30 December 2021

Boleh Bayar Zakat di Mesin ATM RHB

Varian Covid yang lain muncul pulak. Sebelum ni varian Delta. Yang terbaru Varian Omicron. Kalau dengan tempoh yang tak begitu lama, dah muncul macam-macam varian Covid, dengan ganasnya, sampai sudah ekonomi global termasuklah sangat susah nak pulih. IMF pun dah beri amaran ancaman Omicron ni.

Ramai orang kita yang sumber pendapatannya terjejas akibat daripada ekonomi yang nampak hilang sinar harapan untuk pulih dalam masa terdekat. Kalau yang ada yang terlampau sedih akibat dengan kesulitan hidup dan tanpa fikir panjang, itu ada yang bunuh diri. Ya Allah Ya Tuhan Ku. Mintaklah dijauhkan.



Sebab itulah kita yang berkemampuan diwajibkan bayar zakat. Untuk mengurangkan beban golongan memerlukan ini.  sebaik-baiknya kita bayar zakat di Institusi Zakat Bertauliah. Sebab kaedah agihan zakat oleh institusi zakat adalah lebih baik, cekap dan jelas. Salah satu Institusi Zakat bertauliah adalah LZS.

 

 


Nak bayar di LZS, tidak terhad pergi ke kaunter sahaja. Sebabnya Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan beberapa cara yang mudah untuk kita menunaikan zakat iaitu:

Antaranya pembayaran tanpa tunai iaitu:

1- Online Banking

2- Online ezakatpay

3- Online channel

4- Online @ Branch

5- Mobile Banking

6- ATM Machine

7- eWallet

Saya nak terangkan secara details tentang cara pembayaran zakat di ATM Machine. Sebabnya bagi saya saluran ini paling boleh dilakukan oleh semua umat islam kerana ATM machine ada di mana-mana dan beroperasi 24 jam.

 

Tapi kalau nak boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM, pembayar-pembayar perlulah  mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa. Tapi rasanya semua orang ada akaun simpanan atau semasa. Yang tak ada tu macam kanak-kanak yang masih di bawah tanggungan keluarga. Yang tak ada income. Kalau ada jugak yang tak ada akaun ni, kes terpencil la tu.

 

 
 

 

Haa satu lagi berikut sahaja boleh melakukan pembayaran zakat melalui mesin ATM, hanya di bank terpilih sahaja iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Public Bank, OCBC Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional. Saya bagi cara pembayaran untuk salah satu atm bank iaitu RHB bank.

Nak Bayar Zakat Melalui mesin ATM RHB Bank, senang je.

 

 1. Pergi ke ATM RHB Bank  

 

 



 

2. Tekan ke menu lain-lain(others)

 

 

3.Tekan ke menu pembayaran bil

Tadaaa..settle dah bayar zakat melalui mesin ATM RHB. Mudah sahaja kan.

Ada satu peringatan untuk pembayar yang membayar melalui kemudahan ATM Mesin. Dinasihatkan menghubungi lbu Pejabat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS), Unit Proses Kutipan, Bahagian Kutipan (DK) selepas selesai melakukan transaksi bayaran untuk tujuan kemaskini.

So, tak alasan dah yea berdepan dengan kesukaran untuk melakukan pembayaran zakat. Sebab banyak dah cara nak bayar zakat ni.

 

 
 Kadar Nisab (July – Disember 2021)

 

 

Ok, dah settle bayar zakat nanti, jemputlah sertai kempen Zakat Cashless kat atas ni. Mana tahu ada rezeki menang kempen ni. Hadiah yang ditawarkan untuk para pemenang, semuanya menarik tau. Kempen ini bermula dari Tarikh 15 November sehingga 31 Diesember 2021 bagi setiap pembayar zakat yang menggunakan kaedah pembayaran secara online atau pembayaran tanpa tunai.

 

 


 



 
Nak sertai kempen ini, hanyak perlu buat tiga langkah mudah iaitu

 

1. Bayar zakat secara online sama ada melalui online banking, e-zakatpay, online@branch, mobile banking, ATM Machine atau e-Wallet, yang penting cashless.

2. Imbas kod QR atau korang boleh terus isi borang di http://bit.ly/zakatcashless2021

3.Daftar e-zakat online di ezo.zakatselangor.com.my

Zakat di Hati


 

  Kalau nak mengetahui maklumat lanjut mengenai Lembaga Zakat Selangor, boleh hubungi Lembaga Zakat Selangor k (LZS) tanya di:

WEB : https://www.zakatselangor.com.my/

FACEBOOK : https://web.facebook.com/zakatselangor

ALAMAT : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan Worldwide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13,   40100 Shah Alam, Selangor.

Talian Zakat Selangor : 1 300 88 4343

Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

10 December 2021

Sambutan Hari Jadi Saya & Didi Dengan Keluarga Inun Di Singgahan Rahmat Homestay

Birthday saya tahun ini dapat disambut bukan setakat dengan keluarga sendiri malah dengan some of keluarga belah mak. Sangat-sangat happening dan meriah. Sebab ramai yang memeriahkan sambutan hari jadi saya kan.


Sambutan hari jadi saya disambut sekali dengan hari jadi my cutey sista, Didi. Jarak sebulan jeakan bulan birthday saya dan & Didi. So, buat double celebration. 



Tempat pun bukan kaleng-kaleng. Kami book Singgahan Rahmat Homestay. Homestay ni sangat besar dan ada swimming pool. Lengkap dengan semua facilities seperti dapur, kelengkapan untuk aktiviti BBQ, beberapa bilik air, TV dan banyak lagi. Bilik tidur pun ada tiga dan setiap bilik tidur ada aircon. Kat luar homestay, banyak port yang cantik untuk bergambar. Sebab banyak sudut yang ada landskap berkonsepkan ala-ala Bali.







Masa acara potong kek, Kek hari Jadi Saya dan Didi dikelilingi dengan pelbagai jenis dessert. Sebab semua family ada contribute dessert. Rasa macam Paris Hilton sangat. Sambut birthday dengan dikelilingi banyak kek dan dessert. Ahaks. 



 

Hadiah pun saya dapat jugak. Both family sendiri dan family belah mak ada bagi hadiah harijadi kepada saya. Thanks uolss. Terharu sangat. Hehe.





Lepas dah selesai sambutan hari jadi dan makan, next aktiviti apa lagi terjun dalam kolamlah. Memang mandi kolam sampai lebam. Sebab kolamnya tak ada siapa yang jaga dan untuk sendiri mandi je. Tapi kolam agak dalam. Kalau ada budak-budak mandi kolam sekali, kena pakai safety jacket or pelampung. Dan kena orang dewasa yang jaga. Dak Zafran hampir lemas woo. Dia sampai-sampai boleh terus terus terjun tanpa pakai safety jacket. Zafran ingat tak dalam kot.






Lama dah tak celebrate harijadi ramai-ramai macamni. Actually sebelum PKP pun macam dah lama jugak tak celebrate dengan saudara-mara. Bila dapat berkumpul balik macamni, tue rasa seronok tak kepalang.







 

 

To Keluarga Inun, Thanks memeriahkan sambutan hari jadi saya dan Didi. Sayang korang sangat-sangat.

9 December 2021

Himpunan Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Pegawai Belia dan Sukan 41 │Bahagian Kefahaman Bahasa Inggeris

Entri ini adalah perkongsian soalan-soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Pegawai Belia dan Sukan 41 bagi bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris.









Itu sahaja perkongsian semua soalan peperiksaan dari saya. Kepada yang dapat panggilan untuk menjawab peperiksaan online Memasuki Perkhidmatan Awam untuk apa-apa jawatan, saya ucapkan semoga berjaya. Semoga soalan-soalan yang saya sempat simpan ini walaupun tak boleh jamin akan keluar soalan yang sama tapi  bolehlah dijadikan rujukan untuk ulang kaji.

Himpunan Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Pegawai Belia dan Sukan 41 │Bahagian Daya Menyelesaikan Masalah

Baru-baru ini adik bongsu saya dapat panggilan untuk mengambil Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam Pegawai Belia dan Sukan 41.

 

Adik sempat snap semua soalan untuk rujukan masa hadapan. Sebelum saya share soalan, saya nak beritahu peperiksaan ini  ada dua bahagian iaitu pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah.


Tanpa membuang masa, bawah adalah himpunan soalan peperiksaan online untuk bahagian Daya Menyelesaikan Masalah
 











Untuk soalan bahagian Daya Menyelesaikan Masalah, saya share di entri satu lagi. Boleh klik SINI untuk mengetahui soalan  bahagian Kefahaman Bahasa Inggeris.