Agak berdebar jugak dengan majlis resepsi ni. Boleh handle majlis dengan baik ke tak. Saya pulak yang lebih-lebih kan. Pengantin dan keluarga rapat, rilex jea. Bukan apa. Ada anak-anak yang high demand dan ada baby kecil, tak tahulah boleh bersama-sama enjoy the moment ke tak.
Tapi alhamduillah, budak tiga ketul sangat beri kerjasama. Agak good mood. Just time di hujung-hujug majlis, semua dah penat. Standard la kan budak dah penat lepas.
Ok nak cerita in details majlis resepsi Mimi & Adi yang boleh dikatakan agak meriah. Maljis ini ada Dj yang jadi pengendali untuk ucapan dan lagu-lagu dimainkan sepanjang majlis resepsi. Sangat havouc dijadinya bila ada MC ni. MC pulak kawan abang ipar. Yang paling penting setiap 10 minit ingatkan tetamu supaya patuh akan SOP tu.
Makanan yang dihidangkan untuk tetamu of course nasi dan lauk-lauk wajib. Tambahan makanan pulak pelbagai kuih-muih, bubur. Apam balik pun ada tempah yang boleh buat semasa majlis dan hidangkan panas dan rangup kepada tetamu. Booth ice-cream pun ada jugak. Ice cream yang disediakan adalah buatan sendiri tau.
Nak tambah lagi kemeriahan Majlis Mimi & Adi, Ena siap buat cabutan bertuah untuk keluarga. Actually tetamu pun boleh join. Tapi disebabkan umum pemenang time di hujung majlis, ramai tetamu yang balik. So, kalau yang ada ambil nombor, nombor tu akan diberi kepada keluarga jugak. Time cabutan bertuah, lawak pun ada. Cucu-cucu Mohd Noor semua dapat hadiah. Kalau idok menangis. Sebab dia tak dapat. Sepupunya dapat sebab nombonrnya naik. Last-last bagi ajelah semua dapat hadiah. Haha.
Photobooth pun ada. Boleh ambil gambar sebanyak yang boleh pada tempoh yang ditetapkan. Memang kerja bergambar di photobooth sahajalah. Dengan props yang dsediakan pun best-best. Harga boleh tahanlah. Gambarnya not bad. Kalau lebih clear and sharp, lagi bagus.
Lupa pulak nak cerita pasal pengantin.Tema baju pengantin adalah tradisional iaitu songket. Cantik sangat design nya. Warna pun cantik iaitu lebih kurang baby blue.
Tamat sahaja majlis resepsi Mimi & Adi, bermakna dah selamat dah segala-galanya pasal hal majlis Mimi ni. Tak ada nak fikir-fikir dah. Berbanding sebelum ni confirm date, then kena tangguh dan set date baru lagi. Tak ada dah jadi benda ni lagi.
To Mimi & Adi, tak ada nak kata banyak. Just wish semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
meriah walaupun kena follow SOP kan
ReplyDeletecantik nya warna songket pengantin
ReplyDelete