31 December 2020

Akhiri tahun pandemik Covid-19 dengan bawa anak-anak ke KL Bird Park

Cuti krismas baru-baru ni, bersambung sabtu dan ahad. Jadi ada straight cuti tiga hari. Mula-mula taka da plan nak pergi mana-mana. Just nak duduk rumah jea. Walaupun rentas negeri dah dibenarkan oleh kerajaan, tapi gelombang Covid-19 ni tak makin elok. Makin teruk adalah. 


 

Kerajaan decide tak buat macam ni sebab nak gerakkan ekonomi balik. Katanyalah. Tak naklah komen decision kerajaan ni sebab saya bukan pakar hal perihalan ni.

 


So, decide duduk rumah ajelah sebab rasa tak selamat lagi. Tapi bila tengok orang lain ligat berjalan, balik kampong lagilah. Rasa macam sampai bilalah tak nak pergi jalan-jalan. Kesian dekat anak-anak jea. Saya ni nasib baiklah shopping mall belakang ofis jea. Rasa nak me time sekejap. Pergilah kejap time lunch hour. Kalau budak-budak. Tak pergi school/rumah pengasuh/daycare, just balik rumah sahaja. Dah almost setahun macamni.


 

Last-last saya menyuarakan hasrat nak bawa budak-budak pergi jalan kepada Kimchi. First plan nak bawak pergi Zoo Negara. Pikir punya pikir. Zoo negara ni macam besar sangat. Dak Zayden pulak tengah mengembangkan lagi sel-sel otak dia. Which dia langsung tak mau duduk dalam stroller. Nak berdukung jea. Kalau nak dukung Zayden sepanjang berjalan di Zoo Negara, mau esoknya koma. Haha #kidding.



Cancel pi Zoo negara. Tukar ke Bird Park. Walaupun decide nak berjalan tapi still yang tak memerlukan meluangkan masa di luar dan cuba meminumkan sehabis baik contact di luar. Jadi Bird Park adalah pilihan terbaik. Sebabnya tak jauh dari rumah iaitu sejam lebih sahaja perjalanan. Bila dekat je, maknanya tak perlulak fikir nak solat, lunch dan even pergi toilet di luar. Semuanya boleh buat bila dah rumah.

 


Yup, sampai bird park dala pukul 10 pagi. Habis tawaf Bird Park pukul 1 lebih. Tak ada jalan-jalan laju pun. Cover semua tempat dan siap dapat tengok Bird Show lagi. Shopping souveniar pun. Yeala Bird Park tak lah sebesar Zoo Negara tapi still best.


 

Yup memang best sebab budak-budak especially Zafran dan Zafirah enjoy sangat jalan-jalan di Bird Park. Dak Zafirah tengok burung merpati di rumah pun dan excited. Ini kan pulak tengok burung pelbagai jenis species. 


 

Dak Zayden pun pandai jugak tengok haiwan. Meliar-liar matanya bila ternampak burung-burung yang ada di situ. Tak nak sangatlah nak pandang kamera time bergambar. Dak Zayden tak mau duduk stroller. Kena dukung mengunakan baby carrier. Nasib baiklah ada baby carrier. Tapi still rasa nak tercabutlah bahu sebab banyak kena naik bukit di Bird Park. Kimchi pulak kena tolak stoller yang Dak Zafiran duduk.


 

Burung-burung yang ada di situ ada banyak species dan sangat sihat. Ada burung yang common dan ada juga yang rare. Ada burung-burung seperti peacock dibiarkan bebas berkeliaran tanpa dikurung dalam sangkar. Tapi pengunjung dinasihatkan sentuhlah burung-burung  yang bebas berkeliaran. Takut jadi badmood. Hehe.


 

Kalau nak yang boleh beri makanan kepada parrot ada tempat indoor. Burung parrot sangat jinak. Kalau ada jea makanan(yang disediakan di situ) pada kita, terus parrot datang hinggap dan makan makanan yang kita pegang tu. Dapatlah bergambar dengan parrot secara dekat.


 

Persembahan burung pula adalah persembahan parrot. Macam-macam aksi dilakukan oleh parrot. Antaranya magic show, main basket ball dan macam-macam lagi. Dak Zafran seronok tengok Bird Show. Dia dah pandai tengok kan.

Makan dulu

Harga tiket tak mahal pun just dewasa RM24. Kanak-kanak pulak RM12. Bawah 3 tahun free. Dak Zafirah dan Dak Zayden tak perlu bayar.


 

Since makanan dan minuman tak boleh bawa masuk, kena beli yang dijual di Bird park. Harga memang double dari yang biasa.


 

Overall, Bird Park sangat seronok untuk budak-budak. Budak-budak seronok, mak pak jadi lagi seronok bila tengok anak-anak happy. Boleh repeat pergi ke Bird Park bila Zayden dah besar sedikit. Tahun pandemik yang banyak beri impak(almost all negative) kepada hampir semua orang dapatlah diakhiri dengan kenangan manis dengan pergi ke Bird Park bersama-sama keluarga tersayang.

 

10 comments: