Saya memang ada app Sushi King install di handphone saya sebab peminat Sushi. Ceh Claim diri peminat Sushi King tu. Padahal guna chopstick sampai sudah tak reti. Makan Sushi kena guna fork and spoon je. Sangat-sangat melanggar keetikaan makan makanan Jepun sangat. Tak layak claim diri Peminat Sushi.
Eh ada aku kisah, makan tak guna chopstick. Asalkan makan tu guna duit sendiri. Tak guna duit orang lain. Dan tak menyusahkan sesiapa. So far mintak fork and spoon dari waiter, tak pernah lagi dapat reaction pelik-pelik dari depa. Malah dengan pantas provide fork and spoon kepada saya.
Sejak mengandungkan Zayden hinggalah sekarang, macam kena selalu Sushi King. Dulu tak macamni sangat. Maybe kerja dulu tak dekat dengan Sushi King. Bila susah nak pi ditambah pulak kurang sokongan dari Kimchi sebab dia Japanese food hater, so tak datangalah rasa kegilaan ke Sushi.
Tempat kerja sekarang ni sangat dekat Sushi King. Rasa kegilaan terhadap Sushi pulak start masa mengandungkan Sushi. Tu yang acap kali pi makan di Sushi King. Kalau ada Sushi Bonanza, memang tak pernah miss pergi.
Since ada apps Sushi King, sempena harijadi saya, terus boleh redeem free Sushi King pada bulan hari jadi saya. Dessertnya boleh tahan best jugak. Ingat dapat ice cream 1 scoop je. Sebab mula-mula tanya birthday dessert pada waiter, dia tanya nak bila ice cream. Tu ingat just dapat ice cream sahaja.
Rupanya dapat Vanilla Ice Cream Doughnut. Doughnutnya lembut gilos dan gebu, ditambah pulak makan dengan ice-cream yang makan terus cair dalam mulut. Sedap weygh. Then topping nya crispy wafer, chocolate sauce and icing yang menambahkan lagi kelazatan dessert ni. Perghh. Tapi of course makan dessert ni tak kenyanglah. Maka sambung makan sushi selepas selesai menikmati dessert sehingga licin.
Dessert ni boleh tahan manis. Sekali sekala makan bolehlah. Yeala kalau redeem yang birthday treat punya, setahun sekali jeala makan. Haa eloklah tu. So tahun depan pulaklah ye repeat makan dessert ni. Tapi not applicable to Sushi yea. Asalkan teringin terus pi Sushi King tanpa teragak-agak.. Hehe.