For the first time sejak Dak Zafran dilahirkan hinggalah tinggal beberapa minggu sahaja nak masuk darjah satu, Dak Zafran dapat menikmati keistimewaan untuk Anak Tawas. Dapatlag set kelengkapan masuk darjah satu.
Tawas ini adalag singkatan untuk Tabung Warisan Anak Selangor. Anak-anak yang dilahirkan di Selangor boleh daftar Tawas. Main privilleage Tawas ini adalah akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM1500 apabila mencapai usia 18 tahun.
Then, ada dengar ada bantuan lain yang anak tawas terima. Antaranya voucher Giant. Tapi Dak Zafran tak ada dapat pulak. Maybe ikut pada kelayakan kot untuk terima bantuan sampingan tu. Tak apa yang penting main bantuan akan terima bila Zafran dah capai umur 18 tahun nanti. Tapi baru ini ada jugak dapat bantuan barangan persekolahan.
Punya susah tau nak layak daftar sebagai anak tawas ni. Ingat pendaftaran tawas ni senang jea since zafran lahir di selangor. Rupanya boleh tahan complicated especially nak dapat tandatangan ketua kampung. Kejap kata nak yang mukim alamat IC ibu which is PJ. Then dah dapatkan, kena reject. Kata nak mukim tempat tinggal sekarang which is Saujana. Nak dapat bantuan RM1500 hadap jealah semua tu.
Tawas sekarang dah tak buka pendaftaran untuk ahli baru dah. Tak tahu apa reason nya. So just Zafran sahajalah ahli Tawas. Dak Zayden dah tak boleh. Dak Zafirah memang confirm tak boleh sebab lahir di KL iaiti di PPUM. Apapun bersyukur sebab bantuan dapat membantu untuk pembiayaan pengajian Zafran pada masa hadapan.
Alhamdulillah rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah... rezeki kan
ReplyDelete