Resepi Kuih Karipap Mudah & Confirm Jadi
Kuih karipap ni kalau dibuat dengan resepi yang betul, confirm sedap dimakan even dah sejuk pun. Kalau dimakan panas-panas lagilah. Boleh sekali hadap sampai sampai berketul-ketul.
Resepi saya nak share adalah resepi mak saya. Memang confirm jadi dan sedap guna resepi maka saya ni. Tanpa buang masa saya share resepi karipap mak saya.
Bahan-bahan pastri
6 cawan tepung gandum
2 senduk minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
1 1/2 - 2 cawan air
Bahan-bahan Inti
1/2 kg ubi kentang
8 ulas bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 1/2 sudu besar rempah kari
sedikit lada + garam + gula
2-3 ketul ayam bahagian isi dipotong dadu
Cara-cara
1. Minyak kena panaskan. Then kena campur bersama-sama marjerin. Selepas marjerin dah cair tuang ke dalam tepung. Campurkan garam dan air. Air kena campur sedikit demi sedikit. Uli bersama-sama sehingga lembut.
2. Untuk buat inti pula, tumis bawang, rempah, lada.
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan pula ubi, air sedikit, garam dan gula.
5. Gaul hingga kering. Dah kering, biarkkan hingga tidak panas.
6. Last sekali, doh boleh dicanai dan dimasukkan inti. Kelim hingga panas dan goreng hingga kering.
Mudah jea nak buat karipap. Part yang memerlukan skill sedikit adalah kelim. Tanpa bila dah banyak kali buat, cantiknya hasil kejadian kelim nanti. Practice make prefect kan. So, cepat-cepatlah cuba buat karipap follow resepi mak saya ni
Sekarang simpan stok yang frozen aje
ReplyDeletethank you sharing resepi
ReplyDeletenyam nyam sedapnya. sy nak wat sendiri entah bila kejadiannya. hehe. Jemput join my GA ya! :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDeleteTq resipi ...ummi nk try nanti..geram tgk org buat karipap rs sedap..
ReplyDelete