19 August 2020

Memeriahkan Sambutan Raya Haji Dengan Meraikan Hari Jadi Dak Imaan

Keluarga mertua saya bila hampir semua balik Kampung Boyan confirm akan buat small gathering atau dengan kata lain makan-makan. Ni Raya Haji haritu, semuanya ada balik dan bulan itu juga iatu bulan July pula ada hari kelahiran Dak Imaan,  apalagi terus plan buat makan-makan pada hari pertama Raya Haji.




Rumah mertua dah ada tempat untuk BBQ. Lagilah senang nak buat makan-makan. Menu BBQ confirm ada dalam list. Then tambah lagi laksa, bihun sup, dominos pizza, nasi arab, lemang dan rending dan bread pudding dari saya.




Birthday cake dibeli oleh Enal dan ada juga tambahan snack lain untuk mencantikkan dan memeriahkan meja birthday cake. Birthday deco pun ada juga.



Majlis start dulu dengan sambutan hari jadi. Lepas dah potong cake semua, ada acara bukak hadiah. Semuanya dapat hadiah.Tak ada yang miss out. Tidak mahu insiden yang berlaku semasa birthday Zafran baru ni berulang lagi. Ahaks.




Tapi bila tengok semua dapat hadiah and sama-sama excited buka hadiah, nampaklah semuanya happy. 





To Dak Imaan, happu birthday to you. Semoga Dak Imaan panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

2 comments: