19 August 2021

Buah Dari Kampung Uwan Untuk Aku

Lamanya tak balik kampung uwan sejak PKP dilaksanakan. Last sekali balik kampung time Aqiqah Anak Induk yang pertama, iaitu pada akhir tahun 2019. Sekarang induk dah ada dua orang anak dah.


Kalau musim buah di kampung saya, so far saya tak pernah miss untuk menikmati musim ni di kampung. Mesti balik punya. Tak overnight, mesti balik hari. At least. Biarpun saya dah berkeluarga. Akan balik kampung untuk bawak balik buah dari kampung. Of course sekali menziarahi uwan di kampung. Tapi sekarang disebabkan lockdown saya mampu tengok musim group dalam WA group je.



Tahun ni, pokok-pokok di kampung sangat lebat berbuah. Sampai boleh dijual. Tapi biarpun anak beranak uwan tak dapat balik kampung sebab lockdown, pak uda dah keluarga sedaya upaya kirim buah kepada yang tak dapat balik kampung. Family saya yang duduk di PJ pun beberapa kali dapat kiriman buah dari kampung, pemberian Pak Uda dan keluarga. Punyalah banyak buah di kampung. Rezeki sangat.




Again saya mampu tumpang gembira je. Nak tumpang makan , tak boleh. Boleh je nak balik PJ. Rumah saya di Sungai Buloh je. Tapi ikut sahaja arahan kerajaan. Kena duduk di rumah selagi tiada keluar arahan untuk dibenarkan rentas dan juga berkumpul. Varian delta pun lain macam. Tiba-tiba dapat tahu dah dijangkiti walaupun habis ikut SOP.



Tapi naluri mak agak kuat. Dia macam tahu saya teringin juga merasa buah-buahan dari kampung. Tanpa saya minta, buah yang diberi untuk mak, mak beri pulak kepada saya. Mengunakan perkhidmatan lalamove tu. Tiba-tiba je dapat call dari lalamove ada barang dari mak sampai.
Barangnya ialah manggis, langsat dan rambutan. Ya Allah rasa nak nangis je dapat jugak merasa buah-buahan dari kampung uwan.  Yang paling best manggisla. Sebab manggis adalah antara buah yang rare, susah nak dapat dan sedap. Favourite buah saya.


Agak lebam tapi isi masih elok dan sedap.

To keluarga saya di PJ, Pak uda sekeluaraga dan uwan, terima kasih beri buah-buahan dari kampung. Rasa macam di kampung sangat apabila menikmati buah-buahan ni. Thanks again.

7 comments:

  1. Alhamdulillah. Walaupun terhalang pergerakan tapi rezeki tetap tak salah alamat. Sedap buah langsat, walaupun lebam isi di dalam lebih manis.

    ReplyDelete
  2. Sama la..x dapat balik kg dah...entah bila la boleh merentas...cumanya walau banyak buah kat kg..Mak Lang x dapat nak kirimkan...kirim kat orang kampung x sampai plak ke tangan kami...takpe la xde rezeki...so kita beli je...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah rezeki dapat merasa buah dusun sendiri kak.. seronoknya

    ReplyDelete
  4. Adudu srdalnya manggis dgn rambutan

    ReplyDelete
  5. sedapnya manggis... rumah su ada pokok manggis tapi dah tinggi sangat, nak panjat pun tak boleh huhu.. dapatlah merasa sikit yg mana dpt capai dek tangan

    ReplyDelete