Tips Merawat Sunburn Dengan Pelembap Muka Water Based Yang Bagus | Hansaegee Nature
Cuaca sekarang mak aiii. Panas
lit lit. Tak boleh bawak bincang panasnya. Kalau selalu terdedah kepada panas
cahaya matahari, memang cepatlah menyebabkan kulit wajah saya menjadi kering
dan sunburn.
Nature kerja sekarang pulak
banyak memerlukan berjalan kaki bawah panas terik matahari. Even setakat nak
parking kereta di office pun dah terdedah pada cahaya matahari beberapa minit
sebab parking tersangatlah jauh dari
office. Itu belum lagi yang kena berjalan kaki dari factory ke factory. Lagilah
kerap terdedah pada cahaya matahari. Aduh kesian betullah dengan kulit muka
saya ni. Mahu saya cepat nampak tua sebab kesan radiasi daripada cahaya
matahari mempercepatkan proses penuaan.
Perkara sebegini memang tak boleh
nak elak sebab cuaca di Malaysia memang dah macamni. Ozon pun dah makin
menipis. Plus nature kerja saya pun macamni yang banyak nak kena berjalan kaki
di bawah panas terik. Jadi yang saya boleh buat adalah saya kena memastikan
kulit wajah saya terjaga supaya kekal sihat dan lembap. Cara saya adalah dengan
mengunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
Ini kerana Hansaegee Nature Aqua
Whitening Cream mampu menyihatkan kulit dari sunburn dan kemerahan akibat
daripada terdedah pada cuaca terik. Produk keluaran korea ini adalah water base
dan sebab itulah mampu memberi kelembapan pada kulit wajah saya selepas
terhidrasi akibat terdedah cahaya matahari. Even sunburn pun boleh hilang
dengan pemakaian krim ini.
Yang saya paling suka selepas
sapu krim ni pada kulit wajah saya, rasa sangat ringan dan tak ada rasa melekit
langsung. Saya paling anti pakai krim yang akan ada rasa lekit-lekit. Lagi anti
kalau ada rasa gatal. Kalau ada rasa lekit dan gatal, terus banned krim tu.
Tapi tidak pada Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Krim ini tidak akan ada
efek lekit-lekit kerana mampu mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit.
Memang banyaklah kelebihan Hansaegee
Nature Aqua Whitening Cream. Sebab itu saya fall in love dengan krim ini kerana
saya tidak lagi berhadapan dengan masalah kulit kering dan mengelupas akibat
dari sunburn. Jadi, nak berjalan lama mana pun bawah cahaya matahari, tak ada
hal lah.
Krimnya
sangat smooth dan baunya sangat wangi
Hansaegee Nature Aqua Whitening
Cream mampu memberikan pelbagai fungsi yang baik untuk kulit wajah kerana
diperbuat oleh bahan-bahan semula jadi iaitu:
Camellia Japonica Seed Oil: Non-comedogenic, tidak menyumbat liang
pori wajah dan mengurangkan penghasilan jerawat. Ia juga membantu kulit pulih
selepas sunburn ataupun kemerahan Membantu untuk ‘lock’ pelembap di dalam kulit
kita.
Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3) : Membantu
memperbaiki tona kulit wajah supaya lebih sekata. Memebantu mencerah, membersih dan menegangkan kulit.
Mengembalikan dan menstabilkan tahap kelembapan dalam kulit dan membuat kulit yang
lebih jelas berseri.
Yang paling penting again saya
ulang lagi … yang paling penting Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream bebas
daripada bahan-bahan merbahaya iaitu Paraben, Sulphate dan juga alcohol.
Bahan-bahan ini wajib ada di produk-produk krim muka sebab mampu memberi efek
yang cepat. Tapi untuk long term memang habislah kulit wajah sebab bahan kimia
yang merbahaya dan terlarang kan. Tapi Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream tak
perlu guna bahan-bahan kimia untuk memberi kesan yang baik dan cepat pada kulit
wajah. Formulasi bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam Nature Aqua
Whitening Cream memberikan keberkesanan yang baik. Hebat kan team R&D
Hansaegee ni.
Bahan semula jadi lain yang turut
ada dalam cream ini adalah Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane,
Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba
root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract,
Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil,
Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia
florida fruit extract.
Cara mengunakan krim ini
tersangatlah mudah. Boleh tengok bawah cara saya mengunakan Hansaegee
Nature Aqua Whitening Cream step by
step.
1. Selepas
membersihkan kulit, sapukan toner pada kulit wajah anda
2.
Calitkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream pada dahi, kedua belah
pipi, hidung & dahu dan urut lembut. Krimnya sangat smooth dan baunya
sangat harum.
3.
Akan ada ‘water drop’ akan terhasil sedikit demi
sedikit. Rupa ‘water drop’ seperti dalam bulatan merah.
4.
tepuk lembut water drop ini supaya meresap dalam
kulit wajah.
5.
Tadaaa..nampak kan kulit wajah saya terus
menjadi lembap dan berseri-seri selepas mengunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream.
Selepas pengunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream
secara konsisten, kulit wajah saya terus nampak sihat dan lembap. Saya sudah
tidak perlu risau jika terdedah lama pada cahay matahari kerana krim ini mampu
melindungi kulit wajah saya dari kemerahan dan sunburn.
Jika nak guna alat
solekan pada kulit wajah, hanya sapu dahulu krim pada kulit wajah. Selepas itu
terus boleh mengunakan alat solekan. Tidak perlu menunggu sehingga krim kering
kerana krim ini tidak memberi kesan pada solekan seperti solekan menjadi
kembang dan etc. Malah krim Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream mampu
menaikkan seri solekan kerana solekan menjadi lagi smooth dan flawless.
Selepas sapu Hansaegee
Nature Aqua Whitening Cream, baru mengenakan solekan pada kulit wajah saya
supaya saya dapat melakukan aktiviti di bawah cahaya matahari tanpa risau kesan
cahaya matahari terhadap kulit wajah saya.
Jadi jika berminat untuk
mendapatkan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream seperti saya dan juga ingin
mendapatkan maklumat lanjut mengenai pump it (maklumat syarikat, cara pembelian
dan lain-lain) , boleh layari di
Website: www.hansaegee.com/shop
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Macam best pula pelembap ni. Thanks di atas perkongsian. Boleh di masukkan ke dalam wish list. 😍
ReplyDeleteHansaegee mmg best dan recommend. Cx dah guna cleanser dan cc cream dia. Mmg terbaik. Cream dia ni blm try. Nanti nak beli lah soon.
ReplyDeleteBanyak review positif pasal brand ni, mcm menarik plak nak try
ReplyDeleteMemng rekemen produk ni.. Memg best..lembap je muka
ReplyDeleteBrand nie mmg favorite.. dah pakai krim dgn pembersih muka.. yg nie belum try lagi..
ReplyDeleteKulit muka kak nina jenis kering
ReplyDeleteDah lama dok baca review kata best. Nanti nak try laaa...
Wahh nampak best ni.. Nanti kena try jgk hehe
ReplyDeleteNice lah. Nampak menarik.
ReplyDelete