12 July 2020

Koolit Mampu Atasi Masalah Kulit Tangan Kering & Mengelupas


Kulit tangan saya kering dan mengelupas. Dua-dua belah tangan macamni. Mengelupas dan kering ni akibat daripada banyak terdedah kepada bahan pencuci. Yealah menjalani kehidupan dengan normal baharu ni kan salah satu SOPnya kena selalu mencuci tangan. Tak cuci tangan dengan sabun , kena sanitize dengan sanitizer.



Satu lagi saya pula kerap kena cuci rumah sebab ada tiga orang anak kecil termasuklah baby berumur 4 bulan.. Mereka ni kan senang dijangkiti penyakit. Mak nya haruslah kerja keras sentiasa mencuci rumah selalu.

Alhamdulillah so far anak-anak sihat walafiat. Tapi maknya lah(saya lah) mengalami kering dan mengelupas pada kulit tapak tangan. Kedua-dua belah tu. 

Dengar tak adalah serius mana pun kulit tapak tangan mengelupas ni. Mengelupas jea pun. Tak sakit pun. Eh bagi saya serius tau. Lagi-lagi menyulitkan time saya nak kerja. Sebabnya rekod kehadiran kerja saya  melibatkan scan jari di fingerprint time attendance system. Memang saya strugglelah nak scan jari saya sebab system tak dapat nak capture. 

Selepas beberapa kali attempt dengan senget-sengetkan jari barulah system dapat capture. Itupun sebab system office saya ni canggih. Boleh capture even dapat sipi-sipi cap jari. Kalau cap ayam, sampai sudah tak dapat capture.



Jadi, saya kenalah menyelesaikan masalah kulit mengelupas pada tapak tangan supaya tidak lagi menyukarkan process melaporkan kehadiran kerja saya di fingerprint system. Actually macam-macam produk dah saya guna pada tapak tangan saya ni, tapi macam tiada perubahan berlaku.

Then, saya ada terjumpa produk baru di Watson. Produk ni ada datang dengan set dan sesuai untuk menyelesaikan masalah kulit seperti kulit sensitive dan kering. Dah kena dan dengan masalah yang saya alami. Nama produk ini adalah Koolit.

Belek-belek produk ni ada pensijilan GMP. Apalagi, saya terus beli set produk Koolit. Bukan calang-calang produk kalau ada pensijilan GMP ni.Set produk Koolit yang saya beli ni merangkumi Koolit Calming Cream, Koolit Soothing Lotion dan Koolit Gentle Body Wash. 

Koolit Soothing Lotion



Saya try guna lotion dahulu. Sangat tak percaya dengan kesan pengunaan Koolit lotion. Apa yang memeranjatkan saya dengan lotion Koolit, cepat menyerap dan tiada kesan melekit langsung. Kebanyakkan lotion yang ada di pasaran mesti melekit terutamanya kalau ada terkena air. Sebelum ni ngelat nak pakai lotion sebab inilah. Dah pakai lotion, dah tak boleh kena air dah pada tempat yang dah pakai lotion. Kalau tak melekit.
Tapi tidak pada Koolit lotion. Selepas sapu Koolit Lotion, dah tak masalah lekit-lekit even ada terkena air pada tempat sapu lotion. Koolit Sooting Lotion ada advantage macamni sebab diperkaya dengan Jojoba dengan mengandungi Vitamin E. Koolit Soothing Lotion ini memberi kelembapan segera untuk kulit normal dan kulit kering. Penyerapan nya hanya mengambil masa 10 saat sahaja.
Koolit Soothing Lotion ini memberi kelembapan segera untuk kulit normal dan kulit kering.

Koolit Calming Cream



Kalau mengalami masalah yang serius sedikit seperti kulit sensitive, ada cream yang sesuai  untuk atasi masalah ini iaitu Koolit Calming Cream. Cream ini diperkaya dengan minyak zaitun dan vitamin E. Sangat sesuailah untuk saya untuk atasi masalah kulit mengelupas pada tapak tangan. Pun sama jugak macam lotion. Taka da rasa lekit-lekit langsung.

Koolit Gentle Body Wash



Koolit Gentle Body Wash pula yang sangat bestnya sabun yang tak perlu dibilas dengan air. Tanpa air, just ratakan Koolit Gentle Body Wash di atas kulit dan last sekali lapkan denga tuala. Unik kan body wash ni. Mana nak cari weyhh body wash macamni. Body wah yang tak perlu dibilas dengan air. Baunya pun sangat wangi. Wangiannya disahkan selamat oleh perbadanan antarabangsa IFRA. Body wash ni mengandungi Vitamin C dan E.

Saya dan cuba produk Koolit selama dua minggu. Sememangnya menunjukkan perubahan positif pada kulit tangan saya iaitu slowly hilang mengelupas. Tak sabar nak tunggu hasil pengunaan produk Koolit secara konsisten pada kulit tangan selepas beberapa bulan pula. Mesti first masalah kulit mengelupas saya dapat diatasi. Second kulit menjadi lembut dan flawless bak bayi gitew. 



Korang kena cuba tau produk Koolit. Rugi sangat-sangat kalau tak cuba. Sebab produk Koolit mampu melembapkan kulit. Kulit kita sekarang ni kan senang nak kering nak kasar sebab salah satu SOP normal baharu kena kerap cuci tangan dengan sabun atau sanitize. So, gunalah produk Koolit untuk menyelesaikan masalah kulit kering dan kasar akibat daripada kerap basuh dengan sabun dan sanitize ini.

Siapa-siapa nak cuba produk Koolit seperti saya, boleh dapati di Waston, Shoppee, Lazada dan mana-mana drugstore. Nak tahu maklumat lanjut mengenai Koolit, boleh layari di 

Website: https://www.mynaturaloption.com
Facebook: https://www.facebook.com/koolitmy
Instagram: https://www.instagram.com/koolitmy
Shopee: https://shopee.com.my/mynaturaloptions
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/mynaturaloptions

3 comments:

  1. lama da tak jenguk sini..haa ramai cerita pasal koolit ni..ramai bg feedback bagus

    ReplyDelete
  2. Assalam. Hai, singgah blogwalking di sini

    ReplyDelete
  3. Terbaik koolit nie.. mmg Fiza pun suka sangat guna..

    ReplyDelete