25 February 2022

My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 1

Saya membesar dengan kurang bercuti di pulau. Actually macam tak ada pulau saya pernah sampai especially pulau-pulau top di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Redang dan etc. Pulau pernah sampai pun Pulau Pangkor. Itupun masa saya sekolah rendah dan sekali sahaja.



Mak abah macam kurang suka bercuti di pulau. Sebab panas kot. Tempat-tempat saya bercuti dengan keluarga dulu mostly di tempat tinggi ataupun di town. Macam Penang, Melaka dan etc.


Then bila dah kahwin, tak pergi jugak bercuti di Pulau top-top ni. (Kimchi pun sama ke. Tak minat jugak ke. Haha). Pernah sekali bercuti di Pulau Pangkor. Yup Pangkor jugak. Tak pulau lain. Bercuti bersama-sama dengan keluarga belah Kimchi.


Then bila rakan sekerja Kimchi mengajak bercuti di Pulau Tioman sebab dia sangat pulau lover, barulah saya sampai ke Pulau yang selain Pulau Pangkor (dan selain Pulau Pinang). Sebab pulau-pulau yang terkenal di Malaysia actually sangat cantik. Ada yang macam sama level macam Maldives. Pangkor tu pulau biasa-biasa je.


Kimchi dan kawan-kawannya yang arrange semuanya. Geng pasangan just kena packing dan bawa diri. Heaven tul percutian yang segala-galanya dah diuruskan termasuklah ongkos. Kuikuikui. Actually Kimchi suka je bercuti di Pulau. Tapi percutian pulau kan memerlukan perancangan yang rapi. Kena fikir pasal Feri dan etc. Lastly nak senang bercuti di town atau tempat tinggi je macam Cameron Highland.


Percutian ke Pulau Tioman adalah selama 5 hari 4 malam. Selalunya percutian dalam semenanjung di tak pernah lagi lebih tiga hari. Tapi Pulau Tioman kena lima hari. Sebab tiga hari adalah hari perjalanan. Sehari di sana aktiviti air geng bapak-bapak. Sehari lagi aktiviti air semua. So total lima hari. Hehe. Pergh..Ada percutian di oversea pun tak selama ni. Macam bercuti di Indonesia pun selama empat hari je. Ahaks.


Sebelum naik feri ke Pulau Tioman, bermalam di hotel Tanjung Gemuk. Kena rehat selepas perjalanan jauh dari rumah ke jeti. Esoknya, pagi-pagi dah kena check out. Even tiket feri tengahhari, tapi nak kena buat Covid test dulu. Hidup dalam norma baharu kan. Actually almost terlewat. Sebab ngam-ngam setel dengan KKM untuk urusan test result, feri hampir dah gerak. Nasib baik sempat naik.


Dalam dua jam jugak naik feri untuk sampai ke Pulau Tioman. Feri yang kami naik agak selesa dan tidak panas. Budak-budak tak meragam sangat masa dalam feri. Sempatla tidur dalam feri.


Dah sampai feri Pulai Tioman, ada 4WD menunggu ketibaan kami. Book 4WD yang hotel kami nak menginap punya. Tempat penginapan kami adalah The Barat Tioman Beach Resort. Kena nak 4WD sebab nak ke Bharat hotel kena merentas hutan dan naik turun bukit. Boleh tahan jugak mencabar nak boleh sampai resort ni. Tapi budak-budak seronok je sepanjang perjalanan. 





Dah sampai resort dan selesai check in, lunch di café hotel. Haa sini tak ada restaurant tempatan yang berdekatan dengan hotel. Kalau ada pun maybe ada di area perkampungan penduduk di situ. Tapi kena jalan sedikit. Kalau taknak jalan, boleh sewa motor resort punya. Rate sewa boleh tahan kayanganlah.




Selesai lunch, budak-budak memang tak sabarlah terjun kolam. Memang bila dah berada di resort ni, spend percutian dengan mandi kolam, aktiviti pantai dan boleh juga nak jalan-jalan di perkampungan penduduk di situ. Bilik yang kami book adalah deluxe room. So ada dua katil queen. Sangat dapat tidur dengan selesa. Bilik air pun luas. Facilities pun lengkap. TV ada banyak chanel, ada kettle, peti ais, iron dan etc. Facilities penting semua adalah. Resort ini jugak ada private beach sendiri. Sangat banyak port cantik di beach ni untuk bergambar.




 
 
 
 

Then bilik kami adalah ground floor dan ada balkoni yang terus boleh access ke swimming pool. Sangat convenient la dengan bilik kami yang stay ni.


Buat semua aktiviti sehingga keesokkanya iaitu hari kedua. Sebab hari kedua di Tioman aktiviti bapak-bapak nak scuba diving. Siap ada training tau. Time bapak-bapak scuba diving, geng ibu-ibu layan anak-anak mandi kolam. 







 

Lunch pun di hotel juga. Dinner pun sama. Rasa macam orang kaya sangat. Kerja makan kat hotel je.Biasa makan kat hotel ni breakfast jea. Ni pagi petang siang malam makan kat hotel. Yeala. Mana kedai local ada berdekatan di dengan resort. Tapi food resort ni semuanya sedaplah. Saya ada order spaghetti, chicken chop, pizza, nasi goreng. Semuanya sedaplah.




Haa. Pada malam pertama di resort, dinner bersama-sama dengan semuanya. Order seafood. Then sambut jugak birthday kawan Kimchi. Food seafood pun not bad jugak rasanya.





 Continue reading Part 2 by click My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 2

My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 2


Pada hari ketiga di Tioman, barulah buat aktiviti air keluarga. Buat aktiviti snorkelling. Book pakej snorkelling resort punya jugak. Senang. Dari resort naik private bot. Then akan bawa ke empat checkpoint untuk snorkelling. 

 





Dak Zafran enjoy sangat dengan aktiviti snorkelling. Dia tak takut langsung berada di laut dalam walaupun tak pandai berenang. First dan second checkpoint adalah dalam laut dalam. Dak Zafran sangat enjoy his moment. Maknya gelabah namatey bila kat laut dalam. Walaupun tau selamat sebab pakai safety jacket, tapi sangat susah nak buang rasa cuak tu. Tak tau bila kaki tu terasa terapung, auto jadi panic.



 

So sekejap jeala saya snorkelling di laut dalam. Tapi bila dibawa snorkelling di Pantai Pasir Panjang, perghh punya saya sangat seronok. Memang lama saya snorkelling. Menikmati keindahan permandangan dalam laut. Sangat cantik terumbu karang, ikan-ikan dan etc. Kimchilah ambil alih tugas jaga Zafirah dan Zayden. Bila snorkelling yang bukan kat laut dalam, tak ada perasaan takut. Rasa nak snorkelling, apungkan diri. Dah taknak boleh berdiri balik. Saya prefer snorkelling di Pantai Pasir Panjang sebab bukan di dalam laut dalam.










 

Lepas tu bot bawa ke Kampung Juara untuk lunch di situ dan buang apa yang patut(pi toilet ler). Member yang selalu pergi Tioman bagitau, sebelum ni ada banyak kedai makan kat Kampung Juara. Sekarang dah tak banyak pilihan sebab banyak tutup. Kesan dari pandemic Covid-19. Covid19 ni beri kesan pada mostly perniagaan SME. Dan mostly SME diusahakan oleh orang-orang kita. Rasa sedih sangat.



Turun dari bot untuk singgah Kampung Juara
 

Dah siap lunch dan jalan-jalan sekitar Kampung Juara, nak balik bot untuk ke checkpoint terakhir iaitu Shark Point. Sampai je Shark Point, hujan turun dengan lebatnya. Just Kimchi & Dak Zafran turun untuk snorkelling. Tapi tak dapat jumpa shark pun.

Di Shark Point
 

Selesai snorkelling, terus balik resort semula. Sepanjang dalam bot ke resort, sejuk giler. Hujan lebat tambah dengan angin. Saya cover Zafirah dan Zayden dengan tuala supaya tak kena hujan. Then kena peluk kuat-kuat sebab bot laju ya amat. Tapi boleh pulak tertidur time bot laju-laju dan keadan berombak-rombak. Best kot maknya peluk. Dengan sejuk lagi.

Dah sampai resort, budak-budak boleh sambung lagi mandi kolam di resort. Kalau dah nama budak, memang tak kan jemu main air. Even tangan dah kecut. Mak nye je dah pancit. Terus balik bilik.

Esoknya adalah hari check out. Terasa nak makan di kedai local. Jalan sedikit untuk makan di kedai di perkampungan penduduk di situ. Ada jumpa satu kedai jual breakfast. Tapi ramai dah di kedai tu. Yang tengah menunggu makanan sampai pun sampai. Yeala, manan tahan makan di café resort je. Kena jugak cari kedai tempatan. Tapi nasib baik tak perlu tunggu lama untuk makanan sampai dan nasib baik jugak sempat dapat sebelum habis. Time kami dapat je makanan yang kami order, terus habis dan tak boleh order dah.

 


Siap breakfast, balik jalan kaki. Best jugak jalan di kampung. Rasa tenang je. Ada jugak bergambar tepi pantai sekejap. Sampai resort, macam biasa budak-budak sambung terjun kolam. While me start packing.









 Check out pukul 1230pm. Lunch di café resort. Dah nak check out. Resort ni bagi saya sangat ok. Facilities lengkap. Kolam renang best. Servis ok. Just tak faham, banyak kali black out. 

Last lunch di Barat
 

Naik 4WD untuk ke jeti Feri. Tapi Feri kami naik rupanya delay dalam dua jam jugaklah. Lama kena tunggu di jeti. Budak-budak almost nak meragam. Bila feri dah sampai dan naik feri, Dak Zafirah meragam kat tempat duduk. Papanya tak follow naik sekali sebab kena naik last kalau nak bawak barang masuk. Feri yang balik ni tak berapa nak selesa juga. Agak sempit dan tak berapa nak bersih. Hadap jeala.


 

Sangat seronok percutian pulau ni rupanya. Tapi lagi seronok untuk yang suka buat aktiviti menyelam ni. Saya suka je. Tapi tak mau kat laut dalamlah. Haha. Tapi pantainya. MasyaAllah. Cantik ya amat. Sangat bersih. Sangat menyenangkan jiwa. Akan repeat lagi tak pi Pulau Tioman. Try pi Pulau lain pulak kot. Sebab pulau lain especially yang terkenal macam Redang orang kata sangat cantik. Dah habis jelajah semua pulau di Malaysia, baru repeat Pulau Tioman pulak. Apapun sangat seronok bercuti di Pulau Tioman dan menginap di The Barat Resort.

To read Part 1, click  My awesome Island Vacation at Barat Tioman Beach Resort Story│Part 1

21 February 2022

Sambut birthday My Youngest Bro dengan Bakers Cottage American Chocolate Cake

Lama naw peram gambar sambutan birthday Mus di henponku. Birthdaynya Disember lepas tapi baru up entri selepas dua bulan which is February ni. Busy buat apa pun den tak tau. Hopefully walau busy macam mana pun hidupku, at least up tiga entri seminggu. InsyaAllah.


 


Sambut birthday Mus di PJ. Family Godiks tak cukup korum sebab ramai tak dapat join termasuklah Kimchi dan Dak Zafran. Walaupun tak cukup korum sambutan masih lagi meriah.



 


Menu birthday banyak homemade which nasi ayam dan mee curry prepared by lovely mak. Then untuk dessert beli Portuguese egg tart dan juga Birthday Cake, American Chocolate Cake di Bakers Cottage. Coffee pun ada jugak tu order. Tak tinggal. Coffee order di Coffee Bean.


 
Sambut di rumah ni dengar macam biasa-biasa tapi paling dapat enjoy the moment. Tak perlu nak monitor anak-anak nak berkeliaran. Dapat membawang lama. Paling best dapat makan dari air tangan mak. Tapi of course kena jugak celebrate di luar. Mak pun nak lah jugak gantung kuali dan makan luar.


Apapun to Mus, Happy Birthday to you. Semoga semakin kaya di di dunia dan akhirat.