My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 1

Saya membesar dengan kurang bercuti di pulau. Actually macam tak ada pulau saya pernah sampai especially pulau-pulau top di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Redang dan etc. Pulau pernah sampai pun Pulau Pangkor. Itupun masa saya sekolah rendah dan sekali sahaja.



Mak abah macam kurang suka bercuti di pulau. Sebab panas kot. Tempat-tempat saya bercuti dengan keluarga dulu mostly di tempat tinggi ataupun di town. Macam Penang, Melaka dan etc.


Then bila dah kahwin, tak pergi jugak bercuti di Pulau top-top ni. (Kimchi pun sama ke. Tak minat jugak ke. Haha). Pernah sekali bercuti di Pulau Pangkor. Yup Pangkor jugak. Tak pulau lain. Bercuti bersama-sama dengan keluarga belah Kimchi.


Then bila rakan sekerja Kimchi mengajak bercuti di Pulau Tioman sebab dia sangat pulau lover, barulah saya sampai ke Pulau yang selain Pulau Pangkor (dan selain Pulau Pinang). Sebab pulau-pulau yang terkenal di Malaysia actually sangat cantik. Ada yang macam sama level macam Maldives. Pangkor tu pulau biasa-biasa je.


Kimchi dan kawan-kawannya yang arrange semuanya. Geng pasangan just kena packing dan bawa diri. Heaven tul percutian yang segala-galanya dah diuruskan termasuklah ongkos. Kuikuikui. Actually Kimchi suka je bercuti di Pulau. Tapi percutian pulau kan memerlukan perancangan yang rapi. Kena fikir pasal Feri dan etc. Lastly nak senang bercuti di town atau tempat tinggi je macam Cameron Highland.


Percutian ke Pulau Tioman adalah selama 5 hari 4 malam. Selalunya percutian dalam semenanjung di tak pernah lagi lebih tiga hari. Tapi Pulau Tioman kena lima hari. Sebab tiga hari adalah hari perjalanan. Sehari di sana aktiviti air geng bapak-bapak. Sehari lagi aktiviti air semua. So total lima hari. Hehe. Pergh..Ada percutian di oversea pun tak selama ni. Macam bercuti di Indonesia pun selama empat hari je. Ahaks.


Sebelum naik feri ke Pulau Tioman, bermalam di hotel Tanjung Gemuk. Kena rehat selepas perjalanan jauh dari rumah ke jeti. Esoknya, pagi-pagi dah kena check out. Even tiket feri tengahhari, tapi nak kena buat Covid test dulu. Hidup dalam norma baharu kan. Actually almost terlewat. Sebab ngam-ngam setel dengan KKM untuk urusan test result, feri hampir dah gerak. Nasib baik sempat naik.


Dalam dua jam jugak naik feri untuk sampai ke Pulau Tioman. Feri yang kami naik agak selesa dan tidak panas. Budak-budak tak meragam sangat masa dalam feri. Sempatla tidur dalam feri.


Dah sampai feri Pulai Tioman, ada 4WD menunggu ketibaan kami. Book 4WD yang hotel kami nak menginap punya. Tempat penginapan kami adalah The Barat Tioman Beach Resort. Kena nak 4WD sebab nak ke Bharat hotel kena merentas hutan dan naik turun bukit. Boleh tahan jugak mencabar nak boleh sampai resort ni. Tapi budak-budak seronok je sepanjang perjalanan. 





Dah sampai resort dan selesai check in, lunch di café hotel. Haa sini tak ada restaurant tempatan yang berdekatan dengan hotel. Kalau ada pun maybe ada di area perkampungan penduduk di situ. Tapi kena jalan sedikit. Kalau taknak jalan, boleh sewa motor resort punya. Rate sewa boleh tahan kayanganlah.




Selesai lunch, budak-budak memang tak sabarlah terjun kolam. Memang bila dah berada di resort ni, spend percutian dengan mandi kolam, aktiviti pantai dan boleh juga nak jalan-jalan di perkampungan penduduk di situ. Bilik yang kami book adalah deluxe room. So ada dua katil queen. Sangat dapat tidur dengan selesa. Bilik air pun luas. Facilities pun lengkap. TV ada banyak chanel, ada kettle, peti ais, iron dan etc. Facilities penting semua adalah. Resort ini jugak ada private beach sendiri. Sangat banyak port cantik di beach ni untuk bergambar.




 
 
 
 

Then bilik kami adalah ground floor dan ada balkoni yang terus boleh access ke swimming pool. Sangat convenient la dengan bilik kami yang stay ni.


Buat semua aktiviti sehingga keesokkanya iaitu hari kedua. Sebab hari kedua di Tioman aktiviti bapak-bapak nak scuba diving. Siap ada training tau. Time bapak-bapak scuba diving, geng ibu-ibu layan anak-anak mandi kolam. 







 

Lunch pun di hotel juga. Dinner pun sama. Rasa macam orang kaya sangat. Kerja makan kat hotel je.Biasa makan kat hotel ni breakfast jea. Ni pagi petang siang malam makan kat hotel. Yeala. Mana kedai local ada berdekatan di dengan resort. Tapi food resort ni semuanya sedaplah. Saya ada order spaghetti, chicken chop, pizza, nasi goreng. Semuanya sedaplah.




Haa. Pada malam pertama di resort, dinner bersama-sama dengan semuanya. Order seafood. Then sambut jugak birthday kawan Kimchi. Food seafood pun not bad jugak rasanya.





 Continue reading Part 2 by click My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 2

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. samalah, jarang sangat bercuti ke Pantai. Nasib makanan dekat situ sedap, kalau tak naya.

    ReplyDelete