28 June 2021

Berbuka Puasa di Première Hotel, Klang Beberapa Hari Sebelum PKP 3.0 Dilaksana

Beberapa hari sebelum ni kerajaan umumkan PKP 3.0, sempatlah berbuka puasa di luar beberapa kali. Tak adalah buka puasa tahun ini hanya di rumah sahaja seperti tahun lepas.



Salah satu tempat saya berbuka puasa di di Premiere Hotel. Hotel ini menghidangkan buffet untuk buka puasa. Ada kena patuh SOP sebab masih dalam PKP tapi hanya dilonggarkan sedikit.

SOP yang kena dipatuhi oleh pengunjung macam biasa kena scan My Sejahtera, cek suhu dan kena pakai sarung tangan.


 


Walaupun ada SOP, tapi kenalah jaga-jaga. Walaupuun jarak antara meja agak jauh-jauh, tapi ruang di tempat buffet agak sempit. Jarak social boleh jadi kurang 1m kalau semuanya one short ambil makanan. Sebab tu kalau saya, saya suka ambil makanan semasa dah masuk waktu berbuka. Time ni dah tak crowded di tempat buffet.


Makanan yang ada untuk buffet Ramadhan agak banyak jenis. Ada bakar-bakar, ada western food seperti pizza dan spaghetti. Dessert pun pelbagai jenis. Ada ABC, lauk-pauk. Lauk  raya pun ada macam lemang dan banyak lagi. Yang bestnya kalau nak spaghethi akan diberikan panas-panas. Satu lagi siap ada durian tu yang dikopek depan kita.Memang sedap semua makanan buffet di Premiere. 

Apam balik station


pasta station

 
Soup counter

Pudding roti


 My favourite corner; dessert corner






Facility pun ok. Ada tempat solat yang luas. Yang slacknya tempat parking. Nak masuk tempat parking kena guna kad Touch & Go. Ada je kat tempat masuk gantung banner yang beritahu kena guna Touch & Go. Tapi tahulakan budaya membaca rakyat Malaysia agak ranking yang ke belakang sedikit. Ramai tak baca atau tak perasan atau etc. Jadi problematic la untuk yang tak baca, tak ada kad pulak. Bila dah sampai ke ticket machine, tak boleh nak masuk. Kena reverse. Sebab kejadian ni jem kat tempat nak masuk parking. Habis masa puluhan minit kat sini je.


Itu jealah yang tak ok. Yang lain terutamannya makanan dan tempat solat, sangat ok. Boleh repeat lagi tahun depan kalau tak lockdown. Kalau lockdown, berbuka di rumah ajolah.

24 June 2021

Buat Kek Pisang Simple Guna Blender dan Air Fryer

Bila Kimchi beli pisang seikat. Pisangnya besau-besau pulak tu. Dan yang makannya tiga orang nya, maka banyaklah pisang tak termakan jadi lembek. Sebelum jadi tak elok, cepat-cepatlah simpan dalam peti ais. Lembek time tak free. Time dah free baru akan buat something dengan pisang-pisang ni.

Sementara tunggu masa free tu, fikir apa yang boleh dibuat dengan pisang yang almost nak lembek ni. First yang terlintas dalam kepala tak lain tak bukan cekodoklah. Ok akan buat cekodok dengan pisang-pisang ni. Then dapat idea nak buat kek pisang time main FB. 


 

Saya ada join group air fryer. Search cara buat kek pisang di group ni. Then ada keluar cara buat kek pisang guna air fryer. Resipe yang saya jumpa ni sangat senang. Boleh guna air fryer. Pastu almost semua bahan campak dalam blender dan kisar. Bila dah jumpa resipe yang senang dan sangat menjimatkan masa. Tak renyah bagai. Apalagi first save dulu recipe. Second buat bila masa free dah tiba. Haha.

Ni pulak boleh dipanggil burnt banana cake. Ok tanpa membuang masa, saya share recipe kek pisang guna air fryer dan blender.

 Pisang 3-4 biji
Telur 2biji
Gula 1/2 cawan
Minyak 1/2 cawan
Esen vanilla 1/2 sudu teh- (saya guna cinnamon ground)
Blend bahan atas 👆🏻


Tepung 1 1/2 cawan (seeloknya ayak dulu tapi saya malesss)
Baking powder 1 sudu teh
Soda birkabonat 1/2 sudu teh



kacau sebati bahan atas dengan bahan blend tadi
Sediakan loyang dan sapu rata marjerin. Ni cara resipe asal. Kalau saya guna baking paper macam dalam gambar saya share.
Tuang bahan kacau tadi. Cover loyang dengan aluminium foil
Dan mula panaskan dlm air fryer dgn suhu 160 selama 30-40minit(ni setting recipe asal. Kalau air fryer saya kena tambah dalam 20 minit lagi)
Dah siap! boleh cucuk guna lidi nk tahu dlm dah masak ke belum,kalau belum boleh tmbh 10minit lg 

 

Ni first time buat kek pisang guna air fryer. Belum dapat tune untuk dapatkan masa dan temperature yang sesuai. Sebab tu dalam gambar, rupa kek pisang macam nak terbakar sikit tu. Ala tak apalah gelap sedikit rupanya. Ala-ala rupa burnt cheese cake gitu. Tapi rasa sedap weyh. serius sedap.Dak Zayden pun suka. Takpe kalau ada pisang yang boleh nak buat kek pisang lagi, boleh buat lagi. Dan akan lebih better dari segi rupanya. Practice make perfect la katakan. Hehe.

 
Dak Zayden makan kek pisang yang dikerat kecik kecik dengan penuh semangat



16 June 2021

Sweet & Special Third Birthday Celebration During MCO For Adorable Daughter, Alyaa Zafirah

Untuk hari jadi Dak Zafirah yang ketiga tahun, sambut dalam PKP lagi. Dah tahun kedua berturut-turut. Tapi last year, tak silap dalam PKPB. Sebab tengok gambar birthday Zafirah last year ada sambut dengan sekali family belah saya di PJ. Maknanya time tu boleh rentas daerah dan aktiviti ziarah dibenarkan.


Baru last year jea pun. Dah tak ingat dah celebrate birthday Dak Zafirah dalam fasa PKPB ke PKPP ke PP apa. Banyak sangat bertukar fasa lockdown ni. Kejap ketatkan. Kejap longgar. Pastu patah balik ketat. Dah lost track dah. Yang confirm bukan time PKP la. 


 


Birthday Zafirah tahun ni jatuh time PKP 3.0. PKP 3.0 ni actually taklah seketat seperti PKP 1.0. Tapi still kena duduk di rumah sahaja. Boleh keluar rumah kalau nak buat perkara yang penting sahaja.  So untuk sambut birthday Dak Zafirah yang bukan kategori essential ni pun buat di rumah sendiri dan dengan keluarga sendiri sahajalah. Kami ok je. Asalkan ada sambut.


Untuk membeli barang  sambutan harijadi Dak Zafirah seperti deco, kek dan hadiah, Kimchi jealah yang pergi beli sorang-sorang. Dia beli semuanya di Setia City Mall.



Since celebrate among family sendiri je, Kimchi belilah hadiah yang agak grand sedikit untuk Dak Zafirah. Lagi satu boleh belikan hadiah mahal sedikit sebab tak spend lebih untuk kek. Tak beli one whole cake. Beli kek besar-besar nanti at the end mak nya yang kena perabihkan. Tak akan buang sebab saya sejenis sangat sayang dengan makanan. Tak apalah tambah calory pun asal jangan buang. So, beli empat slice yang berlainan flavor. Pastu, tambah lagi beli mini cheese tart di Hokaido.



Hadiah yang grand tu adalah set mainan Sylvania Family. Dak Zafran dan Dak Zayden pun ada dibelikan hadiah jugak. Dak Zafran dapat storybook cartoon kegemarannya iaitu Rodblox. Dia sendiri yang request hadiah buku cartoon tu. Dak Zayden dapat robot. Dan maknya pun dapat hadiah jugak iaitu shopping bag Duck. Haha. Thanks Kimchi.



Walaupun nak sambut sendiri-sendiri je, still set up tempat potong cake dengan hias dengan birthday deco dan etc. Supaya dapat jadikan celebration special dan meaningful walaupun tak dapat sambut dengan ahli keluarga yang lain.. Paling penting Dak Zafirah dan adik-beradiknya happy.


To Dak Zafirah, happy birthday to you. Sayang Dak Zafirah so much. Hopefully start nex year dah tak celebrate in MCO lagi dah. Aaminn.

8 June 2021

Sambut Raya PKP tahun kedua berturut-turut

 Lagi beberapa hari je lagi bulan Syawal bakal melabuhkan tirai. Saya pulak baru nak up post Raya first. Tak tahu kenapa mood blogging makin lama makin menghilang. Kesan dari kelesuan pandemik mungkin.

Satu lagi tahun ni agak busy dengan kerja. Factory yang saya jaga ada recertification audit oleh CB yang agak berbeda dengan audit biasa. Recert audit ni diadakan tiga tahun sekali. Bila dah kekerapannya hanya tiga tahun sekali boleh imagine lah kan akan detail nya factory akan di audit.  Jadi preparation yang nak kena buat pun sangat banyak lah. Factory yang saya jaga pulak ada empat. Haa imagine sibuk tak sibuk nya saya tahun ni.

 


Tapi suppose itu bukan alasan lah kan untuk terus mengabaikan blog saya kan. Sesibuk mana pun dengan kerja, sepatutnya blog kena sentiasa di update. Paling busuk seminggu sekali jadilah. Blog ni salah satu terapi stress reducer saya kot sebab di blog lah saya dapat menulis ikut bahasa dan style yang saya nak.


 


Berbalik pada cerita asal, raya tahun ini again kena PKP lagi. Betul betul beberapa hari sebelum raya tu kerajaan announce PKP. Sebelum announce tu adalah fasa PKPB yang masih boleh lagi rentas daerah. Ikut plan asal nak balik PJ untuk beraya bersama-sama dengan keluarga belah saya. Rasalah excited sedikit sebab still ingat dapat sambut raya dengan family godiks

Tapi bila kerajaan umum kena raya tahun ni pun kena sambut dalam PKP, mood excited nak sambut beraya terus jatuh ke laut dalam. Pergh umum tak sampai seminggu sebelum raya tu. Orang kita termasuklah sayalah tu dah shopping raya bagai tiber tak boleh pulak nak buat almost semua aktiviti raya. Hanya boleh beraya di rumah sendiri sahaja pulak tu. Kata kerajaan sebab bilangan kes terlampau tinggi. The thing is sebelum puasa lagi kes dah pun ribu riban. Dah kenapa tak announce sebelum tu lagi.

Takpela. No comment on that. Akur jealah dengan perintah kerajaan. So raya lah lagi dalam PKP buat kali keduanya. Dua tahun berturut-turut tu raya dalam pkp.

Raya PKP untuk tahun keduanya adalah lebih sedih compare last year. Last year still di rumah tapi mak abah didi dan mus ada bersama. Tapi this year hanya dengan family sendiri sahaja. Bila dah raya sendiri juadah raya pun kena prepare sendiri jeala. Perghh nervousnya dah kena sediakan juadah raya sendiri ni. For the first time kot.


Tapi Alhamdulillah nasib baik jadi masakan saya. Saya masak rendang ayam dan kuah kacang. Nasi impit guna yang instant je.


 


Ikutkan hati nak je balik PJ sebelum lockdown bermula supaya dapat beraya dengan family di PJ bersama-sama. Even nak balik time lockdown pun boleh. Dengar PKP 3.0 tak seketat PKP 1.0. Roadblock pun di tempat tertertu sahaja. Ramai jugaklah yang saya perhati ada yang rentas dan almost semua berjaya rentas tanpa kena kompoun supaya dapat berkumpul di rumah parents mereka,
Tapi saya ikut jealah peritah kerajaan untuk beraya di rumah je. Kita tak usah ikut mereka. Apa-apa tindakan yang nak langgar perintah kerajaan atas risiko sendiri. Kalau jadi apa-apa yang tidak dingini pada kita tapi bukan pada mereka, kita yang kena tanggung sendiri. Depa tak akan tolong kita. Saya set pemikiran macam ni je


Jadi aktiviti raya saya. Bersemangat jea lagi bersiap dan mengenakan busana raya. Nasib baiklah tak shopping sakan sangat. Shopping baju melayu dan tudung raya je. Baju saya dan Dak Zafirah pakai yang baju majlis resepsi mimi last year. Baru sekali pakai je.


Dah siap, sesi bermaaf-maafan dulu dengan pakej dapat duit raya dari Kimchi. Then bervideo call dengan family godiks dan juga mertua. Last sekali sesi bergambar satu family.



 


Tu jeala aktiviti raya yang mampu dilakukan sebab boleh duduk di rumah jea. Kebetulan pulak Dak Zayden pun demam. Lagilah melepek je Dak Zayden.Duk terbaring jela saya satu hari sambal layan Netflix.  Dak Zayden pun macam tau tau je raya ni takde pergi mana-mana. 

Dak Zayden demam pulak


Hopefully tahun ini adalah tahun terakhir beraya dalam PKP dan mula tahun depan dah kembali sambut raya seperti biasa. Sedih pulak raya macam tak serupa raya ni. Huhu.