29 September 2021

First Picnic After MCO(yang ke berapa ntah) LIFTED at Putrajaya

Serius dah tak ingat MCO yang paling latest ni yang keberapa entah. Nampak naw dah tak ambil tahu isu semasa. Kalau pi interview SPA ni konpem fail lagi. Huu.



Sejak PM umum MCO di Selangor dah lifted, saya tak adalah terus buat aktiviti berkumpul ni. Ambil masa untuk ready buat semua aktiviti yang baru dibenarkan ni. Yeala lifted pun kes Covid masih tinggi. Saya pulak belum complete vaksin.



After few weeks, barulah ready nak buat aktiviti berkumpul. Itupun Ena yang ajak. Kalau sendiri nak start dulu, rasanya lagi lambat kot.



Ena ajak saya dan mimi sekeluarga untuk join aktiviti picnic di tepi salah satu tasik yang ada di Putrajaya. Berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Masing-masing ada bawa makanan untuk aktiviti picnic ni.



Sangat bestnya lokasinya. Sebab menghadap permandangan tasik dan jambatan. Berdekatan dengan tasik ni ada kawasan luas yang boleh nak buat macam-macam aktiviti seperti main badminton, scooter dan etc.



Di kawasan ini juga ada macam-macam facilities seperti suran dan juga toilet. Dua –dua facility dalam keadaan yang baik dan bersih. Sangat well maintained. 




Satu lagi ada playground. Budak-budak memang sukalah dapat main playground.


Sangat seronok picnic di tasik Putrajaya ni. Budak-budak pun enjoy. Diaorang pun dah lama tak berkumpul dengan sepupu-sepupu. Lepas ni boleh repeat lagi picnic di tempat ini lagi.

No comments:

Post a Comment