Tiga Ketul Syok Main Layang-Layang di Pantai Bagan Lalang
Cuaca baik sangat time pergi Pantai Bagan Lalang baru-baru ni. Walaupun sekarang dah memasuki musim hujan, tapi time sampai Pantai Bagan Lalang, cuaca elok panas terik. Tiupan angin boleh tahan kuat. Bila dah combo tak hujan plus angin kuat, ditambah pulak pantai yang luas dan tak crowded, apalagi buat aktiviti main laying-layanglah. Layang-layang pulak memang ada dibawa sebab letak dalam kereta. Senang letak dalam kereta je sebab bawak ke mana-mana. Jumpa je perfect spot with perfect weather macam kat Bagan Lalang, terus boleh buat aktiviti main layang-layang.
Layang-layang ni Kimi beli di Dechatlon. Satu jenis untuk Kids. Yang Tali agak pendek. Satu lagi yang biasa. Since ada dua,agak berebutla between Zafirah dan Zayden.Selalunya Zayden lah kena beralah.hehe.
Dak tiga ketul syok kemain main layang-layang di Pantai Bagan Lalang. Kelajuan angin pun sangat perfect yang sangat sesuai untuk main layang—layang.Tapi disebabkan Dak Zafran first time main layang-layang sendiri, ada terlepas sekali jugaklah layang-layangnya. Melayang layang-layang dibawa angin. Hampir tak sempat diselamatkan sebab tiupan angin kuat jugak kan. Nasib baik tersangkut di pokok Ru. Tapi again still ingat layang-layang tak boleh diselamatkan sebab tersangkut teruk kat pokok. Kimi kena tarik kuat. Ingat akan jahanam. Tapi still ada rezeki lagi dengan layang-layang tu. Layang-layang tak jahanam walaupun Kimi kuat tarik dari sangkutan celahan dahan pokok. Robust jugak layang-layang Dechathlon ni. Kalau cap ayam rasanya akan tamat riwayat dah.
Lepas sekali insiden terlepas layang-layang, Dak Zafran dah learn from lesson. Lepas tu pandai dah main layang-layang tanpa terlepas. Untuk Layang-layang Kid, walaupun terlepas dari pegangan. Tak akan terbang jauh ditiup angin. Just akan terjatuh je.Lagipun talinya boleh ikat pada pergelangan tangan untuk hindari dari terlepas.Ada extra feature kite untuk Kids ni.
Boleh tahan lama jugak Dak tiga ketul main layang-layang walaupun cuaca panas lit-lit. Sebab seronok sangat tengok layang-layang terbang timggi di awan biru. Cantik sangat. Kalau tak ada bawa layang-layang sendiri, kat situ pun ada dijual layang-layang. Macam-macam design ada.
Besar dah tiga ketul. Boleh main layang-layang termasuklah yang bongsu, Dak Zayden. Sebaklah rasa sebab cepat sangat membesar.Daku pun semakin tua. Huhu. Pantai Bagan Lalang memang port yang baik main layang-layang. Sebab pantai sangat luas dan tak crowded. Boleh repeat lagi main layang-layang di Pantai Bagan Lalang.
Selamat beriadah
ReplyDeletetak ramai pulak ye org kat situ..biasanya tepi2 pantai ni pack
ReplyDelete