Sambut Raya PKP tahun kedua berturut-turut
Lagi beberapa hari je lagi bulan Syawal bakal melabuhkan tirai. Saya pulak baru nak up post Raya first. Tak tahu kenapa mood blogging makin lama makin menghilang. Kesan dari kelesuan pandemik mungkin.
Satu lagi tahun ni agak busy dengan kerja. Factory yang saya jaga ada recertification audit oleh CB yang agak berbeda dengan audit biasa. Recert audit ni diadakan tiga tahun sekali. Bila dah kekerapannya hanya tiga tahun sekali boleh imagine lah kan akan detail nya factory akan di audit. Jadi preparation yang nak kena buat pun sangat banyak lah. Factory yang saya jaga pulak ada empat. Haa imagine sibuk tak sibuk nya saya tahun ni.
Tapi suppose itu bukan alasan lah kan untuk terus mengabaikan blog saya kan. Sesibuk mana pun dengan kerja, sepatutnya blog kena sentiasa di update. Paling busuk seminggu sekali jadilah. Blog ni salah satu terapi stress reducer saya kot sebab di blog lah saya dapat menulis ikut bahasa dan style yang saya nak.
Berbalik pada cerita asal, raya tahun ini again kena PKP lagi. Betul betul beberapa hari sebelum raya tu kerajaan announce PKP. Sebelum announce tu adalah fasa PKPB yang masih boleh lagi rentas daerah. Ikut plan asal nak balik PJ untuk beraya bersama-sama dengan keluarga belah saya. Rasalah excited sedikit sebab still ingat dapat sambut raya dengan family godiks
Tapi bila kerajaan umum kena raya tahun ni pun kena sambut dalam PKP, mood excited nak sambut beraya terus jatuh ke laut dalam. Pergh umum tak sampai seminggu sebelum raya tu. Orang kita termasuklah sayalah tu dah shopping raya bagai tiber tak boleh pulak nak buat almost semua aktiviti raya. Hanya boleh beraya di rumah sendiri sahaja pulak tu. Kata kerajaan sebab bilangan kes terlampau tinggi. The thing is sebelum puasa lagi kes dah pun ribu riban. Dah kenapa tak announce sebelum tu lagi.
Takpela. No comment on that. Akur jealah dengan perintah kerajaan. So raya lah lagi dalam PKP buat kali keduanya. Dua tahun berturut-turut tu raya dalam pkp.
Raya PKP untuk tahun keduanya adalah lebih sedih compare last year. Last year still di rumah tapi mak abah didi dan mus ada bersama. Tapi this year hanya dengan family sendiri sahaja. Bila dah raya sendiri juadah raya pun kena prepare sendiri jeala. Perghh nervousnya dah kena sediakan juadah raya sendiri ni. For the first time kot.
Tapi Alhamdulillah nasib baik jadi masakan saya. Saya masak rendang ayam dan kuah kacang. Nasi impit guna yang instant je.
Ikutkan hati nak je balik PJ sebelum lockdown bermula supaya dapat beraya dengan family di PJ bersama-sama. Even nak balik time lockdown pun boleh. Dengar PKP 3.0 tak seketat PKP 1.0. Roadblock pun di tempat tertertu sahaja. Ramai jugaklah yang saya perhati ada yang rentas dan almost semua berjaya rentas tanpa kena kompoun supaya dapat berkumpul di rumah parents mereka,
Tapi saya ikut jealah peritah kerajaan untuk beraya di rumah je. Kita tak usah ikut mereka. Apa-apa tindakan yang nak langgar perintah kerajaan atas risiko sendiri. Kalau jadi apa-apa yang tidak dingini pada kita tapi bukan pada mereka, kita yang kena tanggung sendiri. Depa tak akan tolong kita. Saya set pemikiran macam ni je
Jadi aktiviti raya saya. Bersemangat jea lagi bersiap dan mengenakan busana raya. Nasib baiklah tak shopping sakan sangat. Shopping baju melayu dan tudung raya je. Baju saya dan Dak Zafirah pakai yang baju majlis resepsi mimi last year. Baru sekali pakai je.
Dah siap, sesi bermaaf-maafan dulu dengan pakej dapat duit raya dari Kimchi. Then bervideo call dengan family godiks dan juga mertua. Last sekali sesi bergambar satu family.
Tu jeala aktiviti raya yang mampu dilakukan sebab boleh duduk di rumah jea. Kebetulan pulak Dak Zayden pun demam. Lagilah melepek je Dak Zayden.Duk terbaring jela saya satu hari sambal layan Netflix. Dak Zayden pun macam tau tau je raya ni takde pergi mana-mana.
Sy setiap tahun raya bersama family.. I mean mmg stay dgn family.. kami adik-beradik pun tiada yg berkahwin.. so mmg tak terasa sgat.. tetapi sy faham sgat sbb sedih bila tak dapat beraya mcm dulu..
ReplyDeleteTahun nie sy excited juga sbnarnya sebab nak masuk ke fasa baru.. Tetapi mungkin belum masanya lagi kot.. Bila kena announce PKP tu mmg sedih juga.. Apapun take care and stay safe kak.. Semoga tahun nie tahun terakhir kita beraya PKP..
Tahun kedua juga tak dapat nak balik kampung .
ReplyDeleteSalam aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tak dapat balik kampung janji semua orang sihat
ReplyDelete