29 September 2021

First Picnic After MCO(yang ke berapa ntah) LIFTED at Putrajaya

Serius dah tak ingat MCO yang paling latest ni yang keberapa entah. Nampak naw dah tak ambil tahu isu semasa. Kalau pi interview SPA ni konpem fail lagi. Huu.



Sejak PM umum MCO di Selangor dah lifted, saya tak adalah terus buat aktiviti berkumpul ni. Ambil masa untuk ready buat semua aktiviti yang baru dibenarkan ni. Yeala lifted pun kes Covid masih tinggi. Saya pulak belum complete vaksin.



After few weeks, barulah ready nak buat aktiviti berkumpul. Itupun Ena yang ajak. Kalau sendiri nak start dulu, rasanya lagi lambat kot.



Ena ajak saya dan mimi sekeluarga untuk join aktiviti picnic di tepi salah satu tasik yang ada di Putrajaya. Berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Masing-masing ada bawa makanan untuk aktiviti picnic ni.



Sangat bestnya lokasinya. Sebab menghadap permandangan tasik dan jambatan. Berdekatan dengan tasik ni ada kawasan luas yang boleh nak buat macam-macam aktiviti seperti main badminton, scooter dan etc.



Di kawasan ini juga ada macam-macam facilities seperti suran dan juga toilet. Dua –dua facility dalam keadaan yang baik dan bersih. Sangat well maintained. 




Satu lagi ada playground. Budak-budak memang sukalah dapat main playground.


Sangat seronok picnic di tasik Putrajaya ni. Budak-budak pun enjoy. Diaorang pun dah lama tak berkumpul dengan sepupu-sepupu. Lepas ni boleh repeat lagi picnic di tempat ini lagi.

23 September 2021

Gembira Tak Terkata Bila Sektor Pelancongan Dah Dibuka

 At lastttt..Kerajaan dah membenarkan pembukaan sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program ‘travel bubble’. Dapat jugak pergi bercuti. Tak terkata rasa seronok di hati daku.




Lama sangat tau rakyat Malaysia berkurung dalam rumah. Dah ramai mengalami kelesuan pandemic. Bila kerajaan dah buka balik sector pelancongan, sedikit sebanyak dapat mengembirakan hati rakyat Malaysia termasuklah saya. Huhu. Of course hanya dibenarkan untuk rakyat Malaysia yang sudah lengkap vaksinasi dan kena follow syarat-syarat ditetapkan.

wee..tak sabar nak naik cable car

Kata kerajaan sebagai permulaan program ‘travel bubble’, lokasi yang terpilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini adalah  Pulau Langkawi. Aduii Pulau Langkawi tu.One of my favourite travelling place. Tapi malangnya saya belum lengkap vaksinasi lagi. So tak dapat melancong Pulau Langkawi sekarang. Taka pa. Soon soon. Kau tunggu ye Langkawi. Akan ku sampai di sana. Haha.

Memang seronok sangat kalau melancong di Pulau Langkawi. Sebabnya banyak tempat menarik yang boleh kunjungi di Pulau Langkawi. Antaranya Dataran Lang, Pantai Cenang, Pekan Kuah, Tasik Dayang Bunting dan banyak lagi. Ni tempat yang saya kira confirm boleh pergi sebab terbuka. Yang lain macam Underwater World Langkawi tu still belum dibuka sebab tertutup. 

Last sekali naik Langkawi Cable Car masa anak sorang tau..punya lama tak sampai Langkawi. Tak sabar nak bawak lagi 2 ketul kenal Langkawi.


Tapi still seronok lagilah apabila berada di Langkawi walaupun ada banyak tempat belum ready untuk dibuka. Sebabnya as u olss know, Pulau Langkawikan kawasan bebas cukai. Memang heavenlah shopping di Langkawi.

Untuk tempat penginapan pulak, tempat penginapan yang best untuk bermalam adalah di Berjaya Langkawi Resort. Sebab first sangat dekat dengan airport iaitu terletak sejauh 20 minit memandu. Pastu dekat dengan tempat-tempat menarik di resort ni seperti Kereta Kabel Langkawi dan Air Terjun Telaga Tujuh dan banyak lagi.

rindu nak repeat sunbathing di Pantai di Pulau Langkawi


Facilities pun lengkaplah. Wifi perkhidmatan shuttle dan macam-macam lagi. Senang cakap memang selesa dan best menginap di Berjaya Langkawi Resort. Paling saya suka interior design Resort yang berkonsepkan tradisional. Lokasi pun di di pinggir hutan hujan tropika tapi balkoni chalet menghadap laut. 

Tak sabar nak bawak Zafirah dan Zayden kenal Pulau Dayang Bunting


Hmm..tak sabarnya nak pi Pulau Langkawi. Bermalam di resort tu. Lambatnya dah tunggu saya lengkap vaksinasi. Tak apalah saya bercuti di tempat yang dekat dari rumah saya sahajalah. Rumah saya dekat dengan Kuala Lumpur. Tak sampai sejam memandu dah sampai Kuala Lumpur.

Walaupun tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur tak sebanyak di Pulau Langkawi, tapi still banyak tau. Antaranya tempat boleh jalan-jalan di Kuala Lumpur ialah KLCC, Menara Kuala Lumpur, Tasik Titiwangsa, Heritage Walk, Secret Garden dan banyak lagi. Jangan risau dengan Covid. Sebab tempat yang saya sebut ni semuanya open space. Bukannya tempat tertutup.


Salah satu tarikan Kuala Lumpur adalah bangunan bersejarah yang ada di KL


Malam-malam pulak boleh menonton air pancut dan lampu-lampu warna warni di KLCC Lake Symphony. Di Saloma Bridge pun cantik jugak kalau jalan-jalan di situ pada waktu malam.

Kuala Lumpur pun syurga buat kaki shopping jugak tau. Sebab di Kuala Lumpur ada banyak shopping mall. Antara shopping mall yang ada di Kuala Lumpur ialah KLCC, Pavillion dan banyak lagi. Memang shopping till u drop lah di Kuala Lumpur.



Rasanya tak cukuplah nak cover kunjungi semua tempat menarik di Kuala Lumpur. Macam perlukan dua hari. Jadi kalau nak betul-betul puas hati jalan-jalan di Kuala Lumpur, bermalam di Kuala Lumpur. Banyak tempat-tempat yang menawarkan untuk KL staycation. Ada banyak pilihan hotel-hotel yang boleh dipilih untuk KL staycation yang besesuaian dengan budget dan citarasa saya. 

Jadi buat masa sekarang, saya proceed dahulu bercuti di Kuala Lumpur. Bila dah lengkap vaksinasi, boleh planning untuk bercuti di Pulau Langkawi pulak.  Thanks again Kerajaan dah benarkan kami kembali melancong. Kami sangat happy. hehe.

6 September 2021

Atasi Kulit Wajah Bermasalah dengan Azymacare Clay Soap Free Purifying Gel

Hidup dengan normal baharu akibat Covid-19 ni, memang tak boleh elak lah dari pakai mask kalau keluar rumah. Kulit wajah pun terdedah dengan pelbagai masalah kulit akibat kerap memakai facemask.

Kenalah cari solusi untuk melindungi kulit wajah sebab facemask menang wajib pakai dah. Caranya terbaik untuk mengembalikan kulit wajah adalah dengan membersihkan kulit wajah mengunakan Azymacare Clay Soap Free Purifying Gel.


 

Ini kerana Azymacare Clay Soap Free Purifying Gel mengandungi tanah liat yang membantu menyihatkan kulit kerana sifatnya mampu membersih lebihan minyak pada kulit serta menyegarkan.  Selain itu, membantu menstabilkan PH agar ianya sesuai digunakan pada kulit yang sensitive.

Selain tanah liat kaolin, Azymacare Clay Soap Free Purifying Gel ada mengandungi :-
Ekstrak kamomil - sangat baik untuk anti radang dan ia membantu mengurangkan iritasi pada kulit.

Pati lavender - mempunyai anti keradangan yang membuatkannya sangat bagus untuk membantu menyembuhkan iritasi kulit serta kemerahan akibat daripada kesan matahari.

Ekstrak timun - adalah bahan utama yang sangat berkesan untuk mengekalkan kelembapan kulit kerana ianya mengandungi mineral dan kelembapan semulajadi serta kaya dengan bahan emolien.

Ekstrak aloe vera - boleh mengurangkan iritasi dan keradangan kulit.





Azymacare Clay Soap Free Purifying Gel tiada mengandungi (bahan yang biasa terdapat pada kebanyakan produk pencuci muka di pasaran):-

Diethanolamin – bahan sangat bahaya yang akan menyebabkan kanser hati.

Paraben - ialah sejenis bahan pengawet yang boleh menyebabkan kanser payudara dan mengalakkan sel-sel kanser untuk merebak.

Pewarna sintetik - adalah bahan kimia yang menyebabkan kesan alahan untuk sesetengah orang.

Silikon - Ia memberi kesan illusi kulit yang cerah, tetapi itu bukanlah kulit yang cerah sebenar seperti yang kita mahukan kerana ia adalah tiruan dan diperbuat daripada plastik.

Lyral – berdasarkan Kesatuan Negara Eropah (EU), penggunaan Lyral (nama dagangan bagi wangian sintetik) boleh memberikan kesan alahan kepada kulit sensitif.

Sumber haiwan – Tiada bahan dari sumber haiwan, hanya berasaskan bahan semulajadi tumbuh tumbuhan dan mineral tanah liat sahaja, justeru ia bersih, halal lagi suci.





Jangan risau tentang kualiti produk ini. Kerana produk ini mempunyai jaminan kerana produk ini dikeluarkan oleh kilang yang mempunyai persijilan sistem pengurusan kualiti seperti
1. GMP (kosmetik)
2. ISO 9001:2015
4. Produk berdaftar dengan NPRA (KKM)


Selain masalah kegatalan, Azymacare Clay Soap Free Purifying Gel juga bantu masalah kulit lain seperti:

1. Kulit kering dan kusam
2. Ruam-ruam.
3. Sunburn

 Cepat-cepatlah dapatkan Azymare jika sayangi kulit anda. Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari di

url: www.azymacare.com
FB: https://www.facebook.com/azymacareHQ/