31 December 2020

Akhiri tahun pandemik Covid-19 dengan bawa anak-anak ke KL Bird Park

Cuti krismas baru-baru ni, bersambung sabtu dan ahad. Jadi ada straight cuti tiga hari. Mula-mula taka da plan nak pergi mana-mana. Just nak duduk rumah jea. Walaupun rentas negeri dah dibenarkan oleh kerajaan, tapi gelombang Covid-19 ni tak makin elok. Makin teruk adalah. 


 

Kerajaan decide tak buat macam ni sebab nak gerakkan ekonomi balik. Katanyalah. Tak naklah komen decision kerajaan ni sebab saya bukan pakar hal perihalan ni.

 


So, decide duduk rumah ajelah sebab rasa tak selamat lagi. Tapi bila tengok orang lain ligat berjalan, balik kampong lagilah. Rasa macam sampai bilalah tak nak pergi jalan-jalan. Kesian dekat anak-anak jea. Saya ni nasib baiklah shopping mall belakang ofis jea. Rasa nak me time sekejap. Pergilah kejap time lunch hour. Kalau budak-budak. Tak pergi school/rumah pengasuh/daycare, just balik rumah sahaja. Dah almost setahun macamni.


 

Last-last saya menyuarakan hasrat nak bawa budak-budak pergi jalan kepada Kimchi. First plan nak bawak pergi Zoo Negara. Pikir punya pikir. Zoo negara ni macam besar sangat. Dak Zayden pulak tengah mengembangkan lagi sel-sel otak dia. Which dia langsung tak mau duduk dalam stroller. Nak berdukung jea. Kalau nak dukung Zayden sepanjang berjalan di Zoo Negara, mau esoknya koma. Haha #kidding.



Cancel pi Zoo negara. Tukar ke Bird Park. Walaupun decide nak berjalan tapi still yang tak memerlukan meluangkan masa di luar dan cuba meminumkan sehabis baik contact di luar. Jadi Bird Park adalah pilihan terbaik. Sebabnya tak jauh dari rumah iaitu sejam lebih sahaja perjalanan. Bila dekat je, maknanya tak perlulak fikir nak solat, lunch dan even pergi toilet di luar. Semuanya boleh buat bila dah rumah.

 


Yup, sampai bird park dala pukul 10 pagi. Habis tawaf Bird Park pukul 1 lebih. Tak ada jalan-jalan laju pun. Cover semua tempat dan siap dapat tengok Bird Show lagi. Shopping souveniar pun. Yeala Bird Park tak lah sebesar Zoo Negara tapi still best.


 

Yup memang best sebab budak-budak especially Zafran dan Zafirah enjoy sangat jalan-jalan di Bird Park. Dak Zafirah tengok burung merpati di rumah pun dan excited. Ini kan pulak tengok burung pelbagai jenis species. 


 

Dak Zayden pun pandai jugak tengok haiwan. Meliar-liar matanya bila ternampak burung-burung yang ada di situ. Tak nak sangatlah nak pandang kamera time bergambar. Dak Zayden tak mau duduk stroller. Kena dukung mengunakan baby carrier. Nasib baiklah ada baby carrier. Tapi still rasa nak tercabutlah bahu sebab banyak kena naik bukit di Bird Park. Kimchi pulak kena tolak stoller yang Dak Zafiran duduk.


 

Burung-burung yang ada di situ ada banyak species dan sangat sihat. Ada burung yang common dan ada juga yang rare. Ada burung-burung seperti peacock dibiarkan bebas berkeliaran tanpa dikurung dalam sangkar. Tapi pengunjung dinasihatkan sentuhlah burung-burung  yang bebas berkeliaran. Takut jadi badmood. Hehe.


 

Kalau nak yang boleh beri makanan kepada parrot ada tempat indoor. Burung parrot sangat jinak. Kalau ada jea makanan(yang disediakan di situ) pada kita, terus parrot datang hinggap dan makan makanan yang kita pegang tu. Dapatlah bergambar dengan parrot secara dekat.


 

Persembahan burung pula adalah persembahan parrot. Macam-macam aksi dilakukan oleh parrot. Antaranya magic show, main basket ball dan macam-macam lagi. Dak Zafran seronok tengok Bird Show. Dia dah pandai tengok kan.

Makan dulu

Harga tiket tak mahal pun just dewasa RM24. Kanak-kanak pulak RM12. Bawah 3 tahun free. Dak Zafirah dan Dak Zayden tak perlu bayar.


 

Since makanan dan minuman tak boleh bawa masuk, kena beli yang dijual di Bird park. Harga memang double dari yang biasa.


 

Overall, Bird Park sangat seronok untuk budak-budak. Budak-budak seronok, mak pak jadi lagi seronok bila tengok anak-anak happy. Boleh repeat pergi ke Bird Park bila Zayden dah besar sedikit. Tahun pandemik yang banyak beri impak(almost all negative) kepada hampir semua orang dapatlah diakhiri dengan kenangan manis dengan pergi ke Bird Park bersama-sama keluarga tersayang.

 

28 December 2020

CC Cream Dengan SPF50 Yang Tak Berminyak, Tak Melekit & Senang Diguna│ Hansaegee Nature

 

Tiga tahun lepas umur saya menginjak fasa 3 series. Sekarang menuju ke fasa 4series pulak. Masa sangat berlalu dengan pantas sekarang ni. Sedar-sedar tengok-tengok masuk umur 40 tahun dah.

Tahula kan umur 4 series ni kulit wajah mula hilang keanjalan. Bila dah hilang keanjalan, mulahlah naik kedut-kedut halus pada kulit wajah. Jadi saya yang tunggu masa nak masuk umur 4 series ni, kenalah buat sesuatu pada kulit wajah supaya apabila umur meningkat, untuk melambatkan proses penuaan pada kulit wajah.

Cara saya supaya dapat melindungi kulit wajah daripada penuaan adalah dengan mengunakan Gold Nano CC Cream. Ini kerana Gold Nano CC Cream mengandungi mineral water dan Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract yang membantu mengekalkan keanjalan pada kulit wajah.


 

Yang bestnya, Gold Nano CC Cream ni bukan sahaja boleh melindungi kulit wajah dari kedutan, cream ini juga mempunyai fungsi perlindungan daripada matahari kerana mengandungi SPF 50.

Sunscreen ini juga membantu mengimbangi dan memperbaiki tona kulit secara semula jadi dan menjadikan kulit semakin licin dan tidak berminyak.

CC Cream ini mampu memberi banyak kebaikan dan mempunyai banyak fungsi kerana diperbuat daripada tiga bahan UTAMA iaitu

🌼“Mineral Water” – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit

🌼“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” - anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah

🌼“Nano Gold” – mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksida yang tinggi 

Haa..Bagi mereka yang suka memakai makeup, CC Cream boleh dijadikan sebagai makeup primer tanpa sebarang foundation. Warna makeup akan lebih menyerlah, cantik dan tahan lama kerana make up lebih pigmented jika dibandingkan anda tidak menggunakan CC Cream ni. 

 


Yang suka mengenakan make up tipis-tipis atau simple pula, just pakai je CC Cream ni sebagai satu makeup base pun boleh. Still nampak natural and the same time flawless. Tak payah susah-susah nak beli foundation kerana CC Cream juga boleh memberi fungsi foundation. Awesome kan cream ni.

 

Perbezaan kulit wajah antara mengenakan CC Cream dan tanpa CC Cream. Sangat berbeza kan. Kulit wajah yang disapu CC Cream sangat glowing.

Cara nak pakai CC Cream ni, tak susah mana. Pakai sahaja seperti krim-krim lain iaitu sapu pada muka menggunakan jari (selepas basuh muka dengan bersih) dan ratakan ke seluruh kulit wajah. Tak perlukan sebarang foundation, boleh terus letak bedak compact dan sebarang make up yang lain.

 

 Calit pada muka

 


 

Dah calit pada seluruh kulit wajah, then sapu sehingga rata.

 

CC Cream ni memang berwarna putih. Tapi CC Cream ni akan bertukar mengikut warna kulit korang selepas sapukan dengan rata pada kulit wajah. Tona kulit akan lebih sekata dan tidak bercapuk even berpeluh-peluh pada muka. Masalah kulit berminyak juga pun tidak akan jadi masalah malah memberikan kesan glowing lepas apply CC Cream. Uishh hebat betul CC Cream ni.


 

Dan selalunya kan krim foundation atau krim primier inikan ada colour code. Yang kita kena pilih bases on warna kulit kita. Nak kena try calit-calit di kulit tangan nak tengok untuk pilih code yang sesuai dengan kulit kita. Kadang-kadang boleh pulak bila dah beli, tak sesuai pulak. Sangat merumitkan dan time consuming. Tapi tidak pada Hansaegee Nature CC Cream. Sebabnya CC cream ada satu warna yang boleh fit untuk apa jua warna kulit. Mudah kan.

 


Bila CC Cream blend dengan kulit kita, terus bertukar warna supaya match dengan warna kulit kita menjadikan kulit lebih cerah dan at the same time mengekalkan natural look. Best kan.

 



 

Berminat nak dapatkan CC Cream ni, boleh order online sahaja. Senang kan nak nak beli produk ni lagi-lagi time musim Covid-19. Tak payah susah susah nak keluar shopping.

Just lawat di website Hansaegee Nature, dan order di situ. Tak perlu keluar shopping. WhatsApp Chat service & Live Chat service semuanya ada di website ini. Akan ada customer servive yang akan membantu menjawab segala pertanyaan dan memberikan nasihat berkenaan kulit wajah. Senang dan cepatkan.

Sapu CC Cream, then pakai eyeliner dan lipbalm, terus dah boleh ready keluar dengan confidentnya. Tak perlu mengenakan solekan lain dah. Ada tumbuh jerawat pun tak heran. Sebab CC Cream menjadikan kulit wajah menjadi glowing.

Haa..Yang bestnya. Setiap pembelian Hansaegee Nature, dapat free gift. Beli apa-apa jenis produk, confirm dapat free gift. Free gift yang best best pulak tu.

Jadi jika berminat untuk mendapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream  dan juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hansaegee (maklumat syarikat, cara pembelian dan lain-lain) , boleh layari di


 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 

27 December 2020

Majlis Resepsi Mimi & Adi Dalam Fasa PKPP

Agak berdebar jugak dengan majlis resepsi ni. Boleh handle majlis dengan baik ke tak. Saya pulak yang lebih-lebih kan. Pengantin dan keluarga rapat, rilex jea. Bukan apa. Ada anak-anak yang high demand dan ada baby kecil, tak tahulah boleh bersama-sama enjoy the moment ke tak.


 

Tapi alhamduillah, budak tiga ketul sangat beri kerjasama. Agak good mood. Just time di hujung-hujug majlis, semua dah penat. Standard la kan budak dah penat lepas.

Ok nak cerita in details majlis resepsi Mimi & Adi yang boleh dikatakan agak meriah. Maljis ini ada Dj yang jadi pengendali untuk ucapan dan lagu-lagu  dimainkan sepanjang majlis resepsi. Sangat havouc dijadinya bila ada MC ni. MC pulak kawan abang ipar. Yang paling penting setiap 10 minit ingatkan tetamu supaya patuh akan SOP tu.

 




 

Makanan yang dihidangkan untuk tetamu of course nasi dan lauk-lauk wajib. Tambahan makanan pulak pelbagai kuih-muih, bubur. Apam balik pun ada tempah yang boleh buat semasa majlis dan hidangkan panas dan rangup kepada tetamu. Booth ice-cream pun ada jugak. Ice cream yang disediakan adalah buatan sendiri tau. 




 

Nak tambah lagi kemeriahan Majlis Mimi & Adi, Ena siap buat cabutan bertuah untuk keluarga. Actually tetamu pun boleh join. Tapi disebabkan umum pemenang time di hujung majlis, ramai tetamu yang balik. So, kalau yang ada ambil nombor, nombor tu akan diberi kepada keluarga jugak. Time cabutan bertuah, lawak pun ada. Cucu-cucu Mohd Noor semua dapat hadiah. Kalau idok menangis. Sebab dia tak dapat. Sepupunya dapat sebab nombonrnya naik. Last-last bagi ajelah semua dapat hadiah. Haha.



 

Photobooth pun ada. Boleh ambil gambar sebanyak yang boleh pada tempoh yang ditetapkan. Memang kerja bergambar di photobooth sahajalah. Dengan props yang dsediakan pun best-best. Harga boleh tahanlah. Gambarnya not bad. Kalau lebih clear and sharp, lagi bagus.


 
 

 

 

Lupa pulak nak cerita pasal pengantin.Tema baju pengantin adalah tradisional iaitu songket. Cantik sangat design nya. Warna pun cantik iaitu lebih kurang baby blue.   





 

Tamat sahaja majlis resepsi Mimi & Adi, bermakna dah selamat dah segala-galanya pasal hal majlis Mimi ni. Tak ada nak fikir-fikir dah. Berbanding sebelum ni  confirm date, then kena tangguh dan set date baru lagi. Tak ada dah jadi benda ni lagi.

To Mimi & Adi, tak ada nak kata banyak. Just wish semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Malam Berinai Mimi & Adi Dalam Fasa PKPP


Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai. Nombor tahun cantik dah. Suppose banyak perkara yang memorable and unforgetable dilakukan pada tahun 2020. Macam pergi travel ke, apa-apa lah. Tapi banyak duduk rumah adalah.Covid punya pasal. Hopefully cepat-cepatlah berakhir malapetaka global ni.


 

Agak ada sinar sebab vaksin macam dah ada.PM pun dah announce dia nak jadi rakyat Malaysia pertama cuba vaksin Covid ni. Nak gain rakyat Malaysia punya trust.

Walaupun tak ke mana, ada jugaklah something memorable happen in family iaitu Majlis Resepsi Mimi dan Adi. Hampir tak buat dah sebab Covid ni. Just buat yang wajib je. Tapi masa Malaysia hampir berjaya memerangi Covid iaitu masa fasa PKPP yang start  bulan 9, terus cepat-cepat buat Majlis Resepsi Mimi dan Adi yang patuhi SOP.




 

 Semua yang rancang nak buat, semua bagi jadikan. Macam malam berinai, book photobooth, dj, apam balik dan banyak lagi. Jadi meriah sangat majlis resepsi mimi and adi.

Malam sebelum majlis resepsi, buat malam berinai. Lokasinya di pelamin pengantin. Kenalah di tempay cantik sebab ada photographer kot yang capture momen momen malam berinai.




 

Mimi book dua servis inai. Satu untuk pengantin dan satu lagi untuk ahli keluarga yang nak berinai. Hampir semua geng sepupu perempuan yang pakai inai. Dak Zafirah pun pakai inai. Nasib baik bole beri kerjasama. Mood baik kot.

 


Oh yea. Tema baju malam berinai kain batik dan baju kurung kedah. Ala-ala pemakaian opah gitu. Inspirasi dari tema malam berinai Kek Nis. Memang sweet sangat bila semuanya mengenakan busana tema kampung macamni.

 



Siap berinai, sesi bergambar bersama pengantin. Semua tak lepaskan peluang bergambar dengan pengantin. Pada malam berinai jugak, ada buat doa selamat bagi mendapatkan keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT sebelum Majlis Resepsi pada esoknya.