31 October 2020

iREHAB│ Pusat Rawatan Untuk Pemulihan Strok Dijamin Berkesan & Harga Berpatutan

 

Walaupun sekarang tengah dilanda dengan serangan Covid-19, tetapi penyakit strok tetap merupakan salah satu penyakit yang kesnya di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut statistic strok yang direkodkan, lebih 50,000 kes baru di Malaysia.

Sebab itulah kita boleh lihat, hospital-hospital terutamanya hospital kerajaan  sentiasa dihadiri oleh pesakit-pesakit yang pernah kena serangan strok kerana ingin mendapatkan rawatan pemyembuhan daripada serangan strok.

Tetapi oleh kerana sekarang negara kita dilanda gelombang ketiga Covid-19 yang berkali-kali ganda jumlah kes berbanding gelombang pertama dan kedua, kerajaan menasihatkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan rawatan selain dari hospital kerajaan. Ini kerana hospital kerajaan terpaksa memberi laluan kepada pesakit covid-19.


 

Mesti risaukan kalau dah nama selain hospital kerajaan, mestilah kena pergi ke pusat rawatan swastakan. Dalam fikiran mesti ingat bayaran yang akan dikenakan semestinya tinggi kalau di pusat rawatan swasta. Tetapi tidak di iREHAB tau. iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah untuk supaya masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu proses penyembuhan.

Sesi rawatan physiotherapy, occupational therapy dan speech therapy bagi pesakit serangan strok yang mungkin sukar untuk dapat di semua hospital terutama hospital kerajaan kerana perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa, boleh dapatkan di iREHAB. Ini kerana iREHAB juga menawarkan semua sesi tersebut seperti hospital lain juga.

 

 

Apabila sudah memulakan rawatan serangan strok di iREHAB, amatlah berharap sesi rawatan seperti yang di syorkan diteruskan kerana rehabilitasi adalah keperluan terutamanya selepas stroke. Hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital dengan tarikh yang  hadiri atau perlu hadiri untuk mendapat harga diskaun ini. 

Kalau dah tahu maklumat lanjut mengenai iREHAB atau ingin membuat temujani, boleh hubungi kami sekarang di 012-9061690 atau 017-9880324.

T&C apply

 

#irehab #onestoprehab #physiotherapy #occupationaltherapy #speechtherapy #neurologicalrehabilitation

 


17 October 2020

Bersantai, Mandi Kolam & Sambut Hari Jadi Di Rumah Pertama Mimi & Adi Selepas Kahwin

PKPB di negeri Selangor kembali semula. Bila dah namanya PKPB most of tak ada most of lah. Semuala aktiviti social tidak dibenarkan semula. Terjadi PKPB balik sebab Covid 19 menyerang aggressively rakyat semula. Ini adalah gelombang serangan Covid 19 yang ketiga. 


 

Sedih sedih. Baru ingat nak bawak budak-budak jalan-jalan bila Zayden dah cukup 6 bulan. Yela bila Zayden dah start makan solid food, badan dah kuat sedikit. Even ubat pun dah boleh makan kalau sakit. Masa Zayden dah nak cukup 6 bulan, kes Covid dah semakin pulih. Kes tempatan pula ada beberapa hari mencatatkan kes sifar.

 

Tapi ngam-ngam Zayden masuk 6 bulan, terjadinya gelombang ketiga pulak. Malah lagi teruk dari gelombang kedua. No commentla mengenai punca gelombang ketiga tu. So, batalkan ajelah hasrat nak bawak budak-budak jalan dan just stay at home. Huhu

 

Just nak throwback balik cerita masa mula-mula PKPB ditukar pada PKPP pada Julai haritu. Betul-betul PKPP dilaksanakan terus family belah mertua yang duduk KL which are Mel, Ena & kami pergi melawat rumah pertama Mimi & Adi selepas kahwin. Rumah mereka di Cyberjaya.

Rumah Mimi & Adi di tingkat tinggi. Tak ingat tingkat berapa. Tapi sangat tinggi. Bila buka pintu balkoni, angin kuat masuk dalam rumah. Sangat best bersantai di balkoni rumah Mimi & Adi. Dituip angin yang sejuk & fresh.

Rumah Mimi & Adi ada swimming pool. So, budak-budak memang akan mandilah di swimming pool. Seronok budak-buda dapat mandi kolam selepas berkurun lama terperap di dalam rumah.



 

Tuan rumah masak nasi lemak untuk kami. Ena ada bawa kek Secret Recipe untuk sambut birthday Mimi. Kimi pulak bawa durian. Durian beli di area rumah Mimi. Sedap jugak isinya. Manis dan lembut.



 

Selepas makan, duduk bersantai sambal sembang-sembang. Budak-budak pula duk main dengan Uncle Adinya. Uncle Adi favourite uncle budak-budak ni tau. Hehe.



 

Seronok bila teringat balik aktiviti berkumpul macamni. Tak perlu pergi ke tempat yang fancy-fancy pun taka pa. Aktiviti macamni pun cukuplah. Itulak orang kita bila ada musibah berlaku, barulah kita nak menghargai benda-benda kecil yang berlaku dalam hidup kita. Sebelum ni tak perasan betapa seronok benda kecil ni. Bila berakhirnya musibah ini, saya tak akan mensia-siakan benda-benda yang baik berlaku dan hadir dalam hidup saya tak kira besar dan juga kecil.

13 October 2020

HOD Belanja Makan Di Pizza Hut, Setia Alam

HOD belanja anak-anak buahnya  makan di Pizza Hut sebagai tanda penghargaan kepada anak-anak buahnya. Katanya anak-anak buahnya sangat bekerja keras untuk memastikan system pengurusan kualiti di TG berjalan lancar tanpa ada flaw yang serius. Saya pun dapat turut serta walaupun baru join team ni beberapa bulan.

 


Ya, saya dah tukar department baru. Betul-betul selepas maternity leave. Hopefully segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah.


 

Ini lunch pertama saya dengan team baru. Susah actually nak lunch bersama-sama denan budak HIMS ni. Sangat susah dapat nak kumpulkan semua sebab nature kerja HIMS, mostly ramai yang kena outstation. Ada yang kena kerja dalam negeri. Luar negeri. So far, luar Malaysia saya tak dengar pulak. Macam taka da jea. Lagi-lagi time Covid ni.



 

Menu yang HOD pilih adalah ada pizza, pasta, mushroom soup, garlic bread dan drinks. Lepas makan, hadiahkan barangan baby kepada HOD sebab tengah pregnant. Tunggu masa jea nak bersalin. 


 

Sebelum balik office untuk kembalik ke reality kehidupan pekerja, bergambar beramai-ramai. To HOD, thanks for lunch treat. Semoga urusan bersalin dipermudahkan oleh Allah SWT.

12 October 2020

Menang ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY

 





Alhamdulillah..Saya menang wang tunai RM10 dari  ATIE ZIEYA'S GIVEAWAY yang dianjurkan oleh blogger Atie Zieya.


Sponsor dah transfer RM10 

To Blogger Atie Zieya, terima kasih kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang. Semoga blogger Mamapipie sentiasa dimurahkan rezeki. Hope saya menang giveaway lagi.hehe.

6 October 2020

McDonald's Malaysia menyambut Hari Kopi Antarabangsa, 100,000 McCafé Iced Latte percuma untuk rakyat Malaysia pada bulan Oktober

 McDonald's Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati rasa kopi McCafé berasaskan espresso yang berkualiti dengan menawarkan 100,000 Iced Latte percuma pada bulan Oktober, bersempena dengan Hari Kopi Antarabangsa. Iced Latte percuma ini adalah eksklusif melalui McDelivery.


 

“Rakyat Malaysia gemarkan kopi dan di McCafé, tetamu kami dapat menikmati secawan kopi yang penuh aroma dalam suasana mesra dan selesa di McDonald’s yang mereka kenali dan sukai, pada bila-bila masa. Oleh itu, pada Hari Kopi Antarabangsa ini, kami gembira untuk memperkenalkan beberapa tawaran istimewa selama sebulan kepada pelanggan kami di seluruh negara, di mana mereka berpeluang menikmati tawaran-tawaran eksklusif untuk pelbagai minuman McCafé,” kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia

“Bukan itu sahaja, kami juga memudahkan penggemar minuman McCafé untuk menikmati kopi kegemaran mereka melalui kemudahan saluran Pandu-Lalu dan McDelivery. Sejak McCafé pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2012, kami mendapat sokongan padu yang berterusan daripada pelanggan yang sangat menggemari rangkaian kopi berkualiti kami,” tambah Melati.

Kopi McCafé diperbuat 100% daripada biji kopi Arabica yang berkualiti premium, dipanggang sederhana gelap dan baru dikisar. Setiap cawan hanya akan disediakan atas pesanan pelanggan bagi memastikan kesegaran kopi dan mengekalkan aromanya. Kesemua minuman dan pencuci mulut juga mematuhi keselamatan makanan dan standard halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Biji kopi yang digunakan untuk membuat minuman berasaskan espresso di McCafé diperolehi secara lestari daripada pembekal yang disahkan halal.

Minuman McCafé yang disediakan oleh barista yang dilatih secara profesional, ditawarkan dengan nilai hebat dari RM5.99 untuk rakyat Malaysia menikmati kopi espresso yang berkualiti tinggi dan penuh beraroma.

"Di McDonald's, kami sering memperkenalkan minuman McCafé baru sebagai tambahan kepada rangkaian minuman kami supaya pelanggan dapat mencuba pelbagai jenis kopi berasaskan espresso premium di mana-mana cawangan 296 McCafé di seluruh negara," kata Melati.

Selain daripada 100,000 Iced Latte percuma, McDonald's Malaysia juga akan menawarkan pelbagai tawaran McCafé sepanjang bulan, termasuk Americano percuma semasa Masa Sarapan di restoran Pandu-Lalu McDonald's dan hanya RM1.99 untuk menebus Iced Latte saiz sederhana melalui aplikasi McDonald's. Selain itu, aktiviti pensampelan kopi dan tawaran menarik bagi pelbagai minuman kopi juga akan berlangsung di restoran McDonald’s.

Sangat-sangat happydengan tawaran Mcdonald's ni sebab saya peminat coffee. Memang sepanjang bulan Oktober, akan hari-harilah saya beli Iced Latte melalui aplikasi Mcdonald's sebab harga just RM2. Tak percaya harga just RM2, lihatlah resit di bawah

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai tawaran menarik McCafé sepanjang Oktober, sila layari

www.mcdonalds.com.my/promotion.