30 November 2020

Starbucks Belanja Chocolate Tuxedo Cake Sempena Hari Jadi

Terasa diri medsos famous sangat bila Starbuck hadiahkan sepotong cake sempena harijadi. Dapat pilih mana-mana kek yang ada kot. Perghh terasa level level Kek Nis.


Ok tampar pipi kiri dan kanan. Perasan bebenor. Setakat follower medsos baru capai 1k, ada hati tu nak sama level Hanis Zalikha. Kau sapa nak sama kan dengan Hanis Zalikha. haha



Memang betul Starbuck beri sepotong cake for free sempenan birthday. Tapi bukan sebab follower ramai, atau famous amos or selibrityla. Starbuck beri percuma kepada pendaftar Starbuck Mobile Apps atau pemegang kad starbuck. 


Ada dua-dua atau salah-satunya memang akan beri kek percuma sempena hari jadi. Email mengatakan boleh redeem akan dihantar pada awal bulan hari jadi seperti di bawah. Kek boleh diredeem sehingga akhir bulan hari jadi.


 

Keknya of courselah sedap. Budak dua ketul lah yang makan sampai habis. Ok, tahun depan pulak redeem birthday cake di Starbuck lagi. hehe.

27 November 2020

Cara Mudah Penjagaan Kulit Wajah Dari Berminyak Akibat Pengunaan Topeng Muka

Menjalani kehidupan dengan normal baru nie, seperti yang kita semua maklum SOP yang kita kena ikut adalah penjarakkan social, kerap basuh dan pemakaian penutup muka. Kena ikut SOP apabila berada di luar rumah.

Then jika ada bekerja di luar rumah, kenalah pakai penutup muka untuk tempoh yang agak lama setiap hari. Kadang-kadang sehingga lebih 10 jam. Tak boleh apa sehingga ada vaksin untuk Covid-19.


 

Pengunaan penutup muka untuk tempoh yang agak lama ni menjadikan kulit cepat berminyak dan end up jadi bermasalah. Kulit muka bermasalah ini isu besar tau sebab kulit muka adalah salah satu asset penting dalam diri seseorang.

Jangan risau tentang kulit berminyak dan bermasalah ini. Ada solusinya. Of course bukan dengan tidak memakai penutup mukalah. No no. Ini wajib. SOP kan. Solusinya adalah penjagaan kulit muka dengan pengunaan produk  Hansaegee Nature. 


 

Produk Hansaegee Nature merangkumi  Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream (Sunscreen). Yup hanya tiga produk sahaja. Tak banyak. Guna ketiga-tiga produk dengan cara dan steps yang betul, guarantee kulit wajah sihat walaupun pakai mask kerap dan juga tempoh yang lama. 



Cara dan turutan nak guna produk ni sangatlah mudah iaitu

Step 1: Cuci muka mengunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Fungsi & Kebaikkan: Cuci sehingga kotoran di liang kulit muka juga dibersihkan. Tapi pada masa yang sama kulit muka kekal lembut dan lembap.

Step 2: Kawal minyak dengan menyapu Aqua Whitening Cream pada kulit muka

Fungsi & Kebaikkan: Sebagai pelembap, pengawal minyak, water based dan mengandungi bahan kandungan yang mampu baiki kulit rosak akibat daripada sunburn.

Step 3: Last but not least, Melindungi kulit wajah dengan menyapu - Gold Nano CC Cream (Day cream -as Sunscreen, got SPF50+ PA+++, Balance Skin tone, Skin glowing not oily)

 


Baru tahu kan tak susah mana pun nak melindungi kulit wajah daripada berminyak dan bermasalah. Sesenang ABC jea. Even yang mengelat nak jaga muka sebab malas pun rasa senang dengan guna Hansaegee nie.

Meh saya cerita lebih details mengenai  bagaimana setiap produk mampu menjaga kulit wajah daripada berminyak dan bermasalah.

Untuk Aloe AC Clean Bubble Cleanser, cleanser ini mengandungi dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Kita semua tahu yang dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kebaikkan tersendiri untuk penjagaan kulit wajah. 

Aloe Vera bertindak sebagai pengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Manakala Tree Leaf Oil pula mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah.


 

Kerana kedua-dua bahan utama inilah Aloe Ac Clean Bubble Cleanser mampu menlindungi kulit wajah daripada bermasalah kerana mampu:

1.    Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat

2.    Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.

3.    Merawat kulit wajah bermasalah

4.    Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah

5.    Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit

 

Cara pengunaan Cleaser sangatlah senang dan bawah adalah cara step by step:

1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.

2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.

3. Basuh muka sehingga bersih


 

Cerita mengenai produk yang seterusnya adalah Aqua Whitening Cream. Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mampu menyihatkan kulit dari sunburn dan kemerahan akibat daripada terdedah pada cuaca terik. Produk keluaran korea ini adalah water base dan sebab itulah mampu memberi kelembapan pada kulit wajah selepas terhidrasi akibat terdedah cahaya matahari. Even sunburn pun boleh hilang dengan pemakaian krim ini


 

Saya ada mengunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Memang best cream ni.  Saya suka selepas sapu krim ni pada kulit wajah saya, rasa sangat ringan dan tak ada rasa melekit langsung. Saya paling anti pakai krim yang akan ada rasa lekit-lekit. Lagi anti kalau ada rasa gatal. Kalau ada rasa lekit dan gatal, terus banned krim tu. Tapi tidak pada Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Krim ini tidak akan ada efek lekit-lekit kerana mampu mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit.

Memang banyaklah kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Sebab itu saya fall in love dengan krim ini kerana saya tidak lagi berhadapan dengan masalah kulit kering dan mengelupas akibat dari sunburn. Jadi, nak berjalan lama mana pun bawah cahaya matahari, tak ada hal lah. Nak baca full review saya mengenai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, boleh baca dengan klik SINI.

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mampu memberikan pelbagai fungsi yang baik untuk kulit wajah kerana diperbuat oleh bahan-bahan semula jadi iaitu:

Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih selepas sunburn ataupun kemerahan Membantu untuk ‘lock’ pelembap di dalam kulit kita.

Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Memebantu  mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.

Paling penting Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bebas daripada bahan-bahan merbahaya iaitu Paraben, Sulphate dan juga alcohol. Bahan-bahan ini wajib ada di produk-produk krim muka sebab mampu memberi efek yang cepat. Tapi untuk long term memang habislah kulit wajah sebab bahan kimia yang merbahaya dan terlarang kan. Tapi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream tak perlu guna bahan-bahan kimia untuk memberi kesan yang baik dan cepat pada kulit wajah. Formulasi bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam Nature Aqua Whitening Cream memberikan keberkesanan yang baik. Hebat kan team R&D Hansaegee ni.

Bahan semula jadi lain yang turut ada dalam cream ini adalah Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara mengunakan krim ini tersangatlah mudah. Boleh tengok bawah cara saya mengunakan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream step by step.

 

1.           Selepas membersihkan kulit, sapukan toner pada kulit wajah anda

2.           Calitkan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada dahi, kedua belah pipi, hidung & dahu dan urut lembut. Krimnya sangat smooth dan baunya sangat harum.

3.           Akan ada ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi sedikit. Rupa ‘water drop’ seperti dalam bulatan merah.

4.           tepuk lembut water drop ini supaya meresap dalam kulit wajah.

 

And but not least adalah Gold Nano CC Cream (Sunscreen). Gold Nano CC Cream mampu memberi perlindungan matahari kerana mengandungi SPF 50. Selain itu sunscreen ini juga membantu mengimbangi dan memperbaiki tona kulit secara semula jadi dan menjadikan kulit semakin licin dan tidak berminyak.


CC Cream ini mampu memberi banyak kebaikan kerana diperbuat daripada tiga bahan UTAMA iaitu

🌼“Mineral Water” – mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit

🌼“Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” - anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah 

🌼“Nano Gold” – mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksida yang tinggi  

Bagi mereka yang suka memakai makeup, CC Cream boleh dijadikan sebagai makeup primer tanpa sebarang foundation. Warna makeup akan lebih menyerlah, cantik dan tahan lama jika dibandingkan anda tidak menggunakan CC Cream ni.

Yang suka mengenakan make up tipis-tipis atau simple pula, just pakai je CC Cream ni sebagai satu makeup base pun boleh. Still nampak natural and the same time flawless.


 

Berminat nak dapatkan semua produk ni, boleh order online sahaja. Senang kan nak nak beli produk ni lagi-lagi time musim Covid-19. Tak payah susah susah nak keluar shopping.

Just lawat di website Hansaegee Nature, dan order di situ. Tak perlu keluar shopping. WhatsApp Chat service & Live Chat service semuanya ada di website ini. Akan ada customer servive yang akan membantu menjawab segala pertanyaan dan memberikan nasihat berkenaan kulit wajah. Senang dan cepatkan.

Haa..Yang bestnya. Setiap pembelian Hansaegee Nature, dapat free gift. Beli apa-apa jenis produk, confirm dapat free gift. Free gift yang best best pulak tu. Tak percaya tengokla di gambar bawah. Tak pun visit website Hansaegee Nature.


 

Jadi jika berminat untuk mendapatkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream  dan juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Hansaegee (maklumat syarikat, cara pembelian dan lain-lain) , boleh layari di


 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

26 November 2020

My double three birthday on 13.11.2020

My double three birthday fall on 13.11.2020 this year. Umur yang nombornya cantik jatuh pada tarikh yang agak cantik. Ada gandaan nombor untuk sifar, satu dan dua. Gandaan tiga untuk umur saya.


 

Sepatutnya kalau dah umur yang cantik jatuh pada tarikh birthday cantik, haruslah hari jadi disambut secara gemilang, terbilang dan cemerlang (tiber). Adalah plan nak sambut birthday dengan bawak family tersayang pergi ke Legoland. Yup walaupun birthday saya tapi tak semestinya celebration is all about me. Tak semestinya about only make me happy. It is about make my family and enjoy. Family happy saya double happy. 

 

Tapi disebabkan Malaysia diserang gelombang ketiga Covid 19 dan hampir semua negeri dikenakan PKPB, of course termasuk Selangor, terpaksa tangguhkan plan itu. Masalahnya dengan situasi sekarang, bukan setakat tak boleh nak pi Legoland, nak celebrate di rumah parents yang setakat di Petaling Jaya pun tak boleh jugak. Rentas daerah pun tak bolehkan masa pkpb. Rumah saya di Sungai Buloh. 



Tak apa. Tak perlu nak rasa sedih bil semua yang terjadi tidak seperti yang kita rancang. Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Hampir semua terkesan kot akibat daripada pandemic Covid 19.

So, untuk birthday tahun ini saya tak ada rasa nak sambut birthday. Tak ada buat apa-apa planning. Jadi feelingless macamni sebab lama nau kena pkpb.  Tapi Kimchi lah yang cheer mood up. Dia make sure birthday saya ada disambut. Bagitau sehari sebelum birthday dan pada hari birthday, saya boleh gantung kuali. Maknanya tak perlu memasak. Order jea semuanya through food panda.


 

Sehari sebelum birthday order kambing bakar dan aiskrim pulut. Dan pada hari birthday, order birthday cheese cake dari Bakers Cottage through food panda. Main dish pula pilih Lorong & café. Baca review di Food Panda, macam not bad. 

 

Godiks family lah terbaik. Tak lupa birthday kaklong nya. Siap ada order Birthday Brownies di area rumah. Tiba-tiba ada dapat call daru bakers nak hantar terus ke rumah. Ada pulak suprisenya kan pada hari birthday. Time birthday disambut siap bervideo call dengan godiks family. Biar rasa dekat dengan mereka during birthday celebration


Hadiah birthday Kimchi dah beri in advance which is Fossil purse. Just tak dapat jea lagi. PS nya which is my SIL tak dapat nak beri sebab PKPB. 


 

My double three birthday disambut dengan minimum celebration tapi tetap rasa happy. My birthday wish kali ini berdoa agar keluarga tersayang dijauhkan dari dijangkiti Covid19. Yea, memang berdoa sangat tidak terkena Covid sebab saya kerja di tempat berisiko tinggi. Hopefully sentiasa selamat sehingga dah ada vaksin untuk Covid-19.

23 November 2020

Himpunan Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penguasa Bomba Gred KB41 │Bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris

Entri ini adalah perkongsian soalan-soalan peperiksaan online Memasuki Perkhidmatan Awam(PSEE) Penguasa Bomba Gred KB41 bagi bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris.

 






















Itu sahaja perkongsian semua soalan peperiksaan dari saya. Kepada yang dapat panggilan untuk menjawab peperiksaan online Memasuki Perkhidmatan Awam untuk apa-apa jawatan, saya ucapkan semoga berjaya. Semoga soalan-soalan yang saya sempat simpan ini walaupun tak boleh jamin akan keluar soalan yang sama tapi  bolehlah dijadikan rujukan untuk ulang kaji.

Himpunan Soalan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penguasa Bomba Gred KB41 │Bahagian Daya Menyelesaikan Masalah

Entri ini adalah perkongsian soalan-soalan peperiksaan online Memasuki Perkhidmatan Awam(PSEE) Penguasa Bomba Gred KB41 bagi bahagian Daya Menyelesaikan Masalah.




















Untuk soalan bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris, saya share di entri satu lagi. Boleh klik SINI untuk mengetahui soalan  bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris.