Mesti ada orang fikir perghh berani
betul nak buat Open House. Walaupun PM umumkan PKPP pun, aktiviti keramaiaan
still tidak dibenarkan. Open house ni mengundang kepada kesesakan kot. Mau kena
kompoun kalau pihak berkuasa dapat tahu. Kalau pihak berkuasa tak dapat tangkap
pun, pasti dapat kecaman berbakul-bakul oleh rakyat netizen. (Kisah pulak iolss
dengan kecaman rakyat netizen. Ahaks)
Open house yang nak buat di rumah
parents ni among godiks family jea. Peringkat adik-beradik yang still ikut SOP
iaitu tidak melebihi 20 orang. Bukan open house yang jemputan ramai tu. Kami rakyat
yang patuh dengan perintah kerajaan kot. Dah kata tak boleh, tak adanya degil
nak lawan jugak.
Godiks sepakat nak buat open house peringkat adik beradik sebab family adik lelaki ada balik rumah parents. Sebelum ni tak balik sejak PKP diumumkan ditambah lagi dengan macam-macam procedure nak kena follow sebab kerja di Singapore. Since semua ada, kenalah buat makan-makan special sedikit.
Masing-masing contribute satu
menu untuk open house ini. Macam saya sponsor dominos pizza, didi buat spaghetti cabonara, mus sponsor SR cake dan Farid sponsor Hokaido Cheese Tart.
Mak pulak prepare mee kari dan rending daging. Abah beli sate dan lemang.
Dengar macam tak banyak. Tapi semua dihidang serentak atas meja, pergghh macam
dessert buffet di hotel sangat.
Nak tambahkan lagi kemeriahan open house peringkat adik-beradik, siap ada tempah banner yang tertera Selamat Hari Raya dan dipasang pada dinding. Semua pula mengenakan busana pergi open house. Tak adalah pakai tshirt kain batik semua tu.
Sebelum makan, ada sesi bergambar
sebagai kenang-kenangan. Raya PKP sememangnya patut dikenang sampai bila-bila
sebab mengajar saya banyak benda. Salah satunya untuk bersederhana. Selalunya
over spending kalau time raya. Memang tak akan dilupakanlah Raya PKP style ni.
Kira jamuan rayalah ni
ReplyDelete