Sweet & Special Third Birthday Celebration During MCO For Adorable Daughter, Alyaa Zafirah

Untuk hari jadi Dak Zafirah yang ketiga tahun, sambut dalam PKP lagi. Dah tahun kedua berturut-turut. Tapi last year, tak silap dalam PKPB. Sebab tengok gambar birthday Zafirah last year ada sambut dengan sekali family belah saya di PJ. Maknanya time tu boleh rentas daerah dan aktiviti ziarah dibenarkan.


Baru last year jea pun. Dah tak ingat dah celebrate birthday Dak Zafirah dalam fasa PKPB ke PKPP ke PP apa. Banyak sangat bertukar fasa lockdown ni. Kejap ketatkan. Kejap longgar. Pastu patah balik ketat. Dah lost track dah. Yang confirm bukan time PKP la. 


 


Birthday Zafirah tahun ni jatuh time PKP 3.0. PKP 3.0 ni actually taklah seketat seperti PKP 1.0. Tapi still kena duduk di rumah sahaja. Boleh keluar rumah kalau nak buat perkara yang penting sahaja.  So untuk sambut birthday Dak Zafirah yang bukan kategori essential ni pun buat di rumah sendiri dan dengan keluarga sendiri sahajalah. Kami ok je. Asalkan ada sambut.


Untuk membeli barang  sambutan harijadi Dak Zafirah seperti deco, kek dan hadiah, Kimchi jealah yang pergi beli sorang-sorang. Dia beli semuanya di Setia City Mall.



Since celebrate among family sendiri je, Kimchi belilah hadiah yang agak grand sedikit untuk Dak Zafirah. Lagi satu boleh belikan hadiah mahal sedikit sebab tak spend lebih untuk kek. Tak beli one whole cake. Beli kek besar-besar nanti at the end mak nya yang kena perabihkan. Tak akan buang sebab saya sejenis sangat sayang dengan makanan. Tak apalah tambah calory pun asal jangan buang. So, beli empat slice yang berlainan flavor. Pastu, tambah lagi beli mini cheese tart di Hokaido.



Hadiah yang grand tu adalah set mainan Sylvania Family. Dak Zafran dan Dak Zayden pun ada dibelikan hadiah jugak. Dak Zafran dapat storybook cartoon kegemarannya iaitu Rodblox. Dia sendiri yang request hadiah buku cartoon tu. Dak Zayden dapat robot. Dan maknya pun dapat hadiah jugak iaitu shopping bag Duck. Haha. Thanks Kimchi.



Walaupun nak sambut sendiri-sendiri je, still set up tempat potong cake dengan hias dengan birthday deco dan etc. Supaya dapat jadikan celebration special dan meaningful walaupun tak dapat sambut dengan ahli keluarga yang lain.. Paling penting Dak Zafirah dan adik-beradiknya happy.


To Dak Zafirah, happy birthday to you. Sayang Dak Zafirah so much. Hopefully start nex year dah tak celebrate in MCO lagi dah. Aaminn.

Share this:

CONVERSATION

1 comments: