24 August 2021

Dinner Sambil Melihat Permandangan Sunset, Laut & Kapal Layar Di Royal Selangor Yacht Club

Usually selalu suka makan di kedai di Shopping Mall. Sebab tertutup. Confirm tak ada nyamuk. Dan of coursela sejuk.



Tapi kali ni  terasa nak tukar angin dengan dinner sambil melihat permandangan laut. Tu pergi dinner di Royal Selangor Yacht Club. Dinner di sini bukan setakat dapat lihat permadangan laut, dapat jugak menikmati permandangan sunset dan kapal-kapal layar berlabuh di laut. 



Bukan itu sahaja dapat juga melihat sunset sebab kedudukan restoraunt yang strategic. Sangat-sangat stress reliever melihat semua all in one permandangan ini. Dak tiga ketul pun enjoy berada di  Royal Selangor Yacht Club.




Bila dah restaurant di laut, of course makanan yang ditawarkan adalah seafood la. Untuk dinner saya order, Siakap Stim,Udang goreng butter, tomyam yang rasa sangat padu,kangkung goreng (sayur mesti adala kan) dan abalone goreng tepung (if not mistaken). Semua makanan yang order sangat sangat sedap.





Facility yang ada di situ pun dalam condition yang baik especially toilet dan parking. Cuma suran je. Kebersihan ok. Tapi ada satu jea surau untuk dikongsi dengan lelaki dan perempuan. So kalau nak solat, kalau ada lelaki di dalam surau, kena di luar dahulu. Hopefully tambah jeala satu ruang solat untuk jantina satu lagi.





Best sangat dinner di Royal Selangor Yacht Club. Maybe akan repeat lagi dinner sambil pemandangan laut di Royal Selangor Yacht Club. Tapi buat masa sekarang saya taknak dine in lagi sebab tak fully vaccinated dan covid cases sangat tinggi lagi. Even saya fully vaccinated dah, tapi still bahaya untuk tiga ketul yang tak vaccinated. Tunggu jeala Covid Cases rendah dulu baru plan nak dine in di restaurant termasukla Royal Selangor Yacht Club.

19 August 2021

Buah Dari Kampung Uwan Untuk Aku

Lamanya tak balik kampung uwan sejak PKP dilaksanakan. Last sekali balik kampung time Aqiqah Anak Induk yang pertama, iaitu pada akhir tahun 2019. Sekarang induk dah ada dua orang anak dah.


Kalau musim buah di kampung saya, so far saya tak pernah miss untuk menikmati musim ni di kampung. Mesti balik punya. Tak overnight, mesti balik hari. At least. Biarpun saya dah berkeluarga. Akan balik kampung untuk bawak balik buah dari kampung. Of course sekali menziarahi uwan di kampung. Tapi sekarang disebabkan lockdown saya mampu tengok musim group dalam WA group je.



Tahun ni, pokok-pokok di kampung sangat lebat berbuah. Sampai boleh dijual. Tapi biarpun anak beranak uwan tak dapat balik kampung sebab lockdown, pak uda dah keluarga sedaya upaya kirim buah kepada yang tak dapat balik kampung. Family saya yang duduk di PJ pun beberapa kali dapat kiriman buah dari kampung, pemberian Pak Uda dan keluarga. Punyalah banyak buah di kampung. Rezeki sangat.




Again saya mampu tumpang gembira je. Nak tumpang makan , tak boleh. Boleh je nak balik PJ. Rumah saya di Sungai Buloh je. Tapi ikut sahaja arahan kerajaan. Kena duduk di rumah selagi tiada keluar arahan untuk dibenarkan rentas dan juga berkumpul. Varian delta pun lain macam. Tiba-tiba dapat tahu dah dijangkiti walaupun habis ikut SOP.



Tapi naluri mak agak kuat. Dia macam tahu saya teringin juga merasa buah-buahan dari kampung. Tanpa saya minta, buah yang diberi untuk mak, mak beri pulak kepada saya. Mengunakan perkhidmatan lalamove tu. Tiba-tiba je dapat call dari lalamove ada barang dari mak sampai.
Barangnya ialah manggis, langsat dan rambutan. Ya Allah rasa nak nangis je dapat jugak merasa buah-buahan dari kampung uwan.  Yang paling best manggisla. Sebab manggis adalah antara buah yang rare, susah nak dapat dan sedap. Favourite buah saya.


Agak lebam tapi isi masih elok dan sedap.

To keluarga saya di PJ, Pak uda sekeluaraga dan uwan, terima kasih beri buah-buahan dari kampung. Rasa macam di kampung sangat apabila menikmati buah-buahan ni. Thanks again.

9 August 2021

Gathering Di Rumah Makchik Sebelum Makchik Sekeluarga Berpindah ke Qatar

Rezeki my Makchik sekeluarga dapat berpindah ke luar negara.  Pakchik dapat offer kerja di hospital kerajaan di Qatar. Dapatlah makchik keluar menjalani kehidupan di negara selain Malaysia. Keluar kejap dari Malaysia yang tak habis-habis dengan masalah ahli-ahli politik lompat kerusi ni. Kuikuikui. By the time balik Malaysia, takde dah kot ahli-ahli politik gaduh-gaduh ni. Ke tak akan habis sampai Pak Jamil m****s.haha



Makchik sekeluarga dijangka naik flight ke Qatar pada bulan 10 ni. Tak lama dah. Tak tahu dapat ke tak nak gathering sebelum Makchik sekeluarga ke Qatar. Dengan Selangor masih di Fasa 1 lagi. Tengok pada bilangan kes sekarang, nampak gaya macam di fasa 1 sampai tahun depan.Huhu.





Nasib baiklah time MCO lifted sekejap haritu, Makchik ada buat makan-makan di rumahnya. Jemput keluarga Inun yang duduk area Selangor. Keluarga Pak Uda pun ada join jugak.


Rasa best sangat dapat berkumpul ramai-ramai. Menu pun sedap-sedap. Menu yang mackhik hidangkan nasi tomato, mee kari, sate, kuih muih dan banyak lagi. Lepas makan, siap ada solat berjemaah.



 


Lepas gathering ni, PM umum PKP ketat semula. Tak boleh dah berkumpul. Nak kumpul adik-beradik. Anggap jeala gathering tu as farewell. Walaupun makchik buat makan-makan tu untuk saja-saja. Sebab nak buat majlis doa selamat sebelum berlepas ke Qatar tak tahu bila. 


 
To Makchik dan sekeluarga, selamat berhijrah ke Qatar. Ada rezeki kami akan sampai sana. Heee.

Menang produk Bestari Campuran Ikan Masin

Alhamdulillah..Saya menang satu unit produk Bestari Campuran Ikan Masin dari peraduan yang dianjurkan oleh Bestari Food. Excited sangat-sangat dapat Campuran Ikan  Masin. Sebab baca review campuran ini sangat sedap. Selain itu, campuran ini juga memudahkan dan cepatkan tugas memasak saya.

 Lagi bestnya, Saya bukan terima hadiah Campuran ikan sahaja, malah dapat jugak Mixed Peanuts




Dah selamat terima hadiah dari Bestari Food

To Bestari Food, terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Semoga perniagaan Bestari Foods terus sukses.

2 August 2021

Lebih 50% Diskaun 2 Domino's Regular Pizza untuk Pendaftar Vaksinasi di MySejahtera. Promo valid sehingga 31/08/2021.

Kepada yang telah daftar vaksinasi di MySejahtera dan juga suka makan Pizza ada berita baik untuk kalian semua. Ada promo lebih 50% Takeaway Domino's Regular Pizza kepada yang telah berjaya daftar vaksinasi di MySejahtera.

Cara nak redeem promo ni.

1. First tunjuk dulu promo untuk pendaftar vaksinasi di MySejahtera dengan tunjuk gambar seperti di bawah pada cashier.



2. Bila cashier kata boleh redeem dan minta tunjuk pendaftaran vaksinasi di MySejahtera. Boleh kita tunjuk dari hp kita.


3. Then settle!Saya tak sempat ambil gambar pizza yang saya order. Sempat ambil gambar resit je


Promo ini sehingga 31 August 2021. Jadi apalagi, cepat-cepatlah pergi ke Domino's Pizza yang berdekatan supaya tidak terlepas peluang menikmati regular pizza promosi ini.