Raya puasa baru ni ada banyak lebihan nasi impit. Mula-mula simpan dulu dalam peti ais. Plan nak buat kuah lontong untuk dimakan dengan lebihan nasi impit ni.Saya ni sangat sayang dengan makanan. Tak tergamak nakbuang makanan sebab teringat ramai insan yang nak makan susah akibat daripada kesempitan hidup. Lagi-lagi pada pandemik sekarang ni.
Tapi akibat tak dapat nak spend masa nak study (study kau) resipe lontong dan juga buat, terpaksa buang jugak. Lama sangat duk dalam peti ais. Rasa ralat sangat weii.
So Raya Haji ni, saya masak ngam-ngam nasi impit supaya tak berlebih. Tapi Alhamdulillah dua jiran saya hulur juadah raya.Alhamdulillah. Dapat menikmati pelbagai jenis juadah raya termasuklah nasi impit pun juga banyak.
Taknak insiden Raya puasa berlaku lagi. Saya google siap-siap. Apa boleh dibuat dengan lebihan nasi. Resipe lebihan nasi applicable untuk nasi impit jugak.
Cari-cari punya cari. Hidangan yang sesuai dibuat mengunakan nasi impit adalah cucur nasi. Bawah adalah resipe yang saya jumpa di link SINI.
Resipi Cucur Nasi
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi
Air secukupnya
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan tepung gandum
½ cawan ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji cili besar} dihiris
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air, masukkan bawang putih, bawang besar dan ikan bilis. Saya kisar guna blender sebab nasi impit besar-besar.
2. Kemudian gaulkan bahan kisar dengan tepung gandum.
3. Masukkan cili yang dihiris nipis dan garam.
4. Panaskan minyak, goreng cucur.
Kalau nak tambah udang, pun boleh. Ikut suka, asal sedap! Hidangkan bersama sos.
Saya cuma refer bahan-bahan sahaja di resipi ni. Untuk sukatan, saya agak-agak sahaja sebab mengunakan nasi impit kan. Nasi impit agak susah nak sukat guna cawan. Jadi saya agak-agak sahaja untuk pasrt sukatan.
Nasi impit dah dikisar dengan air, ikan bilis dan bawang
Bahan kisar di atas dicampur dengan tepung, gula dan garam
pastu goreng dan jadilah cucur seperti gambar first
Nasib baik jadi even agak-agak pun. Tapi lepas tambah semua bahan dan sebelum goreng, saya rasa dahulu. Bila dah cukup rasa, baru goreng.
Even time goreng pun jadi. Rasa pun sedap. Kimchi makan dengan banyaknya. Jadi lepas ni kalau ada lebihan nasi impit, saya akan buat cucur. Kalau nasi isejuk, saya selalunya akan buat nasi goreng.