Balik Taiping Pertama Selepas Rentas Negeri Dibenarkan

Sejurus selepas PM umumkan rentas negeri dibenarkan kerana sudah memasuki fasa PKPP, tanpa membuang masa Kimchi terus plan balik Taiping. Katanya lama bebenar tak balik. Last sekali balik sebelum pandemic Covid 19 adalah pada Disember tahun lepas.



Saya and Kimchi apply annual leave selama dua hari supaya dapat spend banyak hari di Taiping. Keluarga ena pun balik sama dengan kita orang. Tapi dia lagi banyak hari apply AL.


Since almost semua family Kimchi ada di Taiping, kitaorang plan buat gathering kecil-kecilan. Gathering ni ada jemput saudara-mara yang tinggal berdekatan iaitu opah, pakcu, family maklang, family man dan abang Mi. Salah satu aktiviti yang dilakukan untuk gathering adalah BBQ. Birthday celebration pun ada jugak.


Hari jadi yang diraikan adalah hari jadi Kak Ida dan juga Dak Zafran. Hari jadi Kak Ida jatuh pada hari yang buat gathering ni. Dak Zafran tiga hari selepasnya. Dah dekat-dekat hari jadi dua-dua ni, combinelah sekali.




Yang paling best, kenduri durian pun ada jugak. Durian fresh dari Grik, disponsor oleh mak mertua. Makan sampai lebam weyhh. Buah rambutan pun ada jugak.



Menu untuk aktiviti makan-makan ni adalah laksa, sup tulang, mee goreng, lasagna, kuih-muih, ketupat palas dan rending daging. Then ayam, kambing, udang bakar dari BBQ.


Best sangat-sangat dapat berkumpul dan bergumbira sebegini. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat dah boleh berkumpul dengan keluarga dan saudara-mara seperti sedia-kala. Rentas negeri. Ini semua sebab kes Covid-19 di negara kita semakin pulih.

Balik Taiping Dak Zayden pertama sejak lahir. Teruja sangat sampai keluar air liuq.haha

Thanks to rakyat Malaysia kerana sangat dengar kata dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga KKM. Many thanks to frontliner kerana bertungkus-lumus untuk menangani kes Covid-19.

Share this:

CONVERSATION

1 comments: