Sambut Raya Haji Di Rumah Sendiri Dengan Keluarga Sendiri kerana PKP

Ni kali pertama, saya sambut raya Haji di rumah sendiri dengan keluarga sendiri. Walaupun PKP implement sejak awal tahun lepas, tapi Raya Haji tahun lepas masih lagi berpeluang untuk balik kampung. Sambut dengan keluarga belah Kimchi. Sebab tahun lepas Raya Haji dah fasa PKPP, yang dah dibenarkan untuk rentas negeri.


Actually untuk sambut raya dalam keadaan berkurung dengan keluarga sendiri sahaja baru saya lalui. Like really really baru je lalui iaitu pada raya aidilfitri baru ni. So tak adalah rasa awkward sangat malah dah start get use of it.


Raya puasa baru ni lagilah. Sebab ingat boleh sambut dengan keluarga saya di PJ. Tengok-tengok tak boleh. Redha ajelah.


 


Untuk Raya Haji ni walaupun adalah bukan main raya untuk umat islam. Tapi saya sambut jugak macam Raya puasa. Masih jugak bersiap cantic-cantik. Kami semua mengenakan jubah. Saya masak juadah raya which is rending ayam dan nasi impit. Of course guna intant punya. Alhamdulillah dua jiran saya bagi pelbagai jenis juadah, yang menambahkan lagi jenis juadah raya. Kami buat jugak video call raya dengan keluarga saya dan juga Kimchi.


Hopefully, pandemic berakhir tahun ni. Bukanlah hanya sebab nak kembali beraya seperti sebelum Covid 19. Sebabnya pandemic ni membuatkan sesetengah daripada kita tidak lagi mampu bertahan. Kes ** (saya tak mahu sebut) pun dah semakin tinggi. 


 
Kalau tengok kadar vaksinasi terkini, InsyaAllah ada harapan tahun ini adalah tahun terakhir kita hidup dalam pandemik. Tahun depan bina balik kehidupan kita untuk kembali stabil dan normal. Mampu berdoa sahaja sekarang. Aaminn

Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. Amiinnn semoga tahun 2022 bawa sinar baru

    ReplyDelete
  2. Meriahnya raya dengan juadah yang sedap-sedap. Selamat hari raya haji...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha :)

    ReplyDelete
  4. Mudah-mudahan 2022 nanti kita kembali dapat merasakan kemeriahan raya seperti dulu-dulu :)

    ReplyDelete
  5. Semoga tahun ini tahun terakhir kita beraya sendiri. Amin!

    ReplyDelete