16 June 2020

Tips Merawat Sunburn Dengan Pelembap Muka Water Based Yang Bagus | Hansaegee Nature


Cuaca sekarang mak aiii. Panas lit lit. Tak boleh bawak bincang panasnya. Kalau selalu terdedah kepada panas cahaya matahari, memang cepatlah menyebabkan kulit wajah saya menjadi kering dan sunburn. 

Nature kerja sekarang pulak banyak memerlukan berjalan kaki bawah panas terik matahari. Even setakat nak parking kereta di office pun dah terdedah pada cahaya matahari beberapa minit sebab parking tersangatlah  jauh dari office. Itu belum lagi yang kena berjalan kaki dari factory ke factory. Lagilah kerap terdedah pada cahaya matahari. Aduh kesian betullah dengan kulit muka saya ni. Mahu saya cepat nampak tua sebab kesan radiasi daripada cahaya matahari mempercepatkan proses penuaan.



Perkara sebegini memang tak boleh nak elak sebab cuaca di Malaysia memang dah macamni. Ozon pun dah makin menipis. Plus nature kerja saya pun macamni yang banyak nak kena berjalan kaki di bawah panas terik. Jadi yang saya boleh buat adalah saya kena memastikan kulit wajah saya terjaga supaya kekal sihat dan lembap. Cara saya adalah dengan mengunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.



Ini kerana Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mampu menyihatkan kulit dari sunburn dan kemerahan akibat daripada terdedah pada cuaca terik. Produk keluaran korea ini adalah water base dan sebab itulah mampu memberi kelembapan pada kulit wajah saya selepas terhidrasi akibat terdedah cahaya matahari. Even sunburn pun boleh hilang dengan pemakaian krim ini.

Yang saya paling suka selepas sapu krim ni pada kulit wajah saya, rasa sangat ringan dan tak ada rasa melekit langsung. Saya paling anti pakai krim yang akan ada rasa lekit-lekit. Lagi anti kalau ada rasa gatal. Kalau ada rasa lekit dan gatal, terus banned krim tu. Tapi tidak pada Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Krim ini tidak akan ada efek lekit-lekit kerana mampu mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit. 

Memang banyaklah kelebihan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Sebab itu saya fall in love dengan krim ini kerana saya tidak lagi berhadapan dengan masalah kulit kering dan mengelupas akibat dari sunburn. Jadi, nak berjalan lama mana pun bawah cahaya matahari, tak ada hal lah.

  Krimnya sangat smooth dan baunya sangat wangi

Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mampu memberikan pelbagai fungsi yang baik untuk kulit wajah kerana diperbuat oleh bahan-bahan semula jadi iaitu:

Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih selepas sunburn ataupun kemerahan Membantu untuk ‘lock’ pelembap di dalam kulit kita.
Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Memebantu  mencerah, membersih dan menegangkan kulit. Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang lebih jelas berseri.



Yang paling penting again saya ulang lagi … yang paling penting Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bebas daripada bahan-bahan merbahaya iaitu Paraben, Sulphate dan juga alcohol. Bahan-bahan ini wajib ada di produk-produk krim muka sebab mampu memberi efek yang cepat. Tapi untuk long term memang habislah kulit wajah sebab bahan kimia yang merbahaya dan terlarang kan. Tapi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream tak perlu guna bahan-bahan kimia untuk memberi kesan yang baik dan cepat pada kulit wajah. Formulasi bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam Nature Aqua Whitening Cream memberikan keberkesanan yang baik. Hebat kan team R&D Hansaegee ni.

Bahan semula jadi lain yang turut ada dalam cream ini adalah Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Cara mengunakan krim ini tersangatlah mudah. Boleh tengok bawah cara saya mengunakan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream step by step.

1.       Selepas membersihkan kulit, sapukan toner pada kulit wajah anda


2.       Calitkan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream pada dahi, kedua belah pipi, hidung & dahu dan urut lembut. Krimnya sangat smooth dan baunya sangat harum.



3.       Akan ada ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi sedikit. Rupa ‘water drop’ seperti dalam bulatan merah.


4.       tepuk lembut water drop ini supaya meresap dalam kulit wajah.


5.       Tadaaa..nampak kan kulit wajah saya terus menjadi lembap dan berseri-seri selepas mengunakan Hansaegee Nature  Aqua Whitening Cream.


Selepas pengunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream secara konsisten, kulit wajah saya terus nampak sihat dan lembap. Saya sudah tidak perlu risau jika terdedah lama pada cahay matahari kerana krim ini mampu melindungi kulit wajah saya dari kemerahan dan sunburn.

 Jika nak guna alat solekan pada kulit wajah, hanya sapu dahulu krim pada kulit wajah. Selepas itu terus boleh mengunakan alat solekan. Tidak perlu menunggu sehingga krim kering kerana krim ini tidak memberi kesan pada solekan seperti solekan menjadi kembang dan etc. Malah krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mampu menaikkan seri solekan kerana solekan menjadi lagi smooth dan flawless.

Selepas sapu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, baru mengenakan solekan pada kulit wajah saya supaya saya dapat melakukan aktiviti di bawah cahaya matahari tanpa risau kesan cahaya matahari terhadap kulit wajah saya.

Jadi jika berminat untuk mendapatkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream seperti saya dan juga ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pump it (maklumat syarikat, cara pembelian dan lain-lain) , boleh layari di

8 comments:

  1. Macam best pula pelembap ni. Thanks di atas perkongsian. Boleh di masukkan ke dalam wish list. 😍

    ReplyDelete
  2. Hansaegee mmg best dan recommend. Cx dah guna cleanser dan cc cream dia. Mmg terbaik. Cream dia ni blm try. Nanti nak beli lah soon.

    ReplyDelete
  3. Banyak review positif pasal brand ni, mcm menarik plak nak try

    ReplyDelete
  4. Memng rekemen produk ni.. Memg best..lembap je muka

    ReplyDelete
  5. Brand nie mmg favorite.. dah pakai krim dgn pembersih muka.. yg nie belum try lagi..

    ReplyDelete
  6. Kulit muka kak nina jenis kering
    Dah lama dok baca review kata best. Nanti nak try laaa...

    ReplyDelete
  7. Wahh nampak best ni.. Nanti kena try jgk hehe

    ReplyDelete
  8. Nice lah. Nampak menarik.

    ReplyDelete