31 March 2021

First Staycation in 2021 at Le Meridien, Putrajaya

Aktiviti leisure & travel tahun 2021 pun agak slow macam tahun 2020. Terpaksa slow down aktiviti travel due to Covid-19 belum redha lagi. Rentas negeri pun tak dibenarkan lagi. So, apa je aktiviti travel yang boleh dilakukan kalau boleh jalan-jalan dalam negeri je.


Actually, vaksin dah ada. Tapi keutamaan diberikan kepada frontliner. Yang tak frontliner macam iolss dijangkakan akan dapat pada penghujung tahun ini.



Since dijangka dapat vaksin akhir tahun ni, so assume rentas negeri pun samala kot. Akhir tahun jugaklah boleh rentas negeri. Meaning sampai akhir tahun jugaklah baru boleh nak jalan-jalan ke negeri lain.


 
Menikmati English Tea di Coffee Corner

Nak tak nak, buat jealah aktiviti travel & leisure di dalam negeri. Minat dengan travelling mendalam sangat kan. Satu lagi ktiviti travelling jugak salah satu cara dapat boost good mood dalam diri. So, proceed je buat aktiviti travel & leisure dalam negeri.


Akhir tahun lepas, bawak tiga ketul pi tengok burung di Bird Park. So kali ni bawa staycation di Le Meridien Putrajaya. Kenapa pilih Le Meridiren. Banyak sebabnya weyhh.


First swimming pool dibuka untuk pengunjung tapi ada limit. Boleh booking satu slot je sehari. Satu slot hanya setengah jam dan max 10 pax sahaja. Saya booking pada pukul 7:30pm. Seronok betul budak-budak dapat mandi kolam. Sebab lama sangat kan tak menginap di hotel.

 





Second hotel ni connect dengan IOI Shopping Mall. Anytime jea boleh nak pi shopping mall. Kami memang shopping Raya teruslah. Awal betul shopping raya. Padahal bulan Ramadhan pun tak masuk lagi. Dan raya pun tak tentu boleh balik kampung Kimi ke tak di Perak. Eh tak kisahlah. Boleh rentas negeri ke tak tu belakang cerita. Anak-anak tetap kena well dress time Raya. Shopping macam awal sangat, kami memang style macamni. Shopping raya betul-betul sebelum bulan puasa. Tak larat nak shopping time puasa.


Untuk makan di Le Meridien, kami pilih dinner buffet instead of breakfast buffet. Nak kelainan kali ni. Selalu asal menginap hotel, mesti pilih breakfast buffet je kan.  Kali ni dinner buffet. Memang tak salah pilihan weolss. Banyak pilihan makanan dinner buffetnya. Semua cuisine concept ada. Malay, western, Indian dan Japanese pun ada jugak. Dessert pun sangat banyak pilihan. Rasa semuanya sedap.








Owh lupa nak cerita pasal bilik. Biliknya perghh. Sangat luas. Katil yang tilamya sangat empuk. Paling penting iron dan iron board ada tau. Tak perlu susah-susah nak request dari receiptionist. Bilik air pulak ada shower dan juga bathtub. Budak-budak tak puas lagi mandi di swimming pool, sambung mandi di bathtub dalam bilik air pulak.








 

 

Memang best staycation di Le Meridien. Sangat dapat boost good mood. Paling penting tiga ketul sangat happy. Bila nak repeat lagi aktiviti macamni lagi. InsyaAllah maybe after raya kot. Dengan godiks. Tapi dalam negeri jugakla kot kalau rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Tak apa, boleh tak tidak. Sentiasa ad acara untuk buat aktiviti trave dan leisure. Hehe

30 March 2021

Menang Birthday Giveaway By Eksplorasilea


Alhamdulillah..Saya menang wang tunai RM30 dari  Birthday Giveaway By Eksplorasilea yang dianjurkan oleh blogger Lea.

 

Sponsor dah transfer RM30 


To Blogger Lea, terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Semoga blogger Lea sentiasa dimurahkan rezeki. Hope saya menang giveaway lagi.hehe.

11 March 2021

My Third Child First Birthday & 8th Wedding Annivesary Celebration With Godiks At Setenhen 118 Cafe, Eco Grandeur

My third child birthday which is Aqil Zayden sama tarikh ulang tahun perkahwinan saya dan Kimchi. Sangat cantik timing Dak Zayden keluar ke muka bumi kan. Dapat menjimatkan duit mama papaya sebab boleh sambut sekali. Yeala  dia pun lahir time betul-betul sebelum pelaksanaan PKP 1.0. Jadi dari dalam perut lagi Dak Zayden dah tunjuk bijak dalam pengurusan ekonomi. Haha. Pebendalah maknya merepek ni.


Decide untuk buat double celebration dua hari awal. Sebabnya time ni boleh Godiks join sekali. Kalau nak jugak sambut pada tarikh yang betulnya, mampu sambut di rumah je. First sebab tarikh adalah pada hari kerja. Second setakat kami berlima better sambut di rumah jea.


Since sambutan ni agak special sebab sambut double celebration dan my beloved godiks family, nak pilih makan yang best. Keluar duit sedikit pun tak apa.



Plan asal nak makan di Gula Cakery. Tapi bila sampai in waiting list pulak. Gula Cakery tak boleh book. Kena walk in. Depan kami ada keluarga tunggu untuk dapat tempat. 



Dekat eco world banyak café lain selain Gula Cakery. So survey lain yang ada di situ. Tapi kebanyakkannya penuh untuk indoor. Seat outdoor ada lah. Tapi rasanya tak sesuai nak duduk luar dengan cuaca panas terik. Dengan tiga ketul lagi. Kena cari indoor jugak supaya tiga ketul maintain in good mood.



Cari punya cari. Akhirnya café di sebelah Gula Cakery ada seat banyak kosong di dalamnya. Seat yang best lagi sebab ada sofa. Menu pun not bad. Saya dan tiga godiks order Chicken Chop. Abah, Mus dan Kimchi order lamb chop. Untuk tiga ketul order lempeng dan Indomee with Hotdog. Untuk drinks, saya order Caramel Mocchiato. Mak order cappuccino. Didi order Hazelnut latte


 
Indomee with Hotdog

 
Grilled Chicken

 
grilled Lamb

Dah order makanan, pergi balik ke Gula Cakery untuk beli cake. Nak sambut birthday Dak Zayden kan. Kenalah ada cake. Masuk je Gula Cakery. Wah rambang mata. Sangat menguji iman tengok pilihan cake yang ada di situ. Cake nya tak jumpa di kedai lain dan sangat nampak sedap. Saya order Crepe dan Cheesecake. Rasa macam nak order lagi. Tapi tahanlah godaan ni. Next time datangla lagi untuk try makan cake jenis lain. Bukannya jauh pun dari rumah. Hehe


 
Nutella Mousse Crepe Cake

 
Biscoff Cheesecake

Cakenya perghhh sangat sedap dan tak manis . Tetap rasa creamy walaupun tak manis. Mak pun suka sebab mak tak suka manis.

Chicken Chop di situ sangat sedap. Gravy pun sedap. Lamb chop pun sedap. Tak liat langsung. Indomee untuk Zafran dan Zayden diasingkan sambalnya. So tak pedas dan dua ketul sangat suka makan indomee. Hotdog dapat dua ketul dan sangat besar.

Rasa best betul berkumpul dengan keluarga tersayang. Boleh repeat aktiviti ni lagi. Anyway to Dak Zayden Happy First Birthday to u. Sayang Dak Zayden sangat-sangat. To pakchik Kimchi, Happy Wedding Annivesary.

3 March 2021

Birthday Giveaway by Eksplorasilea

 

 

Click above banner to join GA

GA ends on 22/3/2021