First Staycation in 2021 at Le Meridien, Putrajaya

Aktiviti leisure & travel tahun 2021 pun agak slow macam tahun 2020. Terpaksa slow down aktiviti travel due to Covid-19 belum redha lagi. Rentas negeri pun tak dibenarkan lagi. So, apa je aktiviti travel yang boleh dilakukan kalau boleh jalan-jalan dalam negeri je.


Actually, vaksin dah ada. Tapi keutamaan diberikan kepada frontliner. Yang tak frontliner macam iolss dijangkakan akan dapat pada penghujung tahun ini.



Since dijangka dapat vaksin akhir tahun ni, so assume rentas negeri pun samala kot. Akhir tahun jugaklah boleh rentas negeri. Meaning sampai akhir tahun jugaklah baru boleh nak jalan-jalan ke negeri lain.


 
Menikmati English Tea di Coffee Corner

Nak tak nak, buat jealah aktiviti travel & leisure di dalam negeri. Minat dengan travelling mendalam sangat kan. Satu lagi ktiviti travelling jugak salah satu cara dapat boost good mood dalam diri. So, proceed je buat aktiviti travel & leisure dalam negeri.


Akhir tahun lepas, bawak tiga ketul pi tengok burung di Bird Park. So kali ni bawa staycation di Le Meridien Putrajaya. Kenapa pilih Le Meridiren. Banyak sebabnya weyhh.


First swimming pool dibuka untuk pengunjung tapi ada limit. Boleh booking satu slot je sehari. Satu slot hanya setengah jam dan max 10 pax sahaja. Saya booking pada pukul 7:30pm. Seronok betul budak-budak dapat mandi kolam. Sebab lama sangat kan tak menginap di hotel.

 





Second hotel ni connect dengan IOI Shopping Mall. Anytime jea boleh nak pi shopping mall. Kami memang shopping Raya teruslah. Awal betul shopping raya. Padahal bulan Ramadhan pun tak masuk lagi. Dan raya pun tak tentu boleh balik kampung Kimi ke tak di Perak. Eh tak kisahlah. Boleh rentas negeri ke tak tu belakang cerita. Anak-anak tetap kena well dress time Raya. Shopping macam awal sangat, kami memang style macamni. Shopping raya betul-betul sebelum bulan puasa. Tak larat nak shopping time puasa.


Untuk makan di Le Meridien, kami pilih dinner buffet instead of breakfast buffet. Nak kelainan kali ni. Selalu asal menginap hotel, mesti pilih breakfast buffet je kan.  Kali ni dinner buffet. Memang tak salah pilihan weolss. Banyak pilihan makanan dinner buffetnya. Semua cuisine concept ada. Malay, western, Indian dan Japanese pun ada jugak. Dessert pun sangat banyak pilihan. Rasa semuanya sedap.








Owh lupa nak cerita pasal bilik. Biliknya perghh. Sangat luas. Katil yang tilamya sangat empuk. Paling penting iron dan iron board ada tau. Tak perlu susah-susah nak request dari receiptionist. Bilik air pulak ada shower dan juga bathtub. Budak-budak tak puas lagi mandi di swimming pool, sambung mandi di bathtub dalam bilik air pulak.








 

 

Memang best staycation di Le Meridien. Sangat dapat boost good mood. Paling penting tiga ketul sangat happy. Bila nak repeat lagi aktiviti macamni lagi. InsyaAllah maybe after raya kot. Dengan godiks. Tapi dalam negeri jugakla kot kalau rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Tak apa, boleh tak tidak. Sentiasa ad acara untuk buat aktiviti trave dan leisure. Hehe

Share this:

CONVERSATION

5 comments: