kalau sunat di klinik, tak dapatlah seramai tu tolong.  Dan rasanya misi akan gagal kalau buat di klinik.

Hasil sunat Zafran agak tak berapa smooth compare sepupu-sepupunya sebab meronta-ronta. But nothing serius. Boleh recover macam biasa.

Muka selepas Mission accomplished. Haha

Baring di tempat yang disediakan tali untuk gantung kain pelikat

Masa penjagaan selepas sunat, kata Kimchi Zafran paling senang dijaga. Just baring dan main game. Luka pun cepat sembuh. Lepas seminggu, dah boleh bangun dan berjalan seperti biasa. Dan boleh pergi sekolah selepas habis cuti sekolah. Lagi dua, macam ada merenget-renget. Ada datang rasa sakit kot. 

Sehari selepas sunat. Muka ada senyum balik. Siap request oren cina tu dari papa tu untuk upah sunat. Nasib baik dapat banyak dari jiran cina sebab time tu CNY celebration

So alhamdulillah, selesai urusan Dak Zafran yang mama tak berhenti fikir cane nak handle. Next Zayden pulak. Hopefully untuk Dak Zayden mama ada di sisi. InsyaAllah.

23 March 2022

Dua ketul Sangat keriangan Jalan-Jalan Di Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur

Taman Rama-rama di Kuala Lumpur ni sangat mengamit memori zaman kanak-kanak saya. Pertama kali pergi Taman Rama-Rama masa darjah tiga dahulu. Baru-baru ni bawak anak-anak pulak jalan-jalan di Taman Rama-Rama.

 



Taman Rama-Rama masih di tempat yang ssama. Tak ada berpindah ke tempat lain. Even  lanskap di dalam taman rama-rama sekarang pun sama seperti yang saya pergi masa kecil dahulu. Cuma harga tiket naik belas-belas kali ganda. Kalau masa saya pergi untuk kali kedua pada darjah lima harganya RM1/pax. Sekarang RM13 untukk dewasa dan RM6 kanak-kanak. Menunjukkan kadar inflasi di Malaysia pada tahap yang membimbangkan. Ok, no komen on that.



Tapi tiada cas dikenakan untuk Dak Zafirah dan Dak Zayden. Percuma. Dak Zafran tak ikut sebab ikut papa balik Taiping.



Walaupun rate tiket naik banyak dan agak mahal untuk tempat-tempat yang hanya species serangga dan rama-rama, tapi masih lagi berbaloi untuk pergi. Sebab budak-budak enjoy jalan-jalan dalam taman, dikelilingi  pelbagai species rama-rama yang bertebangan. Tanam-tanaman dan flora di situ pun sangat well maintained dan bunga-bunganya sihat-sihat. Tempatnya sangat redup. Jadi anak-anak tak rasa panas sangat walaupun time pergi cuaca sangat panas terik.




 


Selain flora, di landskap dalam taman rama-rama ini juga lengkap dengan fountain, kolam ikan koi yang cantik, kolam freshwater dan jambatan merentasi kolam pun ada. Kalau nak bagi ikan-ikan dalam kolam tu makan, boleh beli makanan ikan di kaunter tiket. Tapi bila dah ada bawa anak-anak kecil kena sentiasa berjaga-jaga supaya tidak jatuh dalam kolam. Kolam di situ tak ada fencing.






Di taman ini juga ada disediakan pondok-pondok kecil untuk pengunjung berehat sambil menikmati permandangan landskap dalam taman rama-rama ini.


 

Dalam taman rama-rama ni, tempatnya berbukit-bukit. Agak tidak sesuai kalau bawa stroller. Saya pun memang tak bawa stroller. So dua ketul just jalan kaki je. Even kena panjat bukit, dua ketul sangat full of energy. Maybe seronok sangat pun sama. Sebab boleh pusing-pusing dalam taman dengan panjat bukit berkali-kali. 


 


Dah habis pusing di outdoor, boleh masuk ke ruang galeri rama-rama dan serangga. Ruang ni terletak di laluan keluar taman ini. Dua ketul sangat seronok dapat lihat pelbagai species rama-rama dan juga seranggan yang dipamerkan di galeri ini.

Dak Zafirah tengok crocodile fish dalam akuarium. ngeri seyhh rupa ikannya


Dah habis pusing di pameran ini, tamat sudah jelajah taman rama-rama. Walaupun tempatnya tak sebesar dan kurangkepelbagaian berbanding dengan Zoo Negara dan Taman Burung, tapi kenalah dengan harganya. Tiketnya lebih murah. Yang penting budak-budak sangat seronok jalan-jalan dalam taman rama-rama ni.

4 March 2022

Makan Di Red Card Café, Bangi Untuk Sambut Anniversary Mak & Abah Yang Ke 36

Setiap tahun tanpa gagal sambut wedding anniversary mak abah. Tapi untuk annivesary tahun ni agak ramai yang tak ada iaitu Farid sekeluarga dan Kimchi. Biarpun tak dapat nak kumpulkan semua untuk sambut anniversary mak & abah, tapi tetap teruskan buat dengan yang available sahaja.






Sambuat anniversary dengan makan di Red Card Cafe, Bangi. Pilih makan di area Bangi sebab pada hari nak buat sambutan ni on the way balik dari kampung di Negeri Sembilan. Tu pilih makan di Bangi. 


 

Kenapa pilih makan di Cafe ni? Actually tak pernah makan di cafe dan Mus yang radoom pilih untuk try makan di Cafe yang tak pernah sampai dan milik Bumiputera.



Menu di situ mostly western. Saya order Grilled Salmon. Asal nak order steak. Tapi takut liat. Dua ketul pulak macam nak meragam. Steak liat ni ambil masa nak habiskan. So tukar to Grilled Salmon. Confirm senang kunyah. Ahaks.

Grilled Salmon


 

Lamb chop

Abah of course nasi goreng. Mak order Creamy Cajun Chicken. Didi order Mexican Style Roasted Chicken. Mus pulak lamb chop. Then untuk side dish order Belgian waffle dan meatball. Semua yang order rasa sedap. Just lamb chop Mus agak liat. Fuhh nasib baik tak order steak. Rasanya liat jugak kot macam lamb chop Mus order.



Belgian waffle 
 
Mexican Style Roasted Chicken
 
Nasi goreng

Creamy Cajun Chicken
 

 Meatball

To Mak dan abah, happy wedding anniversary to both of you. May your life together continue to blessed.