23 March 2022

Dua ketul Sangat keriangan Jalan-Jalan Di Taman Rama-Rama, Kuala Lumpur

Taman Rama-rama di Kuala Lumpur ni sangat mengamit memori zaman kanak-kanak saya. Pertama kali pergi Taman Rama-Rama masa darjah tiga dahulu. Baru-baru ni bawak anak-anak pulak jalan-jalan di Taman Rama-Rama.

 



Taman Rama-Rama masih di tempat yang ssama. Tak ada berpindah ke tempat lain. Even  lanskap di dalam taman rama-rama sekarang pun sama seperti yang saya pergi masa kecil dahulu. Cuma harga tiket naik belas-belas kali ganda. Kalau masa saya pergi untuk kali kedua pada darjah lima harganya RM1/pax. Sekarang RM13 untukk dewasa dan RM6 kanak-kanak. Menunjukkan kadar inflasi di Malaysia pada tahap yang membimbangkan. Ok, no komen on that.



Tapi tiada cas dikenakan untuk Dak Zafirah dan Dak Zayden. Percuma. Dak Zafran tak ikut sebab ikut papa balik Taiping.



Walaupun rate tiket naik banyak dan agak mahal untuk tempat-tempat yang hanya species serangga dan rama-rama, tapi masih lagi berbaloi untuk pergi. Sebab budak-budak enjoy jalan-jalan dalam taman, dikelilingi  pelbagai species rama-rama yang bertebangan. Tanam-tanaman dan flora di situ pun sangat well maintained dan bunga-bunganya sihat-sihat. Tempatnya sangat redup. Jadi anak-anak tak rasa panas sangat walaupun time pergi cuaca sangat panas terik.




 


Selain flora, di landskap dalam taman rama-rama ini juga lengkap dengan fountain, kolam ikan koi yang cantik, kolam freshwater dan jambatan merentasi kolam pun ada. Kalau nak bagi ikan-ikan dalam kolam tu makan, boleh beli makanan ikan di kaunter tiket. Tapi bila dah ada bawa anak-anak kecil kena sentiasa berjaga-jaga supaya tidak jatuh dalam kolam. Kolam di situ tak ada fencing.






Di taman ini juga ada disediakan pondok-pondok kecil untuk pengunjung berehat sambil menikmati permandangan landskap dalam taman rama-rama ini.


 

Dalam taman rama-rama ni, tempatnya berbukit-bukit. Agak tidak sesuai kalau bawa stroller. Saya pun memang tak bawa stroller. So dua ketul just jalan kaki je. Even kena panjat bukit, dua ketul sangat full of energy. Maybe seronok sangat pun sama. Sebab boleh pusing-pusing dalam taman dengan panjat bukit berkali-kali. 


 


Dah habis pusing di outdoor, boleh masuk ke ruang galeri rama-rama dan serangga. Ruang ni terletak di laluan keluar taman ini. Dua ketul sangat seronok dapat lihat pelbagai species rama-rama dan juga seranggan yang dipamerkan di galeri ini.

Dak Zafirah tengok crocodile fish dalam akuarium. ngeri seyhh rupa ikannya


Dah habis pusing di pameran ini, tamat sudah jelajah taman rama-rama. Walaupun tempatnya tak sebesar dan kurangkepelbagaian berbanding dengan Zoo Negara dan Taman Burung, tapi kenalah dengan harganya. Tiketnya lebih murah. Yang penting budak-budak sangat seronok jalan-jalan dalam taman rama-rama ni.

2 comments: