Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Selangor!
Walaupun
sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah
meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri
#AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.
Di
Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah berganding bahu bersama Ayam Brand
mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang
perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan
barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar
kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24
jam.
Para
petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang
diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej.
Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.
Para
sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala
rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan
tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!
Shuhaida
Kabdy turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai
sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.
“Terdapat
banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat
berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat Jagaan
Kasih Nurul Hasanah telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan
hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin
berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan dan jagung manis Ayam Brand
menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur
Kacang,” jelas Shuhaida.
“Saya
berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan
semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak
Covid-19,” tambah beliau.
Desas-desus
mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat Jagaan
Kasih Nurul Hasanah kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa
kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan
tersebut.
“Komuniti
kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya
kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan
kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di
sini. Ramai juga yang menyumbang barang.
Sukarelawan seperti Shuhaida
menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan
ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah
menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia
berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan
pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan
Shidah.
Sehingga
kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh
negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan
NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.
“Orang
ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil
barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu
sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran
yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di
dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada
kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga
menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi
dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.
Projek
pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak
permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut
Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.
“Respons
terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat
berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai
dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang
perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat
tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami
berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar
Daverre.
Menerusi
program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam
Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal,
menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah
organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.
Jadi sebahagian daripada
gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya
ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna,
Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot
4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf
Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala
Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan
Scotland, 10450 Penang
📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman
Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa
Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450
Sungai Siput, Seremban
📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15,
Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1,
Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No
22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat
Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
Untuk maklumat
lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my.
Bagus macam ni. Saling berkongsi
ReplyDeletewow! inisiatif bagus ni
ReplyDeleteTahniah Ayam Brand! Bagus inisiatif macam ni.
ReplyDeleteTahniah ayam brand.. Bgus saling bantu membantu
ReplyDeleteSedikit sebanyak meringankan beban mereka yang tidak atau kurang berkemampuan.
ReplyDeleteBagus ayam brand nie.. makanan dlm tin pun sedap2..
ReplyDelete